Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Cuti2 Malaysia @ Perlis Indera Kayangan

Date : 29 Mei 2011
Time : all Day Long
Place : Penang – Uitm Arau – Pdg Besar - Penang
Info : abe dan family trip ke Arau, Perlis untuk hantar adik abe yang sdg belajar @ Uitm Arau… dia baru je abiskan cuti semesternya selama seminggu lebih... sambil sambil tu blh singgah sebentar @ Pdg Besar…  Insyallah, petang nanti kot baru abe & family balik Penang… semoga selamat pergi & pulang...

Tengah Packing Barang Iyah

 
hijau mata memandang..kedah, negeri jelapang padi...

Arau - Kangar - Kuala Perlis

Selamat Datang Ke Perlis... alhamdulillah, sampai jugak...

jom ronda2 kat padang besar...



pemandangan @ kuala perlis...


Barcelona Menang Bergaya, Manchester United Tersungkur



United tewas lagi di tangan Barcelona. jika di Rome mereka tewas 2-0, musim 2010-11 ni mereka tewas pula 3-1. dan yang menariknya Lionel Messi score di kedua-dua final. dan untuk match kali ini, Messi di nobatkan Man of The Match oleh UEFA.
United bermula garang dengan serangan bertali arus. nampak seperti akan menguasai permainan. tapi lama kelamaan makin longlai dan Barcelona mula menguasai bola dan United hanya mampu bertahan dan sesekali menyerang balas. akhirnya pada minit ke 27 Pedro memecah kebuntuan dengan gol pertama hasil lorongan daripada Xavi. tapi United tidak menunggu lama, minit ke 34 Wayne Rooney melakukan sepakan cantik menewaskan Victor Valdes untuk gol penyamaan.
separuh masa kedua bermula dan minit ke 54 akhirnya Messi membuktikan bahawa beliau memang tunggu masa jer nak score ni. dah 2-1 United cuba mengejar tapi gol dari David Villa pada minit ke 69 memang melemahkan semangat juang pemain-pemain United. percaturan Ferguson dengan membawa masuk Nani dan Paul Scholes juga nampaknya tidak menjadi. akhirnya wisel penamat dibunyikan dan Barcelona disahkan sebagai juara UEFA Champions League 2010-11.
hehe dah la ulasan amatur aku tu. nanti orang-orang pro baca mau nya dihentam aku ni ulas tak best. haha. tapi apa yang aku pasti, perlawanan tadi menarik dan tak bosan la. perlawanan yang bosan ialah perlawanan yang tak der orang score. bayangkanlah kita duk tengok 90 minit tapi langsung tak score? geram kan? kalau yang fanatik bola tu memang tak kisah. aku ni bukan fanatik pun. setakat final tu sanggup la tengok. atau mana-mana perlawanan yang melibatkan team hebat-hebat.
Fakta Menarik Untuk Di Kongsi:
- Lionel Messi dinobatkan sebagai Man of The Match untuk final 2010-11, dan juga Top Scorer untuk kejohanan. ini adalah kali ketiga berturut-turut Messi menjadi Top Scorer untuk UEFA Champions League.
- ini adalah kali ke-4 Barcelona memenangi UEFA Champions League. Kali pertama juga di Stadium Wembley pada 1991-92 menewaskan kelab Itali, Sampdoria. seterusnya  musim 2005-06 menewaskan Arsenal di France, 2008-09 tewaskan United di Rome dan yang terbaru 2010-11 juga menewaskan United.
- dengan kemenangan ke-4 itu, Barca meletakkan Sepanyol sebagai negara terbanyak memenangi kejohanan ini dengan 13 kali. 4 untuk Barca dan 9 untuk Real Madrid. Itali di tangga kedua dengan 12 kemenangan.
- Real Madrid menjulang kejuaraan ini sebanyak 9 kali, diikuti AC Milan 7, Liverpool 5, dan Ajax, Bayern Munich, serta Barca dengan 4 kemenangan.



Source: FcBarcelona.CAT & izzudin.com

Kerajaan Luluskan Kenaikan Tarif Elektrik

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

electric bill 130608Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

[Baca berita penuh]



Sumber:- malaysiakini.com

Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah...

Jika kita fikir kita boleh kita boleh melakukannya dengan motto IMPIAN.... KERJA KUAT....DAPATKAN


Alhamdulillah...Inilah Titik Permulaanku Untuk Melangkah Ke Hadapan...


Keputusan Semakan Tarif Elektrik Diumum Esok


Majlis Ekonomi Negara (NEC) akan membuat keputusan jika terdapat sebarang semakan semula kepada tarif elektrik, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

NONEBeliau berkata mesyuarat NEC akan diadakan di Putrajaya esok dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kabinet telah memutuskan yang Majlis Ekonomi akan membuat keputusan akhir.

"Ia akan menentukan jika kita akhirnya telah memperkenalkan tarif elektrik yang baharu," kata beliau kepada pemberita di Cyberjaya hari ini.

Beliau bercakap selepas pelancaran "Dare To Dream Challenge" bersempena dengan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2011 yang kedua (IGEM 2011), di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Cyberjaya.

Mengulas mengenai tuduhan yang menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 telah meningkat sekali ganda kepada RM1 bilion, Chin berkata butiran mengenai projek itu masih lagi dibincangkan.

"Ia adalah projek kerajaan-kepada-kerajaan dan masih lagi dibincangkan dengan kerajaan China," kata beliau.

- Bernama



Sumber:- malaysiakini.com

Menteri: Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel, LPG



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).
“Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.
Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.
“Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.
“Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.
Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.
Tiada kaitan pilihan raya
Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lalu.
Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.
Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.
Ditanya adakah pengekalan harga bahan api ini ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Ismail berkata: “Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya.”
“Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka. Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan,” katanya.
Ismail juga menolak tanggapan bahawa pengekalan harga bahan api itu juga adalah berikutan desakan pembangkang.
“Kita tidak dengar pun daripada pembangkang. Pemuda Umno pun ada buat usul dan sebagainya. Ia bukan sebab pembangkang,” katanya.
Ismail juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terpengaruh dengan khabar angin terutama yang dibawa oleh parti pembangkang.
“Saya dapat lihat dalam blog, dalam Facebook, dalam risalah yang dikeluarkan oleh pembangkang mengatakan bahawa kerajaan akan menaikkan harga. Ada yang kata 20 sen, 30 sen. Semua cerita itu adalah cerita bohong, cerita tidak benar,” katanya.
Kerajaan sentiasa prihatin
Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana “cerita bohong” yang dibawa oleh pembangkang ini lebih dipercayai.
“Percayalah kepada kerajaan (kerana) kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar segala pandangan daripada rakyat. Sebelum membuat sesuatu keputusan kerajaan akan ambil kira semua sudut.”
“Apa yang kerajaan buat ini jelas menggambarkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat. Jadi, saya harap cukuplah jangan percaya kepada cerita bohong daripada pembangkang ini.”
Awal hari ini, wartawan sibuk ‘mengejar’ beberapa menteri di Putrajaya bagi mengetahui keputusan kabinet berhubung cadangan mengurangkan subsidi bahan api itu.
Adalah difahamkan bahawa jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.
Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.
Panel NEC akan putuskan
Panel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri), yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (bawah, kiri). Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (atas, kanan) juga menganggotai majlis itu.
Dalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (kanan) di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.
Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.
Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.
Sumber :- Malaysiakini.com

JPA Beku Pengambilan Pekerja


kenaikan gaji kakitangan awam Jabatan Perkhidmatan Awam JPA Beku Pengambilan KerjaMungkin ada sesiapa yang baru nak minta kerja kosong di kerajaan, berita ini mungkin akan melemahkan semangat mereka.Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, mengumumkan pemansuhan semua jawatan kosong berkuat kuasa 1 Jun ini.Berikutan keputusan tersebut semua urusan pengambilan dibekukan bermula 20 Mei hingga 31 Ogos.trans Jabatan Perkhidmatan Awam JPA Beku Pengambilan Kerja

Jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan.Jadi terselamatlah pada mereka yang dah mula dapat kerja sebelum 1 Jun 2011 ini.Bukan kata subsidi sahaja dirasionalisasi, jawatan kerja di perkhidmatan awam juga terbabit.

Pendapat kami, langkah ini ada baiknya.Yang baik, ianya dapat mengurangkan kos pentadbiran kerajaan yang sekarang terlalu tinggi.Namun adakah kos pentadbiran penjawat awam ini yang menyebabkan kos pentadbiran kerajaan meningkat? Bagaimana pula dengan elaun tidak masuk akal menteri-menteri dan juga ahli parlimen? Kan bagus kalau di situ juga, ia dirasionalisasikan.

Unit F.L.O.M pula bagaimana? Kalau tengok aktiviti-aktiviti Rosmah Mansor yang banyak buat “lawatan kerja” ni, rasanya banyak juga duit pentadbiran yang digunakan.Bagus juga kalau ia dirasionalisasikan sekali.Tak perlulah lebih sudu dari kuah.Tak habis-habis keluar negara yang sudah tentu melibatkan kos yang besar.

Walau apapun, pembekuan ini hanyalah sehingga 31 Ogos 2011.Jadi, kepada yang belum dapat kerja di perkhidmatan awam, janganlah putus asa.Apa pendapat anda mengenai pembekuan pengambilan pekerja di Jabatan Perkhidmatan Awam JPA ini?


Sumber: beritadaily.com

Penjelasan Tentang Hebahan Disebarkan oleh Blog Internet


Menonton Pelbagai Format Video Tanpa Codec



Rasanya anda tentu pernah kecewa apabila beria-ia mendownload / copy movie tetapi tidak dapat ditonton di PC anda.Ini disebabkan PC anda tidak mempunyai codec yg diperlukan untuk menonton video tersebut.
Bagi pengguna² baru komputer, kebanyakannya masih tidak mengetahui kepentingan video codec di dalam komputer.
Antara² simptom pc tanpa codec :
1.Video tidak dapat dimainkan di PC anda tetapi di PC kawan² yang lain boleh.
2.Hanya suara kedengaran tetapi tiada gambar.
3.Subtitle tidak keluar pada movie.
Bagi mengatasi masalah ini, saya mengsyorkan beberapa perisian pemain multimedia yg sgt bagus.Perisian ini berupaya memainkan pelbagai format video tanpa perlunya menginstall codec :
1.GomPlayer (antaramuka yg ringkas dan senang digunakan)
2.KMplayer (disyorkan kepada pengguna advance)
3.VLC Media Player
4.MPlayer (Windows Gui)
Sumber:- jomphp.com

Eksekutif Pemasaran Terselamat Jadi Mangsa Asid



Tindakan seorang eksekutif pemasaran wanita yang enggan membuka tingkap keretanya apabila diketuk seorang lelaki bermotosikal di sebuah lampu isyarat di Pasar Seni di ibunegara pagi ini, menyelamatkannya daripada menjadi mangsa terbaru simbahan asid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ketika kejadian pukul 7 pagi itu, wanita berumur 26 tahun tersebut dalam perjalanan ke pejabatnya, sebelum tingkap keretanya diketuk seorang lelaki bermotosikal di sebuah lampu isyarat.

"Wanita itu tidak mengendahkan tindakan lelaki itu. Mungkin berang dengan wanita berkenaan, lelaki itu terus menyimbah cecair bewarna merah jambu ke atas keretanya sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ku berkata selepas kejadian itu, wanita berkenaan terus ke stesen minyak berdekatan untuk membasuh keretanya, namun mendapati tiada sebarang kerosakan yang boleh menjejaskan warna kereta itu.

"Dia (wanita) itu kemudiannya didatangi seorang lelaki yang berada di belakang kereta wanita itu semasa kejadian berlaku...Dia (lelaki) itu mendakwa sempat mengambil gambar suspek yang menyimbah cecair ke keretanya.

"Lelaki itu berjanji akan menghantar gambar suspek itu melalui e-mel...namun sehingga ini wanita tersebut masih belum menerimanya," katanya.

Sementara itu mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa masih terdapat kes simbah asid terbaru di kawasan Selangor, Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata ia adalah tidak benar.

"Saya juga terima lagi laporan kata ada kes simbah asid di One Utama dan Kota Damansara hari ini, tapi ingin saya jelaskan, semuanya tidak betul.

"Dalam Selangor kita ada satu kes sahaja, tapi bukan asid, ia hanya 'detergent' yang berlaku di Ampang in March. That's all, tiada lagi kes terbaru," katanya selepas majlis makan tengahari bersama ketua-ketua komuniti masyarakat di Bandar Puteri Puchong hari ini.

- Bernama

Koleksi Kereta Crown Prince of Johor



















sumber : google images


Kedudukan Matahari Tepat Di Atas Ka'bah Pada 28/5/2011, Insyallah


Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan?

Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  (Rujuk gambar di atas)
  • Tandakan arah qiblat.
Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat.  Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat  dari website Falak Online berkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut:  [KLIK SINI].

WAllahu Ta’ala A’lam.

Shahmuzir Nordzahir

Gambar Yg Sempat Drakamkan Sebelum Kejadian Tanah Runtuh Berlaku..Al Fatihah

Al-Fatihah..smga roh2 mereka yg tkorban dicucuri rahmat serta ditempatkan di klgn org2 yg beriman.amin.

Sumber:- facebook.com/

Al-Fatihah Untuk Cikgu Samad a.k.a Imam Samad Kg Tunjung


Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Cikgu Samad atau Imam Samad Kg Tunjung, telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Akan disolatkan di MATRI lepas zohor hari ini.. (Sumber: Azmi Bahari)

Secret Recipe: DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe


ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe
Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu…
Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!
kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!
Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!
Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.
Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Syarikat tersebut adalah:
Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )
link: Penemuan DNA Babi Dalam Bahan Ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
link: http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
abe: DAH TAK PAYAH MAKAN KEK KE ROTI LAGI KOT, BAIK MAKAN NASI LEMAK JE! mintak kawan2 tlg check & confirm info ini terlebih dahulu..abe pun tgh cri info lain utk support info ini..

Iklan Matri: Marhalah Khassah 2011


Sumber :- Matri.edu.my

Edit2 Gambar Dgn Adobe LightRoom

Mentari di Ufuk Timur..

Permainan Tradisi Zaman Berzaman...

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...