Gambar Hiasan
Ni idea baru ker bro?
Tiada ada yang baru.... sekadar melihat dari perspektif yang lain... yang berbeza.... try to think out of the box !
Apa yang ko maksudkan dengan "Don't make it right, make it WRITTEN !" ?
Aku masih consistent bahawa tesis adalah satu manuskrip akademik yang sistematik bagi memenuhi pra-syarat mendapat MSc dan PhD. Manuskrip ini bukan "kertas jawapan" yang akan diberi markah dan gred A+, A- atau E. Manuskrip ini hanya perlu disiapkan dan dihantar untuk semakan external examiner sebelum ko diuji dengan oral presentation pulak iaitu viva voce.
Utk pengetahuan ko.... jarang benar... malah aku belum dengarpun.. ada tesis yang FAIL. Yang ada cuma PASS with major atau minor correction.
Maksud ko?
Maksud aku.... ko hantar sahaja tesis ko.... ko PASS lah.
Takkan semudah itu bro.... nak siapkan tesis bukannya mudah bro..
Akupun tak kata mudah.... atau susah.... bergantung kepada proses yang ko lalui....tapi aku nak ko fikirkan senario ini...
Pertama:
Berapa ramai pelajar yang belum mendapat tajuk sehingga habis 1 atau 2 semester?
Kedua:
Jika selepas 1, 2 Semester baru nak dapat tajuk.... bila dan berapa lama pulak nak baca dan tulis serta kumpul artikel?
Ketiga:
Jika ada tajuk yang "baru"... hasil dari idea sendiri dan SV.... bila dan berapa lama pulak nak kumpulkan rujukan yang ada.... maklumlah tajuk baru?
Keempat:
Selepas kumpul rujukan..... print-out.... kumpul.... baca dan tulis point sana sini.... bila dan berapa lama pulak nak mula menulis dengan komputer?
Kelima:
Dah mula menulis dalam komputer.... bila dan berapa lama pulak ko nak organise..... lepas satu chapter.... buat correction then satu chapter lagi .. buat correction...then.. satu chapter lagi... dan seterusnya...inipun dah cukup memuakkan....
Keenam:
Bila dah tulis dalam komputer, buka pulak 3,4 file berbeza2.... bila dan berapa lama pulak nak masukkan citation dan siapkan Bibliography kalau ko buat satu chapter satu file....
Ketujuh:
Dah siap 3,4 file.... bila dan berapa lama pulak nak edit itu ini bila ada pembetulan sebab kena buka dan tutup file.... berulang2 kali.... mahu pening kepala ko...
Kelapan:
Dah siap semuanya....kena print-out....bila dan berapa lama pulak ko nak taip TOC, list of Table dll.... tally kan dengan nombor muka surat dll....
Kesembilan:
Dah hantar kepada SV.... kena komen dan perlu diedit itu dan ini.... bila dan berapa lama pulak ko nak siapkan semua itu dengan banyaknya file yang ko ada?
Kesepuluh:
Dah hantar external... dan viva.... sama ada ko PASS dgn MINOR atau MAJOR CORRECTION ko masih perlu membuat pembetulan.. reorganise dll.... sebab belum ada satu pelajarpun yang PASS WITHOUT ANY CORRECTION....bila dan berapa lama pulak ko nak buat kerja2 tersebut?
Kesemua proses diatas adalah proses biasa yang dilalui oleh SEMUA siswazah...... dan mereka perlu menempuhnya. Tiada satu siswazahpun ada kelebihan dari yang lain apabila melalui proses tersebut.
Jadi ada short cut tak bro?
Mana ada.... giler ko main2 short cut! Ko ingat ini jalan masuk kampung ke boleh short cut....Ini bukan short cut macam jalan pintas.... ini implementasi idea "Don't make it right, make it WRITTEN !"
Ishh.... lagi aku tak faham....
Apa yang ko present masa VIVA dan disemak oleh external examiners serta SV ko adalah "a written manuscript of your thesis" yang takkan betul 100%... yang pasti akan dikomen.... yang pasti ada pembetulan baik major atau minor. Setuju tak?
Emm yeap.... setuju!
Jika begitulah halnya..... ko kena pastikan research framework ko mantap dan betul dahulu (ingat gunakan RFOT) .....then selepas itu ko mesti ambil peluang untuk terus menulis sebanyak dan secepat mungkin dgn teknik 1File1thesis dan zerodraft secara paperless (dgn bantuan Mendeley)....
Maksud aku..... tulislah secepat mungkin semua idea ko dalam bentuk penulisan dalam tesis sebagai priority MELEBIHI usaha ko memastikan semua idea ko 100% betul baru ko nak tulis (sebab ko takkan dapat 100% betul... pasti ada komen, pasti ada correction). Jadi jika ko tulis dengan cepat .... ko akan tahu dengan cepat sama ada idea ko tu betul atau salah..... SO... Don't waste your time to make sure everything is right but make it WRITTEN so that someone (SV or yourself or extenal examiners) can check it as soon as possible.
Ini bermakna.... jika ko siapkan thesis ko lebih awal.... then ko boleh hantar lebih awal kepada SV dan lebih awal ke externel examiners..... supaya ko dapat buat correction lebih awal.
Minor atau major correction banyak bergantung kepada "rezeki" kerana setaip ahli panel viva ko ada cara tersendiri. Tak ada sesiapa boleh gerenti apa2 semasa viva. Aku ulang..... Tak ada sesiapa boleh gerenti apa2 semasa viva.
Jika rezeki ko baik.... dapat panel yang memeriksa tesis ko sebagai seorang novice.... dan ko maybe dapat minor correction. Tapi jika rezeki ko dapat panel yang memeriksa tesis ko dan anggap ko sama level dengan Prof.... dari segi kepakaran.. ko bertuah juga (positive thinking la bro...) dapat major correction... bukan sesuatu yang negative mendapat major correction kerana akhirnya ko dapat memantap dan memanTOPkan thesis ko.... sebab lepas tu thesis ko akan dirujuk dan jika ko tulis artikel.... ko akan lebih confident sebab thesis ko dah melalui major correction.... Ini bermakna tesis yang dapat major correction tak semestinya kurang baik berbanding dengan kawan ko yang dapat minor correction... atau vice versa.... sebab setiap thesis adalah UNIQUE......
Kenapa pulak?
Sebab itu... bila ko dah dapat surat SENAT yang ko layak terima MSc atau PhD.... TAK SAPA pun kisah, AIMAN pun tak kisah.... yang ko dapat minor atau major correction... sebab yang penting tesis ko dah mencapai level PhD atau MSc.....dah capai bro.... wa cakap lu !
Mana ada dalam sijil ko tertulis.....Awarded PhD (major correction) macam Awarded BSc (Hons). Ada tak....? Tak der kan? So letakkan target ko menulis dengan cepat.... supaya sampai ketangan external dengan cepat.....
Dan ko kena ingat.... kalaupun major correction diberikan masa 6 bulan ke 12 bulan utk baiki, ko boleh saja siapkan correction ko dalam 3 minggu jer.... (ada sapa larang ko... ada sapa kisah...) then hantar ke SV utk check correction yang ko buat... dan tak ada kena mengena dengan external ko lagi dah.... Maybe yang dapat minor correction siapkan pembetulan 3 bulan.... ko 3 minggu dah siap.... so sapa yang lebih baik?
Jadi jgn ler honeymoon dulu selepas selesai viva dgn minor atau major correction....Then jika selepas 3 minggu, SV kata OK.....hantar ke GSO..... tunggu jerlah surat pengesahan SENAT ... dan ko akan bergelar "Dr"......dan cepat2 tukar bisness card ko tu dari "PhD Candidate" ke "Dr. Aiman".....
Ko ni macam galakkan pelajar tulis cepat2 dan hantar jer bro tak kira salah atau betul?
Apsal ler ko ni lembab sangat... maksud aku, kalau dah semua pelajar terpaksa ikut proses yang sama spt yang aku tulis di atas tu...... hantar proposal kena betulkan... hantar tesis kena betulkan.... hantar external... kena betulkan ....lepas vivapun kena betulkan... jadi jgnlah bermatian2 sampai tak menulis hanya kerana nak pastikan semuanya betul sedang keutamaan patut diberikan kepada menjadikan idea ko tu WRITTEN supaya lebih cepat diperbetulkan !! Faham tak bro?
OOO.... sebab itulah ko banyak bagi bengkel pasal penulis cepat dan efisyen....
Tahu tak per..... dgn RFOT dan hybridazation ko boleh pastikan idea framework ko mantap....ini mesti ko pastikan dulu..... then dengan berdesup ko tulis 3 chapters serentak... apply doc map supaya penulisan ko look professional.... dan consistent dengan cara 1file1thesis dan mendeley.... terus present proposal... lepas pun gali lagi LR ko dgn snowballing.... tulis berdesup lagi.... supaya ko boleh mula jalankan kajian dan collect data.... then tulis lagi finding dan discussion ko.... supaya SV dan comittee boleh boleh semak cepat.... then.... buat pembetulan berdesup2.... sehingga bersedia utk dihantar ke external examiner....
So pesan aku..... fahami idea aku tentang..... "Don't make it right, make it WRITTEN" supaya ko tak salah saham....... supaya ko boleh menghantar tesis yang berkualiti secara efisyen dan cepat..... dan seterusnya mendapat ijazah MSc dan PhD ko dengan penuh gaya..... serta menjadi pelajar Gemilang, Terbilang dan Dijulang oleh keluarga dan rakan2.....
Sumber: drotspss.blogspot.com
No comments:
Post a Comment