Nuffnang
Mesej Terakhir Seorang Ayah Kepada Anaknya di Facebook
gambar hiasan
Sekadar kisah...
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.
Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat
sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di
inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua
dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
"Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai
kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4.
Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan
pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak
kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu
hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja.
Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh
habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila
kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah
seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok
dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak
faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah
dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat
kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan
abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah.
Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah,
kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk
biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana
tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah
menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk
bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan.
Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk
asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila
perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri
remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada
kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah
menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu.
Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia
kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih
penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila
kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung
pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah
lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak
berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari
raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah,
kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu
tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak...
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara
tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis
pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu
kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan
pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta
di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu
terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya."
Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.
Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.
Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.
Sumber: tengoktvonline.blogspot.com
Suspicious Email - Penipuan Data Melalui Akaun Yahoo Email
Disini abe ingin berkongsi cara terbaru bagaimana "mereka" boleh mencuri data / maklumat peribadi dalam akaun Yahoo email kita.. Nama akaun Y! Mail, bertajuk: Possible Account Suspension.. tetapi bila kita perasan, dengan meletakkan cursor tetikus kita di Y! Mail, akan tertera di skrin email sebenar si penghantar, journey2top@yahoo.com.. sah2 email ni bukan email rasmi Yahoo... bila kita click je Click Here, segala data maklumat akan dipindahkan ke data diorang.. bahaya, bahaya.. nasib baik abe ni pernah jumpa kes ni sebelum ni, tapi bagi yg first time, mesti diorang tak perasan.. Hati-hati yer....
Keutamaan Bangun Pagi
Keutamaan bangun pagi
1-Ciri golongan bertaqwa.
“Sesungguhnya orang bertaqwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata
air. Mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya
mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka
sedikit sekali tidur pada waktu malam.
Dan pada akhir malam (sebelum fajar), mereka memohon ampun (kepada Allah)”. {Az-Zariyat:15-18}
2-Beroleh keberkatan.
Dalam sebuah hadith, Rasulullah mengucapkan doa antara lain seperti berikut:“Ya Allah, berkatilah umatku di saat mereka bangun pagi”. (Abu Daud)
Adalah satu kerugian bagi orang yang membiasakan dirinya tidur hingga siang hari (dhuha). Mentari telah lama terbit, dia masih berselimut, kemudian setelah dia bangun, dia melihat orang-orang lain sudah sibuk mencari nafkah atau sedang berjerih payah mencari bekalan akhirat.
3-Pembahagian rezeki.
Sebuah hadith dari Fatimah binti Muhammad mengatakan:Pada suatu pagi, Rasulullah s.a.w melewati di hadapanku dalam keadaan aku sedang berbaring. Lalu baginda membangunkan aku lalu berkata: “Hai anakku, bangun, saksikanlah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau menjadi orang yang lengah kerana Allah membahagikan rezeki kepada manusia di waktu fajar mulai menyinsing hingga matahari terbit”. (Al-Baihaqi)
4-Meningkatkan darjat di sisi Allah.
“Dan pada sebahagian malam, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan
bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji”.
{Al-Israa:79}
5-Mendapat keampunan dan cinta Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada setiap malam, Rabb kita turun ke langit
dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman:
“Barangsiapa berdoa kepada Ku, pasti akan Ku kabulkan, dan barangsiapa
memohon kepada Ku, pasti Ku beri, dan barangsiapa memohon ampun kepada Ku, pasti
akan Ku ampuni”. (HR Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi)Di dalam buku Mahabbatullah (mencintai Allah), Imam Ibnu Qayyim menyatakan peringkat-peringkat menuju wahana (perantaraan/medium) cinta Allah. Salah satu caranya adalah menyendiri bersama Allah ketika Dia turun ke dunia. Itulah saat yang berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri pada Nya dengan melaksanakan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kata Imam Nawawi, “Pada hadith itu menunjukkan, berpanjangan waktu rahmat dan belas yang sempurna daripada Allah s.w.t sehingga cerah fajar”.
6-Ibadah ahli syurga.
Firman Allah dlm As-Sajjadah: 16 yg bermaksud:“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan mengharap. Bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.
“Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makan, hubungkanlah silaturrahim, dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat”. (HR Tirmidzi)
7-Keteladanan Salafussoleh.
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat subuh
dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau
melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,”jika hal ini aku tidak
lakukan, maka sungguh sangat berat”.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya,”Rasulullah s.a.w bersabda: “Syaitan
itu memberikan ikatan pada hujung kepala sebanyak 3 ikatan, jikalau manusia
itu tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang
berbunyi, "engkau memperoleh malam yang panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau
manusia itu bangun lalu berzikir pada Allah maka terurailah sebuah ikatan
dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhuk, lalu terurai
pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya jikalau dia bersolat, maka
terurailah ikatan seluruhnya sehingga di awal pagi dia telah menjadi
bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana
disebutkan di atas, maka dia di awal pagi menjadi orang yang berhati buruk
serta pemalas”. (Muttafaqun ‘alaih)
Petua Tidur Rasulullah s.a.w:
1-Sebelum dan selepas tidur baca doa
2-Jangan tidur menghadapkan kaki ke arah kiblat
3-Membaca tasbih Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x.
4-Membaca 4 Qul dan tiup ke seluruh badan
5-Niat untuk bangun tahajjud
6-Ambil wudhu sebelum tidur dan solat taubat 2 rakaat
7-Maafkan kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur
8-Tidur cara Rasulullah s.a.w dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
2-Jangan tidur menghadapkan kaki ke arah kiblat
3-Membaca tasbih Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x.
4-Membaca 4 Qul dan tiup ke seluruh badan
5-Niat untuk bangun tahajjud
6-Ambil wudhu sebelum tidur dan solat taubat 2 rakaat
7-Maafkan kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur
8-Tidur cara Rasulullah s.a.w dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Bagaimana mudah untuk bangun pagi?
1-Makan malam yang sedikit sekadar mengalas perut supaya tidak lapar
2-Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari
3-Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yg sebenar-benarnya.
2-Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari
3-Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yg sebenar-benarnya.
Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang
Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur
syirik, baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah yang
sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dair amalan yang
dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah
dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.
Wallahu’alam…
Sumber: tarbiyahdiri.blogspot.com
Wallahu’alam…
Sumber: tarbiyahdiri.blogspot.com
10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan
Gunung Fuji (gambar sekadar hiasan)
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:
1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam
dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana
pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke
peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan
menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan
dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun salah satu Negara
terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan
bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.
4.
Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min
bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi
Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
5. Kanak-kanak
disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan,
dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan
bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua
sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi
memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah
masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7. Pekerja
pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya
sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis
dan lisan.
8. Di larangan mengunakan handphone didalam
tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan
status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”.
9. Jika anda
pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang
akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak
akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.
10. Kadar
kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun,
ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar
kepada ketepatan saat dan minit.
Sumber: www.facebook.com
Siri Bacaan Tarbawi untuk Kanak-Kanak
Alhamdulillah, dengan izin dan limpah
kurnia Allah SWT, Intelligent Heart Services (IHS), yang terdiri dari Akhi Rosdi Baharom (facebook/rosdi.baharom) dan Maimunah Hashim (isterinya), telah menerbitkan
buku kedua yang bertajuk 'From My Heart I Say Alhamdulillah'.
Buku ini adalah dari siri buku bacaan tarbawi untuk mendidik anak-anak
mengenali Rabb-nya dan memahami dirinya sebagai ''abd' atau 'hamba'
Allah. Harga senaskah adalah RM16 sahaja. Semoga Allah SWT menerima
amal kita yang sangat kecil ini. IHS juga menerbitkan sebuah buku
mewarna.
Untuk tempahan, boleh hubungi sendiri Akhi Rosdi Baharom (019- 5768445) atau email rosdi55@yahoo.com.
Utusan Raja Sehari Arin (x-Matri) & Pasangannya Azeera
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t & berbesar hati kami sekeluarga ingin menjemput saudara mara,teman,dan sahabat handai sekalian yang mengenali kami (Muhammad Shahrin Razali & Rohima Azeera Ahmad ) untuk meraikan majlis perkahwinan kami.
Semoga dengan kehadiran kalian menyerikan lagi majlis kami.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t & berbesar hati kami sekeluarga ingin menjemput saudara mara,teman,dan sahabat handai sekalian yang mengenali kami (Muhammad Shahrin Razali & Rohima Azeera Ahmad ) untuk meraikan majlis perkahwinan kami.
Semoga dengan kehadiran kalian menyerikan lagi majlis kami.
sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)













