Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

iPad 2 Free...

Talk by Pat Elwer, Intel Corporation: Titled Agile Project Management


Date:     29 April 2011 (Friday)
Time:    3.00 – 5.00 pm  
Venue : Auditorium 1, Kompleks Eureka, USM
Info: Kelmarin petang sbelum final exam (ethics), abe kena attend this talk by Pat Elwer dari Intel @ Kompleks Eureka, USM.. abe kena attend sbb talk dia ade kaitan dgn project paper a.k.a thesis MBA yg abe dah buat ari tu mengenai Agile..byk jgk experience yg dikongsi oleh mamat ni ttg agile @ Intel..mybe dr Input2 yg dikongsi tu dpt abe guna utk abe punya proposal Phd nti..insyallah..thanks to USM bcoz organized this talk.. ;)



mentos satu...hehe

sbelum tu abe lunch @ Pavillion... 

nasi goreng ayam + limau ais...

Posted by abe for blogspot by Nokia 5800

Matri Banned and Fined for Going AWOL


KUALA LUMPUR: Matri of Perlis have been slapped with a suspension and fine for failing to turn up for a Malaysian Junior Hockey League (MJHL) Division Two Group A match against Bandar Penawar Sports School-Women High Performance Centre (BPSS-WHPC) at Taman Daya Stadium in Johor Baru on April 24.
The Malaysian Hockey Federation (MHF) assistant secretary, Hashim Mohd Yusoff, who chaired the technical committee meeting yesterday, said that the reason given by the school side for their absence was not acceptable.
The team manager, Shaari Awang, had said that the school principal did not allow them to travel to Johor Baru to play the match.
“We view the matter seriously and have decided to ban them from playing in the Under-19 league for one season. They will also be fined RM500,” said Hisham.
“Matri had two matches to play in the group and all the results of their matches played have been declared null and void.”
The MJHL league competitions in both Division One and Two will be completed this weekend. UniKL have already been crowned Division One champions.
Source:- Star Online

Jadilah Seperti Seekor Semut..



Jadilah seperti semut dari segi konsistensi. Semut itu menaiki batang pohon seratus kali lalu terjatuh. Kemudian ia naik lagi sehingga sampai pada tujuannya, dia tidak merasa bosan dan jemu

Begitu juga dengan manusia, jangan mudah menyerah kalah meskipun kita sering gagal dalam peperiksaan, gagal dalam pertandingan atau sebarang tindakan yang kita telah lakukan. Ingatlah bahawa setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan seperti kita meyakini dengan  firman Allah s.w.t;

“Maka  sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”
Surah Asy-Syarh ayat 5 dan 6

Dua kali Allah mengulangi bahawa pasti ada kesenangan selepas kesulitan yang berlaku pada kita. Maka jangan pernah kita berputus asa, Insya-Allah konsistensi kita pasti ada ganjarannya.

p/s: Ringkas dan Padat; Petikan dari sumber:- cikgu saidi

Jom Lihat Foto Menarik Disini..


Sebahagian foto menarik milik NASA sempena Hari Bumi 22 April (tak terperasan pula!!) lalu yang memperlihatkan keindahan planet bumi ketika dilihat dari luar angkasa. Sebagian besar foto-foto ini diambil dengan teknologi Advanced Spaceborne Thermal Emission and Reflection Radiometer (ASTER) yang dipasang di satelit Terra milik NASA.

 Tasik Nasser di Mesir diambil Stesen Antarabangsa Luar Angkasa  pada Januari 2005

 Foto glasier Susitna di Alaska diambil dari satelit Terra milik NASA pada 27 Ogos 2009.

 Pulau Eleuthera di pengairan Bahama diambil dari Stesen Antarabangsa Luar Angkasa 2002

 Foto sungai Lena di Siberia diambil dari satelit milik NASA

 Foto tasik Dagze di Tibet diambil dari satelit milik NASA.

Foto padang pasir Rub' al Khali di Semenanjung Arab diambil dari satelit Terra milik NASA pada 2 Desember 2005.

Sumber:- ekele.net

Penang International Chocolate Fair 2011


Date: 3rd to 5th June 2011
Time: 11am to 8pm
Organizer: Intrenasionale
Venue: Penang International Sports Arena

Chocolate - the one thing that everyone loves - will be on display in Penang for the first time from 3rd to 5th June 2011.

From the oh-so-boring traditional chocolate bar to towering sculptures and deliciously mixed of chocolate flavours, this exhibition will showcase why Penang is famous for its CHOCOLATE!

So do join us here in Penang for the most delicious Fair!

See you soon, the chocoholics :D



Source:- facebook/event

Forum Perdana "Anakku Berjiwa Besar"



Forum Perdana 30.4.2011

Tajuk : 'Anakku Berjiwa Besar'

Jam 9.00 mlm - 11.00 mlm

Perkarangan Masjid Batu Uban

Ahli panel :

1. Ustaz Sharihan Shahidan - Kolej Komuniti Perlis (KKP)

2. Dr Azizan Ahmad - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3. Ir. Rosdi Baharom - Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)

4. Haji Mohamad Adi Ismai - Moderator


Anjuran - Persatuan Penduduk Desa Riang dengan kerjasama Qaryah Masid Batu Uban dan BIRO MOTIVASI dan KAUNSELING HALUAN MALAYSIA Pulau Pinang



Sumber:- facebook/event

Jemputan Walimatul 'Urus Arnida - xUTM




Assalamualaikum.
Arnida dan pasangannya menjemput kawan2 sekeluarga semua ke majlis kenduri perkahwinannya pada:-
Tarikh : 22-05-2011
Hari : Ahad
Tempat : Sg. Buloh, Selangor Darul Ehsan
tolong sampaikan kepada kawan2 yang lain..


Wira Merah Jinakkan Gergasi Merah..



Penyerang Kelantan, Norsharul Idlan Talaha (tengah) diasak oleh dua pertahanan Negeri Sembilan dalam salah satu aksi Liga Super. Norshahrul menjaringkan gol kemenangan Kelantan ketika menang ke atas Selangor 1-0 dalam aksi Liga Super pada 26 April 2011. (Gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Kelantan membuktikan keupayaannya apabila menewaskan Selangor 1-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Baharu malam ini.

Dengan kejayaan itu pasukan bimbingan Datuk M.Karathu kini menduduki tangga ketiga liga dengan mengumpul 30 mata selepas 15 perlawanan.
  
Pasukan 'The Red Warriors' membuka jaringan seawal minit keempat menerusi tandukan Norshahrul Idlan Talaha.
  
Sementara itu, Terengganu menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
  
Terengganu yang menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul 31 mata berjaya merapatkan jurang mata dengan Selangor iaitu satu mata di belakang pendahulu liga itu.
  
Dua gol Terengganu dijaringkan Abdul Hadi Yahya pada minit ke-61 dan Wan Mohd Aliff Wan Jasmi (minit ke-71).
  
Gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan Sharul Azhar Ture pada minit ke-59.
  
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu,T-Team menewaskan Kedah 3-1.
  
Gol T-Team diperoleh melalui jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit kedua, Shamsul Kamal Mohamad (minit ke-83) dan Zairo Anuar Zailani (minit ke-92).
  
Gol saguhati Kedah dijaringkan oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-45.
  
Perak pula mencatat kemenangan besar apabila membelasah Kuala Lumpur 5-3 di Stadium Ipoh, Perak.
  
Gol Perak dijaringkan oleh Razali Umar Kandasamy seawal minit kedua, Ahmad Dashila Tajudin (gol sendiri) minit ke-34, Mohd Fazrul Hazli (minit ke-60), Mohd Shafiq Jamal (minit ke-66) dan Mohd Noor Hazrul (minit ke-86). 
  
Tiga gol Kuala Lumpur di jaringkan See Kok Luen (minit ke-13), Ahmad Hazwan Bakri (minit ke-64) dan Khairul Anuar Shafie (minit ke-90).
  
Di Stadium Utama Negeri, Kangar, pasukan tercorot Perlis tumpas 1-2 kepada Pahang.
  
Dua gol pelawat dijaringkan oleh Mohd Faizol Hussin pada minit ke-25 dan Famirul Asraf Sayuti (minit ke-81), manakala Perlis memperoleh gol tunggal melalui Mohd Rizal Mohd Ghazali (minit ke-70).
  
Di Stadium Shah Alam Harimau Muda A seri 1-1 dengan Negeri Sembilan.

Turut mencatat keputusaan seri pada perlawanan malam ini ialah pasukan Felda United yang seri tanpa jaringan dengan Johor FC pada perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.    
Kemegahan Rakyat Kelantan semua... Daulat Tuanku!
foto taken by: userun photography

Keberangkatan DYMM TUANKU ALSULTAN kita ke stadium mlm tadi amat Besar maknanya kpd Bolasepak Kelantan khususnya Dan rakyat umumnya.DYMM tuanku berangkat tanpa membesarkan protokol,berpakaian simple dgn jersey trw,mengambil berat hal pasukan dan stadium,menitahkan sy berikhtiar hal scoreboard,mengambil tahu dan memberi galakan hal ARMY,..malah mengurniakan insentif pd pemain...DAULAT TUANKU -TSAM


Warga emas serbu Maybank lagi


oleh: Mohd Sabri Said   
PULAU PINANG, 25 April: Maybank terpilih seluruh Pulau Pinang diserbu lagi bukan kerana mahu mencuri sebaliknya warga emas pergi mendapatkan RM100 pemberian penghargaan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mulai 23 April - 20 Mei 2011 akan datang.

Sejak awal pagi boleh dikatakan warga emas dan wakil yang dibenarkan dengan tandatangan Adun atau penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) menunggu kerana masing-masing tidak mahu ketinggalan mendapatkan saguhati dari kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap peningkatan semua aspek yang dikecapi setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pentabdiran.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri turut meninjau ke beberapa lokasi Maybank sejak awal pagi untuk bertemu dengan golongan berkenaan di samping mendampingi masyarakat yang ada.

Antara lokasi lawatan Lim pagi tadi ialah Maybank Cawangan Kampung Bahru, Air Itam,  Maybank Cawangan Glugor, Maybank Cawangan Sungai Pinang, Maybank Cawangan Butterworth, Maybank Islamik Bagan Luar, Maybank Cawangan Jalan Ong Yi How, Maybank Cawangan Bukit Mertajam, Perda, Maybank Sungai Dua di Desa Murni dan Maybank Cawangan Nibung Tebak keesokanya.

Kelmarin Lim dalam sidang medianya memberitahu sampai hari ini kerajaan negeri belum menerima nama warga emas yang memulangkan wang RM100 sepertimana yang digemburkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) tahun lalu.

Bukan sahaja wang malahan tidak ada sepucuk surat pembatalan penganugerahan wang tersebut daripada mana-mana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) kononnya mereka tidak rela diperalatan apabila menerima wang perjudian.

Sehingga Sabtu lepas seramai 114,668 telah mendaftarkan diri di bawah program berkenaan.

Selain memberikan wang RM100 setahun kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas waris warga emas juga telah memperolehi RM1,000 sebagai wang pengurusan jenazah sekiranya terdapat warga emas meninggal, yang mendaftar meninggal dunia.

Mee Segera Mengandungi Khinzir Diletakkan Logo Halal


Terima kasih diucapkan kepada pembaca MiLo SuaM yang mengirimkan foto ini untuk dikongsikan bersama-sama. Satu jenama mee segera A1 difahamkan berperisa Bak Kut Teh dikesan berada di pasaran. Bak Kut Teh diketahui umum sebagai sejenis masakan cina yang mengandungi babi rujuk sini [Bak Kut Teh]

Namun apa yang menghairankan, bagaimanakah mee segera ini boleh menggunakan logo halal sedangkan ia mengandungi khinzir? Sila rujuk gambar di bawah.




Pihak berkuasa terutama JAKIM harus menjalankan siasatan terhadap pendedahan ini. Ini merupakan isu besar, dan sangat sensitif terhadap majoriti umat Islam di Malaysia. Bagaimanakah pengusaha mee segera ini boleh terlepas pandang menggunakan logo Halal pada produk mereka yang mengandungi khinzir?

ReJaM© "Berhati-hati jangan sampai anda termakan mee segera Bak kut Teh"


source: milosuam.blogspot.com

Apple iPad 2 Boleh Ditempah Sekarang..

Memandangkan Apple iPad2 akan mula dijual di Malaysia pada 29 April ini, anda boleh booking iPad2 mulai sekarang di Mac Studio atau Machines dengan harga seperti berikut:


Store Booking Status
- MacStudio : Reservation closed. Filled up their reservation slots. Confirmed sales on Friday.
- Epicentre : Reservation still available. RM200 per reservation
- Switch : Still in denial on iPad's launch this Friday
- Machines : Still in denial as well. An LYN member stated that he's already filled up his name in a book in one Machines. Dunno where.
- MacCity : No reservation yet.
- myBytes : No reservation yet. This is where the picture of smart covers were taken.
- Harvey Norman : No reservation. Confirm sales on Friday
- iStudy : No reservation.

Price (estimation but if it's higher maximum would only be rm1700 for base model)
iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi Only = RM1599/RM1899/RM2199
iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi+3G = RM1999/RM2299/RM2599
Smart Cover Poly : RM150
Smart Cover Leather : RM250

3G or Wifi Only?
-3G has extra wifi radio and also GPS chip. Easy to surf anywhere u go. Safe your phone's battery (if you tether ur phone to ur ipad for internet)
-Wifi cheaper but meh

Which size should i get?
-32GB at least for tech enthusiast. 16GB for normal people who just wanna surf web and take a few pictures. 64GB a must if u have enough budget.

Machines still *ehem* shy-shy regarding their ipad 2 sales. Perhaps because they wanna clear off their ipad 1 stock because they are the largest Apple chain in Malaysia, so of course they have tons of ipad 1 stock left.



+ Nya Jack
+ Info: http://forum.lowyat.net/topic/1848412

Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumbuh 2011


Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumbuh 22 April 2011
Date :22 April 2011
Time : All Day Long
Place : Pondok Pasir Tumbuh 
Info : Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumbuh
Sumber:- omaq.org

Pertembungan Dua Gergasi Liga Super Malaysia



AYAM tambatan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) beraksi menentang Perlis di Kota Bharu, Jumaat lalu.
AYAM tambatan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) beraksi menentang Perlis di Kota Bharu, Jumaat lalu.
Kelantan, Selangor tentukan siapa lebih berkuasa dalam saingan Liga Super 

PERTEMBUNGAN dua gergasi - Kelantan dan Selangor di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, esok umpama 'pertemuan buku dengan ruas' menentukan siapa lebih berkuasa dalam saingan Liga Super, musim ini.
Click Here
Semangat membara selepas mencatat kemenangan 2-0 pada perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah sekali gus memberi tiga mata kepada Red Warriors pada awal musim Liga Malaysia tahun ini, masih menebal di sanubari anak buah Datuk M Karathu untuk sekali lagi bertarung dengan Selangor pada pusingan kedua liga.
Bagaimanapun, pemain tetap berwaspada ketika Selangor dianggap pasukan konsisten musim ini, termasuk menewaskan Sabah 2-1 di Kota Kinabalu, malam kelmarin. 

Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Mohd Khairul Fahmi Che Mat akur tugasan getir menanti pasukan Red Warriors. 

“Pertemuan Kelantan dan Selangor ini satu perlawanan yang penting dan turut menjadi perhatian peminat mengenai pasukan mana yang mampu mencapai kemenangan. 

“Saya serta rakan sepasukan memberi fokus 100 peratus kepada perlawanan ini dengan misi menggalas cabaran, sekali gus mengutip tiga mata di Kota Bharu,” katanya. 


Apa pun, katanya, pemain Kelantan mempunyai komitmen dan semangat tinggi setiap kali bertemu Selangor walaupun menyedari kehadiran lawan kali ini untuk misi membalas dendam kekalahan dalam perlawanan Piala Sumbangsih.



Oleh Ismail Muhamad
bhsukan@bharian.com.my
2011/04/25


Aktiviti Abe & Adik2 @ Hujung Minggu..


jom layan nasi ayam + ayaq nyioq & pisang goreng..


layan movie RIO...

TGV Cinemas @ 1st Avenue..


jom layan Burger King...


Posted by abe for blogspot by Nokia 5800

Jemputan Walimatul 'Urus Alea Sabri - xMatri



Assalamualaikum.
Alea dan pasangannya menjemput kawan2 sekeluarga semua ke majlis kenduri perkahwinannya pada:-
Tarikh : 17-05-2011
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Komuniti, Taman Ibu Kota, K. Lumpur
tolong sampaikan kepada kawan2 yang lain..



sumber:- weddingmalaya@gmail.com

Khutbah dan Solat Jumaat Bersama Imam Masjidil Haram As-Syeikh Abd Ar-Rahman Sudais

Masyallah..
Rindunya nak ke Tanah suci..
Lambaian Kaabah..


The Red Warriors Tampil Garang di Kota Bharu


KELANTAN mengganas di Kota Bharu.Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu meraih kemenangan kelapannya setelah membelasah pasukan tercorot liga, Perlis 4-0 pada pertemuan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.
Keputusan itu menyaksikan Kelantan mengutip tiga penuh untuk mengumpul 27 mata, sekali gus berada di tangga kedua liga di belakang Selangor yang memiliki kelebihan dua mata.
Empat gol The Red Warriors masing-masing dijaringkan oleh Mohd. Azuan Solahudin (40), Norshahrul Idlan Talaha (51), Mohd. Nizad Ayub (69) dan kapten pasukan, Mohd. Badri Radzi pada minit ke-73.


Sumber:- Kosmo Online

Pelan iPhone 4 @ Celcom





KUALA LUMPUR 22 April - Celcom Axiata Bhd. (Celcom) menjadikan telefon pintar, 'iPhone 4' sebagai tarikan untuk meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan telefon pintarnya kepada 30 peratus daripada dua juta orang yang sedia ada pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, sasaran itu mampu dicapai melalui pelbagai pelan ditawarkan di samping perluasan liputan Celcom ke serata Malaysia khususnya yang membabitkan pemindahan data yang kerap melalui telefon pintar.

Beliau berkata: "Walaupun agak kelewatan, kami memastikan iPhone 4 memasuki pasaran (menggunakan pelan Celcom) tidak mengecewakan pengguna. Pelbagai faedah menarik ditawarkan yang mungkin belum dirasai kebanyakan pengguna.

"Ia disokong lagi dengan liputan meluas Celcom di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Kami menyediakan rangkaian teknologi dari segi suara dan pindahan data terbaik bagi penggunaan iPhone 4 ini secara optimum," katanya semasa pelancaran iPhone 4 oleh syarikatnya di sini hari ini.

Pelan iPhone 4 yang dilancarkan hari ini, ia hanya menawarkan pelan kepada golongan korporat dan peniaga, manakala pelan bagi golongan awam akan diperkenalkan dalam tempoh sebulan lagi.

Dalam pelan yang ditawarkan hari ini, pengguna boleh mendapatkan iPhone 4 serendah RM248 sebuah bagi model 16 gigabit dan RM538 sebuah kepada model 32 gigabit seunit.

Shazalli berkata, pasaran penggunaan telefon pintar di negara ini masih besar walaupun pelbagai pelan istimewa ditawarkan syarikat telekomunikasi. Justeru, beliau tidak melihat langkah baharu Celcom memperkenalkan pelan iPhone 4 bakal menggugat penjualannya.

Kata Shazalli, berdasarkan statistik yang pernah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan, kadar penggunaan telefon pintar hanya kira-kira 20 peratus sahaja daripada kalangan pengguna telefon bimbit di Malaysia.

Sumber:- Utusan Online & Celcom.com

Trofi Copa del Rey yang Dimenangi Real Madrid Jatuh & Pecah




MADRID: Real Madrid menantikan hampir tiga tahun untuk menjulang trofi tetapi kemudian trofi yang dalam genggaman tiba-tiba jatuh. 

Pemain pertahanan Madrid Sergio Ramos terlepas ketika memegang trofi Copa del Rey di atas bas ketika meraikan kemenangan awal pagi semalam dan tayar bas itu melanggar trofi berkenaan. 

Petugas kecemasan memungut kepingan yang pecah itu dan mengembalikannya kepada pemain di atas bas, tetapi ketika sambutan tradisi kelab itu di Plaza de Cibeles di tengah Madrid, trofi itu tidak dibawa bersama. 

"Piala itu jatuh, ia tiba-tiba jatuh," kata Ramos yang dipetik agensi Europa Press. "Tetapi piala itu OK." 

Madrid menewaskan Barcelona 1-0 pada final Copa del Rey final awal pagi semalam, melalui jaringan Cristiano Ronaldo pada masa tambahan untuk kejuaraan domestik pertama kelab itu dalam masa 18 tahun. 

Laporan menyatakan kira-kira 60,000 penyokong berada di Cibeles me-raikan kejayaan Madrid menjulang trofi pertama di bawah jurulatih Jose Mourinho dan pertama sejak trofi liga Sepanyol pada 2008. 

"Selepas dua tahun yang sukar, memenangi Copa del Rey begitu melegakan," kata kapten Madrid, Iker Casillas. - AP



Sumber:- Berita Harian Online

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...