Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Barakallah & Selamat Pengantin Baru: Januari 2012

Zulmajdi & Nur Hazwanie (ex-UTM)

Nurul Hafiz & pasangan (ex-Matri)

Luqman & Hidayah (ex-Matri)

Jom Kenal Logo Halal


Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.


Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf
Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan. 

Hukum Syarak
Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.  

Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Produk Makanan dan Minuman
pic_001 Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilanatau pengeluaran yang melibatkan makanan dan minuman. 

Barangan Gunaan
pic_001 Barangan Gunaan bermaksud barang-barang bukan makanan dan minuman, seperti kosmetik, pakaian dan peralatan. 

Premis Makanan
pic_001 Premis Makanan bermaksud bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan makanan dan minuman termasuk restoran, medan selera, dapur komersial, kafetaria, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, kantin, restoran, kelab/hotel, kiosk, katerer dan lain-lain. 

Rumah Sembelih
pic_001 Rumah sembelih bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan/atau memproses binatang.

Sumber: www.halal.gov.my

Rumah Wardina Safiyyah Dirompak Pagi Tadi

MAKLUMAT yang baru diterima dari akaun mikroblogging twitter pengacara terkenal Wardina Safiyyah memaklumkan bahawa rumah beliau dimasuki perompak awal pagi tadi.

Difahamkan 3 orang perompak pekerja Indonesia bertopeng dengan bersenjatakan parang dan tongkat telah menyerang Ikhwan, suami beliau, didakwa kerana gagal mendapatkan barang kemas sebagai hasil rompakan.




Wardina pula mendakwa beliau dalam ketakutan bersembunyi di bawah selimut bersama anak-anak yang kini berada di dalam keadaan trauma menghadapi kejadian tersebut.

Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran memandangkan barangkali telefon bimbitnya turut berjaya dibawa lari oleh perompak.

"takziah wardina..."

source: milosuam.blogspot.com

Info: Fakta KHINZIR Yang Patut Kita Tahu



Istilah babi yg perlu anda tahu….

Pork: Istlah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi

Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg

Hog: Istlah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg

Porcine: Istlah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

Boar: Babi liar

Sow: Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan

Lard: Lemak babi yang biasanya digunakan untuk membuat minyak masak dan membuat sabun

Bacon: Istilah yang digunakan untuk daging babi salai, atau daging babi yang diperap dengan garam. Istilah bacon juga digunakan untuk daging salai haiwan selain babi

Ham: Daging paha babi yang biasanya telah disalai atau diasapkan.

P/s :- Mudahan selepas ini kalau terjumpa perkataan itu dimana mana.. ia berkaitan dengan Khinzir …

Baucar Buku 1Malaysia

Baucer Buku 1 Malaysia boleh dituntut mulai 4 Januari 2012 (Rabu) oleh semua pelajar warganegara Malaysia. Pengambilan baucer mesti dibuat oleh pelajar sendiri (tidak boleh diwakilkan) dengan mengemukakan kad matrik dan kad pengenalan dikaunter-kaunter edaran seperti dibawah :

a) Mulai Rabu, 4 Januari 2012 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di
... - Kaunter Khidmat Pelanggan, Pejabat Bendahari III
- Grand Season (Pelajar Perubatan)

b) Mulai Khamis, 5 Januari 2012 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di
- Zon Kewangan B, C, D, E & F
- Seksyen Kewangan F. Kejuruteraan
- Seksyen Kewangan F. Ekonomi & Pengurusan
- Seksyen Kewangan F. Sains & Teknologi Makanan
- Seksyen Kewangan F. Sains
- Seksyen Kewangan F. Bioteknologi & Sains Biomolekul
- Seksyen Kewangan F. Sains Komputer & Teknologi Maklumat
- Seksyen Kewangan F. Veterinar
- Seksyen Kewangan Kolej Kediaman
- Seksyen Kewangan GSM
- Seksyen Kewangan IBS


Baucer Buku 1 Malaysia adalah sah sehingga 31 Mac 2012. Pelajar-pelajar diminta untuk mengambil baucer tersebut dilokasi Zon Kewangan/Seksyen Kewangan berhampiran.

Maklumat lanjut tentang penggunaan baucar boleh merujuk dari website di <http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/535-baucar-buku-1malaysia.html>

"Berilmu Berbakti"

Abe Makan-Makan @ Bukit Indah



Ceramah Ustaz Azhar Idrus feat Zizan sempena Ambang Tahun Baru 2012


p/s:

seronok sungguh org yg merakam ni..=)
kalau boleh kurangkn gelak yg berlebihan..
mmg lawak, tp latih dri ntk senyum berbanding gelak..=)

Sumber: on Dec 31, 2011

Abe & Jamuan Makan @ Rumah Mertua Prof Anwar


Date : 02 Januari 2012
Time : 8:30 malam
Place : Rumah Mertua Prof Anwar, Kota Damansara
Info : Alhamdulillah, smlm abe & prof Rais dijemput hadir ke majlis makan2 bersama family mertua Prof Anwar, member abe yg study @ UIA sempena kepulangan ayah mertua & ibu mertua Prof Anwar dari Haji.. juadah semua disediakan sendiri oleh family diorg, ade kambing bakar, ayam bakar, pastu ade sampingan2 lain.. maklumla, ayah mertua dia sblm ni memiliki sebuah restoran briyani.. mmg terbaik.. td abe ade sebut kambing eh..hehe, abe tak makan byk sgt daging kambing, cukup la sekadar merasa.. ayam pun dah banyak mlm tu diorg sediakan, alhamdulillah.. terima kasih prof, lain kali blh datang lg..





Abe & Bowling @ Warta Bangi..


Date : 01 Januari 2012
Time : 01:00 am
Place : Warta Bowling Bangi + Restoran Ameer Ali, Seksyen 15
Info : Abe & 6 sahabat abe, Hatim, Ahmad Saiful, Saie, Acap, Arin & Ja p main bowling @ Warta Bangi.. asalnye plan nk main futsal, tp last2 tinggal brapa org je yg blh dtg... wlpn si tukang ajak yg post kat group aretsains pun xmai..hantu sungguh... hehe.. abefollow je.. wlpn skit, kitorg mmg enjoy... game mlm tu dimenangi oleh Annasaie, mmg pro la... strike 5-6 kali... huh, mmg sempoi & terbaik..

bergambar sblm game bermula...





makan2 @ Ameer Ali..


Arin mmg khusyuk dgn nasi goreng USAnya...


Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...