Alhamdulillah, abe pernah join TGV movie club.. kali ini TGV hadiahkan 2 free tiket movie + regular set popcorn & air.. ape lagi, rezeki kan.. So, kelmarin abe pergi la redeem movie tu.. Movie yg abe teringin nak tgk ialah "The Hundred-Foot Journey"..
Movie ni dah lama dah keluar di wayang.. ni kira masa kecemasan sbb Penang dah tak ditayangkan..KL pun ada dalam 5 wayang je.. Okey, mengenai cerita ini hasil gabungan Oprah Winfrey & Steven Spielberg, mmg tidak mengecewakan.. cerita ini penuh dengan inspirasi dan bakal memberi kesan kepada penontonnya. Walaupun movie ini tidak mempunyai aksi-aksi gaduh, stunt, teknologi canggih, tetapi ia sudah cukup untuk membuatkan abe berasa cuit hati & ber inspirasi.. Antara inspirasi yg abe dapat dalam cerita ini ialah:
- Bagaimana menggunakan kegagalan yang ada untuk mencapai kejayaan.
- Saya pelajari beberapa Pemasaran Gerilla – contoh sewaktu Papa menarik pelanggan masuk ke restoran yang baru dibukanya.
- Berani mengambil risiko – Papa membeli restoran lama yang berhadapan dengan restoran mewah dan terkenal.
- Kekuatan dan keharmonian keluarga itu penting.
- Restu dari ibubapa itu penting – Papa memberi restu anaknya Hassan untuk bekerja di restoran Madame Mallory
- Passion boleh menjadi karier hidup – Hassan suka memasak, minat ini datang dari ibunya
- Mencari ilmu itu penting – Hassan belajar cara masakan barat melalui pembacaan buku sahaja kemudian mengembangkan ilmu dengan bekerja di restoran Madame Mallory
- Mentor itu penting – Hassan menjadikan ibunya sebagai mentor terawalnya kemudian diikuti mentor Madame Mallory.
- Tindakan harus selari dengan matlamat diri – tidak kira apa halangan, Hassan akan cuba yang terbaik untuk menawan hati Madame Mallory dengan masakannya.
- Jangan terhadkan potensi diri yang ada, sentiasa mempunyai inovasi terhadap potensi diri – Hassan berjaya menghasilkan masakan baru melalui hasil gabungan dua citarasa negara (India + Barat)
- Sejauh mana kejayaan yang dijulang tidak akan bermakna jika kita tidak menghargainya bersama orang tersayang – keluarga Kadam
- Dan banyak lagi manfaat tersirat yang terkandung di dalam cerita ini.
No comments:
Post a Comment