Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Buku 2016 (Dividen / Pulangan Pelaburan)

Alhamdulillah, pagi ni abe berkesempatan menonton Malaysia Hari Ini (MHI). Antara slot MHI pagi ini adalah bersama dengan pakar pengurusan kewangan yang abe sentiasa "follow", iaitu Saudara Shamsuddin Kadir (SK). Mengikut kajian beliau, untuk hidup selesa di Malaysia, kita perlu ada sekurang-kurangnya RM100,000 (umur 30 tahun), RM250,000 (umur 40 tahun) dan RM500,000 (umur 50 tahun). Tambahnya lagi, nilai pelaburan ideal adalah RM1,000,000 (RM1juta) dividen antara RM60,000 - RM120,000 setahun. Wooowww... tapi.. apa yang menarik perhatian abe untuk slot kali ini, ramai di kalangan kita (makan gaji terutamanya), menggunakan sebahagian duit gaji untuk pelaburan, bayar hutang, sara hidup & sebagainya. 

Cara tersebut, bukan salah cuma kais pagi makan pagi & kais petang makan petang.. apa yang kita dapat hujung bulan, hanya untuk bayar hutang & sebagainya.. Mengikut beliau, cara yang sepatutnya ialah, duit gaji hanyalah untuk sara hidup.. Hutang (gaya hidup) ditentukan & dibiayai oleh pelaburan.. 

Saudara SK bagi contoh perumpaan, mana lebih 'suka & sedap', pergi ke kedai makan nasi ayam yang sama, cuma (A) kita yang bayar sendiri & (B) org belanja kita makan.. tentulah kita rasa situasi (B) lagi sedap & suka.. orang belanja. begitulah dengan hutang (gaya hidup) kita, apabila pelaburan (dividen) yang tolong bayarkan.. Bila kita melabur RM1,000,000, dividen (pulangan yg kita akan dapat bila tempoh matang), RM60,000. sebulan RM5,000.. dah boleh cover hutang rumah & kereta.. tapi yg ni utk sejuta.. jika RM100,000, maka RM6,000.. sebulan RM500.. paling kurang kereta myvi/axia.. sape tak suka, duit bulanan kereta dibayar oleh orang lain.. itu adalah contoh.. pokok pangkal, adalah ukur baju di badan sendiri.. terima kasih Saudara Shamsuddin Kadir atas perkongsian di MHI hari ini..

1 comment:

  1. I often invest in unit trust and PJ property. Do you think it's good choice?

    ReplyDelete

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...