Alhamdulillah, hari ini Allah nak uji abe dengan satu panggilan dari hamba Allah mengenai satu pakej perlindungan insurans yang disediakan menerusi langganan kepada sebuah syarikat penyedia Internet, dengan kerjasama sebuah syarikat insurans antara yang terulung di dunia.
Memandangkan modus operandi mereka yang mencurigakan, abe telah berhubung dengan beberapa sahabat abe untuk memastikan adakah ini merupakan satu bentuk percubaan untuk memperdayakan pelanggan atau tidak.
Dalam perbualan tersebut, hamba Allah ini juga menerangkan langkah-langkah untuk pelanggan “bertuah”, menyertai skim perlindungan yang dinyatakan tanpa perlu menggunakan butir hitam atau putih.
Antaranya :1. Menghubungi pelanggan bertuah dalam senarai nama yang diberikan.
2. Menerangkan kepada pelanggan bahawa semua butir perbualan dirakam.
3. Menerangkan semua manfaat yang diperolehi daripada program tersebut.
4. Menjawab sebaiknya semua soalan yang ditanyakan oleh pelanggan.
5. Mendapatkan kebenaran untuk pendaftaran daripada pelanggan.
6. Mengesahkan semua maklumat seperti Nama, Nombor MyKad, dan Alamat.
7. Bertanyakan cara yang mudah untuk pelanggan membayar sama ada hanya menggunakan kad kredit mahupun “auto-debit” dari kad debit Maybank setiap bulan.
8. Membaca penutupan wajib bagi mendapatkan perhatian pelanggan mengenai jumlah nilai polisi, terma-terma dan syarat polisi.
9. Meninggalkan nama dan nombor khidmat pelanggan.
p/s: Jika anda mendapat panggilan dari private no. dan memberitahu anda adalah perlanggan yang terpilih mendapat insuran percuma selama 6 bulan. Harap berhati-hati kerana ia seolah-olah perangkap. Yang penting JANGAN BERIKAN BUTIRAN ANDA DAN NO DEBIT/VISA/MASTER KAD ANDA.
Tapi jika anda ingin membeli insuran itu hak anda. ;)
No comments:
Post a Comment