Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Inspiration Movies Through Food...


Alhamdulillah, abe pernah join TGV movie club.. kali ini TGV hadiahkan 2 free tiket movie + regular set popcorn & air.. ape lagi, rezeki kan.. So, kelmarin abe pergi la redeem movie tu.. Movie yg abe teringin nak tgk ialah "The Hundred-Foot Journey".. 


Movie ni dah lama dah keluar di wayang.. ni kira masa kecemasan sbb Penang dah tak ditayangkan..KL pun ada dalam 5 wayang je.. Okey, mengenai cerita ini hasil gabungan Oprah Winfrey & Steven Spielberg, mmg tidak mengecewakan.. cerita ini penuh dengan inspirasi dan bakal memberi kesan kepada penontonnya. Walaupun movie ini tidak mempunyai aksi-aksi gaduh, stunt, teknologi canggih, tetapi ia sudah cukup untuk membuatkan abe berasa cuit hati & ber inspirasi.. Antara inspirasi yg abe dapat dalam cerita ini ialah:
  1. Bagaimana menggunakan kegagalan yang ada untuk mencapai kejayaan.
  2. Saya pelajari beberapa Pemasaran Gerilla – contoh sewaktu Papa menarik pelanggan masuk ke restoran yang baru dibukanya.
  3. Berani mengambil risiko – Papa membeli restoran lama yang berhadapan dengan restoran mewah dan terkenal.
  4. Kekuatan dan keharmonian keluarga itu penting.
  5. Restu dari ibubapa itu penting – Papa memberi restu anaknya Hassan untuk bekerja di restoran Madame Mallory
  6. Passion boleh menjadi karier hidup – Hassan suka memasak, minat ini datang dari ibunya
  7. Mencari ilmu itu penting – Hassan belajar cara masakan barat melalui pembacaan buku sahaja kemudian mengembangkan ilmu dengan bekerja di restoran Madame Mallory
  8. Mentor itu penting – Hassan menjadikan ibunya sebagai mentor terawalnya kemudian diikuti mentor Madame Mallory.
  9. Tindakan harus selari dengan matlamat diri – tidak kira apa halangan, Hassan akan cuba yang terbaik untuk menawan hati Madame Mallory dengan masakannya.
  10. Jangan terhadkan potensi diri yang ada, sentiasa mempunyai inovasi terhadap potensi diri – Hassan berjaya menghasilkan masakan baru melalui hasil gabungan dua citarasa negara (India + Barat)
  11. Sejauh mana kejayaan yang dijulang tidak akan bermakna jika kita tidak menghargainya bersama orang tersayang – keluarga Kadam
  12. Dan banyak lagi manfaat tersirat yang terkandung di dalam cerita ini.
Setiap orang mempunyai pandangan yg berlainan & berbeza. Ini adalah pandangan peribadi abe.. Ambil mana yg baik & yg tidak baik jadikan pengajaran.. Movie ini hampir sama genre dengan movie yg abe tgk sebelum ini..penuh dengan inspirasi dengan masakan.. iaitu "Chef"..



Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...