Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Abe @ Stadium Nasional Bkt Jalil (Malaysia vs Syria)


Date: 23 Nov 2011
Time: 8.00 mlm
Place: Stadium Nasional Bukit Jalil
Info: Alhamdulillah, kelmarin dapat juga abe memijakkan kaki abe buat kali pertama @ Stadium Nasional Bukit Jalil utk menyaksikan perlawanan bola sepak kelayakan olimpik di antara pasukan Harimau Muda (Ong Kim Swee) menentang Syria.. walaupun kita tewas 0-2, abe tetap akan sokong pasukan tanah air kita..byk yg perlu diperbaiki oleh skuad muda ini terutama dari segi hantaran2, serangan dan juga pertahanan.. seperti yg abe ramalkan & harapkan, Apek memang mu tok kecewakan abe dgn kecekapan mu jago gol..kalo dok, doh lamo kito bolos byk..xlupa juga pemain muda, Nazdmi, ade potensi utk pergi lebih jauh..byk hantaran dia yg mem'buka' permainan..terima kasih pada member abe yg 'sponsor' tiket game mlm ni..terima kasih Ir. Salman Said.. ;)









bersama dgn abe mlm tu, Ir Salman & Mr Munzir..


lps game, on the way nk hantar Ir Salman blk hotel, kitorg singgah di "mappley Lorong 22 @ P.J, seksyen 14..manttoppp & sempoiii makanan kat sni..



‘MYEULINK-UPM EU ACTIVE WEEK’ @ GSM


Date : 21-25 November 2011
Time : Morning (9am - 12pm)
Place : FEP @ UPM
Info :
We are pleased to inform that Faculty of Economics & Management (FEP), UPM is organizing ‘MYEULINK-UPM EU ACTIVE WEEK’ from 21 November 2011 - 25 November 2011. For your information, the Graduate School of Management (GSM) has been given 4 slots which will be conducted by Prof. Matthieu Heckman & Prof. Norman Dytianquin from University Maastrict, Netherlands. The talk will be conducted in Lecture Hall 3 (BK3), GSM.

Tahniah: ‘Ibu’ Segala Pingat Akhirnya Milik Malaysia


Syabas Malaysia!

Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama

JAKARTA – Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.

Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.

Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
 
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.

Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.

Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.

Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.

Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.

Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat
Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.

Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.

Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun.

Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.

Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .

Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!

Perlawanan Akhir Sukan Sea 2011: Malaysia vs Indonesia Malam Ini

SKUAD Harimau Muda bimbingan jurulatih Ong Kim Swee bersemangat tinggi dan sudah bersedia mempertahankan pingat emas acara bola sepak temasya Sukan SEA XXVI menjelang perlawanan akhir bertemu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini. - Berita lanjut di bharian.com

Abe & Hujung Minggu @ UPM

Date : 19 November 2011
Time : 9.00 pagi
Place : McDonald Taman Sri Serdang
Info : Pagi hujung minggu ni abe breakfast @ McD Taman Sri Serdang.. alhamdulillah, sj nak ubah angin breakfast abe skali skala... sambil2 makan blh on9 jup & baca skit buku "novel" 4000 year tu...kita kena enjoy study kita..baru xbosan kan... ;)

UPSR: Usaha Tangga Kejayaan


KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.

Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.

Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.

Sementara itu, Kamaliah Nasuha Azuan, 12, dari Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, kejayaannya mendapat 5A dalam UPSR berbaloi dengan usaha kerasnya selama ini walaupun terpaksa menyeimbangi antara latihan sukan dan akademik.

Kamaliah yang pernah mewakili sekolahnya dalam sukan bola jaring hingga ke peringkat negeri berkata, walaupun penat menjalani latihan kokurikulum di sekolah, dia cuba mencuri masa dua jam untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.

“Saya bercita-cita menjadi atlit negara dalam sukan bola jaring,” katanya.

Selain itu, katanya, keputusan yang diperoleh semalam agak mengejutkannya kerana tidak menyangka mampu memperoleh 5A berikutan dia agak lemah dalam subjek Sains.

“Sebelum ini pun saya hanya memperoleh B bagi subjek Sains. Saya tak percaya boleh dapat A,” katanya.

Sumber :- http://www.hmetro.com.my

PC Fair @ Dewan Besar UPM


Date : 14-17 November 2011
Time : 10.00 pagi - 9.00 mlm
Place : Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia
Info : Hari ni abe sempat jugak pi usha2 PC Fair @ Dewan Besar UPM yg dh start ari Isnin lg... haha..ni pun first time masuk Dewan Besar UPM.. byk jgk brg2 yg dijual & kedai pun ade lbh kurang 15-20 buah..Insyallah, ade rezeki abe pun nk shopping jgk la brg2 PC kat sni..ari ni just blh window shopping je...











Transformation - MyMatrix

Before

After


Abe & adik2 Lunch @ Hotel Equatorial, Penang


Date : November 2011
Time : Lunch @ Weekend Holiday
Place : Hotel Equatorial, Bkt Jambul Penang.





Sepagi @ Library UPM

 Jomm kita 'bertapa' @ library UPM...




Ribut @ Kolej 12, UPM

Date : 3 November 2011
Time : 9.00 pagi
Place : Kolej 12, Universiti Putra Malaysia
Info : Pagi kelmarin, hujan lebat @ UPM.. ade 2-3 pokok tumbang rebah ke bumi..alhamdulillah, xde kemalangan jiwa berlaku..

 p/s: morale of the story, dah tak boleh parking bwh pokok dh lepaih nie...

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...