Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Memimpin Diri Menuju Oasis Ramadhan



Memimpin diri menuju Oasis Ramadhan


Menanti oasis yang menyejukan jiwa.
Menghilangkan dahaga.
Dan, memberikan kebahagian dan ketenangan sanubari.

Bagi saya, Ramadhan juga umpama oasis. Di saat, melalui kehidupan yang meletihkan dan memenatkan. Ramadhan akan merehatkan jiwa dengan siraman air yang dingin. Kering tekak yang sangat dahagakan air akan hilang dengan tegukan air Ramadhan yang sejuk.
Sesejuk salju putih.

Terbayangkan keindahan, kenikmatan dan keasyikannya.
Kedamaiannya, kebahagiaannya dan suasananya yang lain dari yang lain.
Terasa sangat. Anda bagaimana?

Saya teringat satu kata-kata Imam Hassan al-Banna, katanya :

“ Ramadhan adalah bulan Siyam dan bulan Qiyam.”

Bulan yang dipenuhi dengan ibadah di siang dan malam hari. Setiap detik, saat, ketika dan masa yang ada dilalui dengan ibadah hati, fizikal dan emosi yang menyeluruh. Inilah “mind setting” yang harus kita tanam dan gerakan nanti.

Baik, sekadar perkongsian. Marilah sama-sama kita sibukan diri untuk melorongkan jiwa, hati, nurani, minda dan segala-galanya yang ada pada diri kita untuk menuju ke Oasis Ramadhan ini. Saya kongsikan beberapa nasihat yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif saya, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman ketika sesi tazkirah baru-baru ini.

  • Memperbanyakan TAUBAT dan istighfar kepada Allah SWT. Memasuki bulan Ramadhan ini dengan jiwa dan hati yang bersih, putih dan jernih.
  • Berbaiki hubungan dengan orang lain dan lupakan segala sengketa. Jadikan ia sebagai medan bermaaf maafan.
  • Meminta keampunan dan kemaafan daripada kedua orang tua kita. Banyakan istighfar dan sedekah untuk mereka.
  • Belajar dan faham Fiqh Saum ( Puasa). Telaah kitab, lihat dan rujuk buku-buku karangan ulamak muktabar.
  • Memperbanyakan amalan soleh. Gempurkan diri dengan ibadah-ibadah sunnat tanpa mengabaikan ibadah yang fardu.
  • Menanam azam untuk menghidupkan semua amalan soleh di dalam Bulan Ramadhan. Mindsetting yang mesti dilakukan.
  • Membaca Al-Quran. Letakan target secara ansur maju untuk mengkhatam Al-Quran.
  • Memelihara solat berjemaah terutamanya di masjid.
  • Perhebatkan amalan-amalan sunnat dalam kehidupan.
  • Merancang untuk melaksanakan iktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadhan.
  • Menjauhi amalan-amalan kefasadan dan kemungkaranterutamaan yang melibatkan anggota pancaindera kita.
  • Perlu memelihara dan menjaga hati kita daripada dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda.

Inilah peta laluan yang akan membawa kita menuju oasis Ramadhan nanti. Alangkah bahagianya bagi sesiapa yang benar-benar bersedia untuk menjejaki Ramadhan ini. Binalah kekuatan kita dengan sebenar-benar kekuatan.

Sebelum mengakhiri sesi tazkirah, Dr Abdullah memberikan suatu penjelasan yang sangat mudah untuk melihat kayu ukur kekuatan dan kehebatan diri kita.

" Kekuatan diri kita diukur bukan kepada banyaknya amalan yang kita buat tetapi ia dinilai sejauh mana kita berusaha meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat di dalam kehidupan kita."

Semoga kita penantian kita akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.


BroHamzah I Kota Bharu, Kelantan
21 Julai 2011 I 19 Syaaban 1432 H

P/S : Mencari tempat untuk berteduh dan berehat sepanjang bulan Ramadhan nanti.

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...