Bagaimanakah caranya seseorang itu dapat membelanjakan hasil pendapatannya supaya tidak terbeban dengan masalah kekurangan duit?
Jawapannya mudah sahaja, iaitu merancang perbelanjaan melalui pendapatan. Seseorang dapat merancang perbelanjaan dengan membahagikan jumlah pendapatan bulanan mereka secukupnya.
Daripada jumlah pendapatan bulanan, seseorang itu dapat membahagikan jumlah pendapatan kepada 6 bahagian iaitu:
- Financial Freedom Account (FFA)
- Long Term Saving Account (LTSA)
- Play Account (PA)
- Education Fund(EF)
- Commitment Account (CA)
- Charity Account (ChA)
2. Long Term Saving Account adalah simpanan bagi jangka masa panjang sebelum dikeluarkan. Ia adalah bertujuan untuk membeli barang yang mahal. Contohnya membayar deposit rumah atau kereta, perabot dan lain-lain lagi. LTSA adalah 10% dari jumlah pendapatan bulanan.
3. Play Account adalah bahagian untuk membeli barangan yang diminati atau berbelanja untuk hobi. Sebagai contoh, membeli pakaian baru, menonton wayang, bercuti dan sebagainya. PA adalah bahagian dari jumlah pendapatan yang boleh dihabiskan. Ia boleh dianggap sebagai perbelanjaan untuk melepaskan tekanan. PA adalah 10% dari jumlah pendapatan bulanan.
4. Education Fund bertujuan untuk digunakan bagi seseorang yang mempunyai sifat long life learning, iaitu senantiasa ingin belajar bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri ke peringkat yang lebih tinggi dengan menghadiri kursus, seminar, motivasi dan juga membeli bahan bacaan. EF ialah 5% dari jumlah pendapatan bulanan.
5. Commitment Account adalah perbelanjaan yang perlu diutamakan daripada jumlah pendapatan bulanan. Ia digunakan bagi membiayai perbelanjaan harian, membayar ansuran rumah dan kereta, membiayai insurans perlindungan diri, tol, minyak kereta dan lain-lain kegunaan harian. CA ialah 60% dari jumlah pendapatan bulanan.
6. Charity Account untuk tujuan amal dengan membelanjakan sebahagian pendapatannya kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sedekah dan amal jariah dapat menyucikan hasil pendapatan seseorang di samping memperoleh keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. ChA ialah 5% dari jumlah pendapatan bulanan.
Contoh Pengiraan Perbelanjaan Bulanan Bagi RM 2800.00 sebulan.
- FFA; 10% x RM 2800 = RM 280
- LTSA; 10% x RM 2800 = RM 280
- PA; 10% x RM 2800 = RM 280
- EF; 5% x RM 2800 = RM 140
- CA; 60% x RM 2800 = RM 1680
- ChA; 5% x RM 2800 = RM 140
Melalui perancangan perbelanjaan kasar seperti diatas, seseorang dapat mengelakkan dari over expenses. Melalui disiplin perancangan perbelanjaan, seseorang dapat memaksimumkan penggunaan wang secara efektif di samping dapat menyimpan untuk kegunaan masa hadapan.
Sumber: Majalah M (Zakhwan Zakaria)
No comments:
Post a Comment