Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Jom Bertukar: Abe & U-Mobile Broadband


Date : 30 April 2012
Time : 2.00 p.m
Place : Berjaya Times Square, K.L
Info : Ari ni abe
pergi register broadband U-Mobile @ Berjaya Times Square.. broadband ni abe gantikan dengan broadband lama abe (Celcom).. dlu abe guna pelan Celcom 6GB dgn kelajuan 3.6 Mbps utk RM98 sebulan.. disebabkan keperluan tertentu, abe perlukan saiz yg lebih dari 6GB.. Celcom ada tawarkan 10GB dgn kelajuan 7.2 Mbps utk RM138 sebulan.. pastu abe ada survey telco lain..mcm U-Mobile tawarkan RM128 sebulan dgn kelajuan 42Mbps tetapi saiznya ialah 20GB.. hmmm.. akhirnya, dapat jgk abe tgkp si U-mobile ni.. so far, mmg puas hati sgt dgn speed & size yg abe dpt dr U-Mobile.. 


Kenduri Kahwin: Syahadah (UPM) & Wafi @ Serdang, Selangor

Syahadah & Suami + Classmate...

Date : 28 April 2012
Time : 12.00 p.m
Place : No. 84, Jln 4/1, Serdang JAya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Info : Ari ni abe, ivan, uncle adamu, qairul, raj, ros, izumy, kak cha & family, rozi & suami, firah & suami, kak ida & family & kak ros & family pi kenduri kawan abe iaitu Syahadah dan pasangnya di Serdang Jaya… so abe dan kwn2 berpakat utk pi sana sama2 td.. Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar… mudah2an Allah berkati perkahwinan Syahadah dengan pasangannya.. bahagia dunia dan akhirat.. Amin!! Gambar lain abe akan upload dari masa ke semasa sebab abe xbawak kamera hari ni.. Mr Ivan yg bawa kamera dia, abe yg jadi cameraman..

Qairul

Ros & Izumy

Adamu & Raj

kak ros & anak-anak...

pandai diorg susun, row depan dah kawin, belakang belum kawin..

ketibaan pengantin lelaki..

selepas makan..

raja sehari..

bersama pasangan masing-masing..

kak ida bersama suami & anaknya..

kak cha & anak2...

 zafirah & suami...

hehe..lps g kenduri, gi McD pulak..

Abe & Broadband Internet


Sekarang abe tengah survey & berkira-kira utk bertukar pelan broadband abe.. Buat masa ini, abe menggunakan pelan broadband Advance Celcom yg berkapasiti 6GB, berkelajuan 3.6 Mbps & bulanan abe perlu bayar RM98.. Disebabkan tuntutan "keperluan" yg semakin terhad, abe terpaksa menukar pelan dari 6GB ke 10GB (tak cukup 6GB sebulan.. hehe).. jadi selepas membuat perbandingan dengan beberapa perkhidmatan telco yg lain, mungkin abe juga akan menukar perkhidmatan broadband Celcom abe ke U-Mobile atau pun Digi.. Maxis, abe dah pernah guna & perkhidmatannya di tempat abe tak berapa excellent sangat..

Tawaran perkhidmatan dari U-mobile boleh tahan jika dengan bajet abe sebulan utk Celcom iaitu RM138 utk 10GB dengan kelajuan 7.2 Mbps.. ini kerana u-mobile menawarkan bayaran bulanan sebanyak RM128 utk 20GB (2x) dengan kelajuan 42Mbps.. isshh, betui ka ni.. tapi yg duk risaukan abe iaitu service coverage, takut area tempat abe (Serdang) xbrapa excellent sgt.. tapi bila tgk terms dia, ade masa seminggu kita boleh try (money guarantee) & wang akan dipulangkan jika kita tidak berpuas hati.. why not abe try? Berikut adalah tawaran yg disediakan oleh telco-telco lain utk broadband..


sumber: p1.com.my

Dr. Lee: Ontology, Epistemology, Realism & Relatism

Phew.... dari satu istilah ke satu istilah makin abe faham dalam kelas Dr. Lee.. setiap penerangan yang dia kongsikan begitu mudah difahami.. semalam dalam kelas teori, boleh pulak dia lukis kat whiteboard depan.. ingatkan dia nak main game "Draw Something" yg abe duk main dalam fb skrg.. last2 lepas dia lukis, dia explain pasal ontology, epistemology, realism (observe) & relatism daripada lukisan dia.. semester lepas pun dah pernah dgr istilah ni dalam kelas RM, tp xbrape nak faham lagi.. slow pickup kot.. hehe.. Berikut adalah gambaran grafik tersebut dalam bentuk imej... inilah kelemahan blog.... tak boleh lukis graf, jadual dll. Nasib baik ada tab, kenalah saya capture...

Jom Praktik Dua Strategi Cari Article & Gap Gaya Dr OT


Gunakan ADVANCED SEARCH (AS) !!



STRATEGI 1:
Taip sahaja “risk mitigation” bagi TTITLE sahaja
Setkan tahun 2010 – 2012 utk tahu apakah wujud perkembangan istilah “risk mitigation” dalam 2 tahun

Rasional:
nak tahu semua buku, journal dll yang ada tajuk khusus “risk mitigation”.  Ini utk tujuan mendapatkan latar belakang kajian dan overview perkembangan “risk mitigation”....  



Hasilnya.. ada 352 semuanya. Ini baru EBSCOhost... belum lagi Wiliey.... IEEE... Emerald.... dll....

Cukuplah kalau ko dapat access dan baca semua benda2 ni…. Sejak 2010 hingga 2012. Tapi be selective….maybe ambil yang sesuai utk dibaca… sekadar nak survey bahan bacaan yang ada dalam SAGE...



STRATEGI 2:

Kita narrow down focus bacaan ko kepada bahan bacaan yang ada term “risk mitigation” dalam TITLE dan keywords seperti “agriculture”, “palm oil”.

So bila dah narrow carian, boleh la baca artikel dan dapatkan GAP yang ada dalam article tersebut yang boleh ko jadikan GAP dalam kajian ko kat Malaysia. Paling best dalam tu dah ada theory dan instrument maka ko boleh guna. Jika ko dah putuskan utk jadikan GAP tersebut, ko memang dah ada sumber rujukan utk LR dgn snowballing artikel tersebut .... dan artikel2 yang sewaktu dengannya.


Then barulah ko sediakan working title kajian ko maybe sebagai:

Cukuplah tu….. kita try publisher yang lain plak…. Seperti Sciencedirect, Wiley, IEEE dll….

Sumber: drotspss.blogspot.com

5 Resepi Kejayaan Dalam Menuntut Ilmu


Ucapan seorang pensyarah (pemenang anugerah ) yg tak sempat dihabiskan kerana terlalu sebak. Seluruh dewan terdiam. Saya tuliskan teksnya:

5 Resepi kejayaan dalam pengajian doktor falsafah-

Pertama,
Dalam apa jua hal yang berlaku, saya menggantungkan seluruh nasib saya kepada Allah. Misalnya, tatkala saya bertembung dengan apa jua kesukaran pengajian, hal pertama yang saya lakukan adalah solat sunat taubat dan solat sunat hajat.

Kedua, 

Saya berusaha sedaya upaya untuk berbuat yang terbaik kepada kedua orang tua dan guru saya. Atas sebab itulah misalnya, saya dikurniakan Allah akan guru yang tidak hanya memimpin saya dalam pengajian tetapi juga memimpin saya ke hospital sewaktu saya jatuh sakit. 

Ketiga, 

Saya berusaha sedaya upaya untuk sentiasa bermurah hati baik dari segi tenaga dan wang ringgit kerana di situlah antara punca kemurahan rezeki.

Keempat, 

Saya memiliki perancangan pengajian yang sangat teliti. Bermula dari perancangan tahunan hinggalah kepada perancangan harian.

Kelima, 

Tiada istilah ‘malu’ dalam kamus hidup saya setiap kali saya memerlukan tunjuk ajar daripada seseorang. 

Kelima-lima resepi inilah mudah-mudahan menjadi panduan kepada teman-teman siswazah sekalian bagi menggapai kejayaan yang lebih gemilang.

Sumber:- facebook.com

Kuliah maghrib @ Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi.


Date: 15 April 2012
Time: After Maghrib
Place: Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi
Info:
Alhamdulillah, semalam abe berkesempatan untuk mengahdiri kuliah maghrib Imam Muda Asyraf,
Sham Kamikaze dan Ustaz Syed Norhisyam di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi.. Tajuk kuliah semalam ialah "Suci Dalam Debu".. Apa yang abe dapat simpulkan dari kuliah semalam ialah berkenaan dengan fitrah manusia yg dilahirkan dlm keadaan suci bersih & debu2 dosa yg menyebabkan hati kita makin lama, makin hitam.. Antara isi-isi yg dikupaskan oleh Ust. Syed Norhisyam ialah terdapat 3 peringkat dosa iaitu:
  1. Buat dosa tapi tidak rasa bersalah,
  2. Berbangga akan dosa yg dilakukan,
  3. Menyeru kepada orang lain utk melakukan dosa (Amar mungkar, Nahi ma'ruf)
Ustaz juga ada berkongsi mengenai 3 syarat bertaubat (Imam Nawawi):
  1. Tinggalkan sepenuhnya dosa yang kita buat,
  2. Rasa penyesalan,
  3. Azam untuk tidak ulangi dosa tersebut
Akhir sekali, Ustaz memberikan doa (Nabi Ibrahim & Nabi Muhammad):
"Hasbunallah waniqmalwaqil" maksudnya "Cukuplah Allah, Engkau sebaik2 wakil"

Imam Muda Asyraf (moderator), Ust. Syed Norisyam (Panel 1) & Sham Kamikaze (Panel 2)

selepas solat isyak, minum bersama sahabat2 Matri (senior) @ Bangi..

Pakdin & Pakjo pun ada..

Dropbox Software: FREE Service Backup Your Photos, Docs & Videos

First Time Abe Join TT Matrix @ RnR Awan Besar

Pagi: pi survey Kementerian Pelancongan @ Presint 5 utk meeting keesokan hari..

Tengahari: Mandikan si Matrix jup..

Petang: Jumpa kenalan TT MyMatrix Club (MMC) @ RnR Awan Besar..

Si Kalui Hilangmu Tiada Pengganti..

Ikan kalui dh x ada... 22 tahun mmbesar bersama KAMI (T_T)
Ikan kalui ini abah tangkap pada tahun 1990 di Perak..
masa tu ikan ni masih kecil..
ikan ni suka makan kangkung, kacang panjang..ala2 vegetarian skit..
ikan ni jgk pnh roomate dgn ikan toman.. penah sekali bergaduh, daripada 4 ekor toman, 3 yg KO..
pnh gigit jari abah time abah nak basuh kolam..adush..sebak rasa bila dah lama bersama.. ;(

Schedule: PIKOM PC FAIR 2012


Source: pikom.org.my

Schedule: Proposal Defence (PhD) This Week


Thesis : Don't make it right, make it WRITTEN !

 Gambar Hiasan

Ni idea baru ker bro?


Tiada ada yang baru.... sekadar melihat dari perspektif yang lain... yang berbeza.... try to think out of the box !


Apa yang ko maksudkan dengan "Don't make it right, make it WRITTEN !" ?


Aku masih consistent bahawa tesis adalah satu manuskrip akademik yang sistematik bagi memenuhi pra-syarat mendapat MSc dan PhD. Manuskrip ini bukan "kertas jawapan" yang akan diberi markah dan gred A+, A- atau E. Manuskrip ini hanya perlu disiapkan dan dihantar untuk semakan external examiner sebelum ko diuji dengan oral presentation pulak iaitu viva voce.


Utk pengetahuan ko.... jarang benar... malah aku belum dengarpun.. ada tesis yang FAIL. Yang ada cuma PASS with major atau minor correction.


Maksud ko?


Maksud aku.... ko hantar sahaja tesis ko.... ko PASS lah.


Takkan semudah itu bro.... nak siapkan tesis bukannya mudah bro..


Akupun tak kata mudah.... atau susah.... bergantung kepada proses yang ko lalui....tapi aku nak ko fikirkan senario ini...


Pertama:
Berapa ramai pelajar yang belum mendapat tajuk sehingga habis 1 atau 2 semester?


Kedua:
Jika selepas 1, 2 Semester baru nak dapat tajuk.... bila dan berapa lama pulak nak baca dan tulis serta kumpul artikel?


Ketiga:
Jika ada tajuk yang "baru"... hasil dari idea sendiri dan SV.... bila dan berapa lama pulak nak kumpulkan rujukan yang ada.... maklumlah tajuk baru?


Keempat:
Selepas kumpul rujukan..... print-out.... kumpul.... baca dan tulis point sana sini.... bila dan berapa lama pulak nak mula menulis dengan komputer?


Kelima:
Dah mula menulis dalam komputer.... bila dan berapa lama pulak ko nak organise..... lepas satu chapter.... buat correction then satu chapter lagi .. buat correction...then.. satu chapter lagi... dan seterusnya...inipun dah cukup memuakkan....


Keenam:
Bila dah tulis dalam komputer, buka pulak 3,4 file berbeza2.... bila dan berapa lama pulak nak masukkan citation dan siapkan Bibliography kalau ko buat satu chapter satu file....


Ketujuh:
Dah siap 3,4 file.... bila dan berapa lama pulak nak edit itu ini bila ada pembetulan sebab kena buka dan tutup file.... berulang2 kali.... mahu pening kepala ko...


Kelapan:
Dah siap semuanya....kena print-out....bila dan berapa lama pulak ko nak taip TOC, list of Table dll.... tally kan dengan nombor muka surat dll....


Kesembilan:
Dah hantar kepada SV.... kena komen dan perlu diedit itu dan ini.... bila dan berapa lama pulak ko nak siapkan semua itu dengan banyaknya file yang ko ada?


Kesepuluh:
Dah hantar external... dan viva.... sama ada ko PASS dgn MINOR atau MAJOR CORRECTION ko masih perlu membuat pembetulan.. reorganise dll.... sebab belum ada satu pelajarpun yang PASS WITHOUT ANY CORRECTION....bila dan berapa lama pulak ko nak buat kerja2 tersebut?


Kesemua proses diatas adalah proses biasa yang dilalui oleh SEMUA siswazah...... dan mereka perlu menempuhnya. Tiada satu siswazahpun ada kelebihan dari yang lain apabila melalui proses tersebut.


Jadi ada short cut tak bro?


Mana ada.... giler ko main2 short cut! Ko ingat ini jalan masuk kampung ke boleh short cut....Ini bukan short cut macam jalan pintas.... ini implementasi idea "Don't make it right, make it WRITTEN !"


Ishh.... lagi aku tak faham....


Apa yang ko present masa VIVA dan disemak oleh external examiners serta SV ko adalah "a written manuscript of your thesis" yang takkan betul 100%... yang pasti akan dikomen.... yang pasti ada pembetulan baik major atau minor. Setuju tak?


Emm yeap.... setuju!


Jika begitulah halnya..... ko kena pastikan research framework ko mantap dan betul dahulu (ingat gunakan RFOT) .....then selepas itu ko mesti ambil peluang untuk terus menulis sebanyak dan secepat mungkin dgn teknik 1File1thesis dan zerodraft secara paperless (dgn bantuan Mendeley).... 


Maksud aku..... tulislah secepat mungkin semua idea ko dalam bentuk penulisan dalam tesis sebagai priority MELEBIHI usaha ko memastikan semua idea ko 100% betul baru ko nak tulis (sebab ko takkan dapat 100% betul... pasti ada komen, pasti ada correction). Jadi jika ko tulis dengan cepat .... ko akan tahu dengan cepat sama ada idea ko tu betul atau salah..... SO... Don't waste your time to make sure everything is right but make it WRITTEN so that someone (SV or yourself or extenal examiners) can check it as soon as possible.


Ini bermakna.... jika ko siapkan thesis ko lebih awal.... then ko boleh hantar lebih awal kepada SV dan lebih awal ke externel examiners..... supaya ko dapat buat correction lebih awal.


Minor atau major correction banyak bergantung kepada "rezeki" kerana setaip ahli panel viva ko ada cara tersendiri. Tak ada sesiapa boleh gerenti apa2 semasa viva. Aku ulang..... Tak ada sesiapa boleh gerenti apa2 semasa viva. 


Jika rezeki ko baik.... dapat panel yang memeriksa tesis ko sebagai seorang novice.... dan ko maybe dapat minor correction. Tapi jika rezeki ko dapat panel yang memeriksa tesis ko dan anggap ko sama level dengan Prof.... dari segi kepakaran.. ko bertuah juga (positive thinking la bro...) dapat major correction... bukan sesuatu yang negative mendapat major correction kerana akhirnya ko dapat memantap dan memanTOPkan thesis ko.... sebab lepas tu thesis ko akan dirujuk  dan jika ko tulis artikel.... ko akan lebih confident sebab thesis ko dah melalui major correction.... Ini bermakna tesis yang dapat major correction tak semestinya kurang baik berbanding dengan kawan ko yang dapat minor correction... atau vice versa.... sebab setiap thesis adalah UNIQUE......


Kenapa pulak?


Sebab itu... bila ko dah dapat surat SENAT yang ko layak terima MSc atau PhD.... TAK SAPA pun kisah, AIMAN pun tak kisah.... yang ko dapat minor atau major correction... sebab yang penting tesis ko dah mencapai level PhD atau MSc.....dah capai bro.... wa cakap lu !


Mana ada dalam sijil ko tertulis.....Awarded PhD (major correction) macam Awarded BSc (Hons). Ada tak....? Tak der kan? So letakkan target ko menulis dengan cepat.... supaya sampai ketangan external dengan cepat.....


Dan ko kena ingat.... kalaupun major correction diberikan masa 6 bulan ke 12 bulan utk baiki, ko boleh saja siapkan correction ko dalam 3 minggu jer.... (ada sapa larang ko... ada sapa kisah...) then hantar ke SV utk check correction yang ko buat... dan tak ada kena mengena dengan external ko lagi dah.... Maybe yang dapat minor correction siapkan pembetulan 3 bulan.... ko 3 minggu dah siap.... so sapa yang lebih baik?


Jadi jgn ler honeymoon dulu selepas selesai viva dgn minor atau major correction....Then jika selepas 3  minggu, SV kata OK.....hantar ke GSO..... tunggu jerlah surat pengesahan SENAT ... dan ko akan bergelar "Dr"......dan cepat2 tukar bisness card ko tu dari "PhD Candidate" ke "Dr. Aiman".....


Ko ni macam galakkan pelajar tulis cepat2 dan hantar jer bro tak kira salah atau betul? 


Apsal ler ko ni lembab sangat... maksud aku, kalau dah semua pelajar terpaksa ikut proses yang sama spt yang aku tulis di atas tu...... hantar proposal kena betulkan... hantar tesis kena betulkan.... hantar external... kena betulkan ....lepas vivapun kena betulkan... jadi jgnlah bermatian2 sampai tak menulis hanya kerana nak pastikan semuanya betul sedang keutamaan patut diberikan kepada menjadikan idea ko tu WRITTEN supaya lebih cepat diperbetulkan !! Faham tak bro?


OOO.... sebab itulah ko banyak bagi bengkel pasal penulis cepat dan efisyen.... 


Tahu tak per..... dgn RFOT dan hybridazation ko boleh pastikan idea framework ko mantap....ini mesti ko pastikan dulu..... then dengan berdesup ko tulis 3 chapters serentak... apply doc map supaya penulisan ko look professional.... dan consistent dengan cara 1file1thesis dan mendeley.... terus present proposal... lepas pun gali lagi LR ko dgn snowballing.... tulis berdesup lagi.... supaya ko boleh mula jalankan kajian dan collect data.... then tulis lagi finding dan discussion ko.... supaya SV dan comittee boleh boleh semak cepat.... then.... buat pembetulan berdesup2.... sehingga bersedia utk dihantar ke external examiner....


So pesan aku..... fahami idea aku tentang..... "Don't make it right, make it WRITTEN" supaya ko tak salah saham....... supaya ko boleh menghantar tesis yang berkualiti secara efisyen dan cepat..... dan seterusnya mendapat ijazah MSc dan PhD ko dengan penuh gaya..... serta menjadi pelajar Gemilang, Terbilang dan Dijulang oleh keluarga dan rakan2.....






Sumber: drotspss.blogspot.com

Sahabat Ziarah Mughirah (ex-Matri)

Sahabat-sahabat ziarah, Mughirah Abdullah @ Kemaman, Terengganu.. Hari tu abe dah pi ziarah beliau @ HKL sebelum beliau menjalani rawatan chemoteraphy buat kali pertama.. Alhamdulillah, keadaan beliau semakin positif.. Terus doakan beliau.. Keadaan beliau:        
                                 1)sangat tabah
                                 2)kakinya dah surut sikit dari bengkak
                                 3)akan menjalani chemoteraphy kali kedua hujung minggu ini


12 Things Need to Know When Starting a PhD



1: Beat your first deadline

Whatever your supervisor gives you to do first, beat the deadline by at least 24 hours.

 

2: Get to know people who can make things happen

You might not need them yet, but saying hello to secretaries, technicians, porters etc is a very good idea before you need a last minute favour later. Then…

 

3: Thank people who do things for you

Especially your PhD supervisor. It’s easy to complain if they aren’t there for you, but recognise that they are almost certainly busier than you are, and show that you value their time.

 

4: Get to know other people’s research

This will give you a broader knowledge base, and stop you getting too narrowly focused on your own research. You’ll learn far more (and faster) by talking to people than you will by reading.
And your colleagues are more likely to be interested in your work if you show an interest in theirs.

 

5: Get really, really good at one thing

Nobody knows everything. You’re not expected to. But try to get seriously good at at least one thing.
Even better if it’s something useful to other people.

 

6: What you write now, you won’t like in 3 years time

3 years from now, you’ll know far more than you do now. That’s the whole point of the PhD.
The value of doing a lit review now though his to learn the basics. Focus on basic concepts, and don’t let writing get in the way of starting research.

 

7: Downloading papers doesn’t count as reviewing the literature

I mentioned this in 17 random tips for PhD success, but it’s worth saying again. Check out this post on an easier way to review literature.

 

8: Publish

Everything you do should be working towards getting published. If your work isn’t going to be publishable, it’s not going to be worth a PhD.

 

9: Make contacts outside your department

Contacts are the lifeblood of your career. Get to know people at conferences, get their business card, add them on LinkedIn, and that CV you send 3 years from now won’t be coming from a stranger.

 

10: Write everything down

Write notes as if they are for someone else working coming in to take over your work after your shift ends. Your future self will forget!

 

11: Time goes faster than you think

Sometimes the days will drag, but the years will fly by. Set yourself a target for what you’re going to achieve in the first 6 months.

 

12: Make mistakes

If you make no mistakes, you’re not taking risks and you’re not pushing yourself.
Just make sure you learn from them, take responsibility for them, and try not to make the same mistake twice.


Source: 3monththesis.com

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...