Nuffnang
Bank Negara: Siri Duit Syiling Baru Keluar Tahun Depan
Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.
"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.
Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini.
"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini," kata Zeti.
Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baharu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada bulan September.
- Bernama
"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.
Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini.
"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini," kata Zeti.
Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baharu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada bulan September.
- Bernama
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak 2011
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak 2011 bagi setiap negeri² di Malaysia
(dalam bentuk pdf)
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA
SELANGOR
ZON1 – DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON2 – DAERAH KLANG, KUALA LANGAT, KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
MELAKA
JOHOR
ZON1 – PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON2 – DAERAH JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI, MERSING DAN PULAU² BERDEKATAN
ZON3 – DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON4 – BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
PERAK
ZON1 – TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON2 – IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON3 – PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON4 – TEMENGOR DAN BELUM
ZON5 – TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON6 – SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON7 – BUKIT LARUT
SARAWAK
ZON1 – LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON2 – NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON3 – TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON4 – IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON5 – BELAWAI, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON6 – KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON7 – SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON8 – KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
SABAH
ZON1 – BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON2 – BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON3 – BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN, LAHAD DATU DAN KUNAK
ZON4 – BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON5 – (BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON6 – GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON7 – (BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON8 – BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON9 – BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
TERENGGANU
ZON1 – KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON2 – BESUT DAN SETIU
ZON3 – HULU TERENGGANU
ZON4 – KEMAMAN DAN DUNGUN
KELANTAN
ZON1 – JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON2 – JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
PAHANG
ZON1 – PULAU TIOMAN
ZON2 – KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON3 – TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON4 – RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON5 – GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON6 – CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
PERLIS
NEGERI SEMBILAN
ZON1 – JEMPOL DAN TAMPIN
ZON2 – SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
KEDAH
ZON1 – DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON2 – DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON3 – DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON4 – DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON5 – DAERAH LANGKAWI
ZON6 – PUNCAK GUNUNG JERAI
PULAU PINANG
Selamat berpuasa!!
Sumber Rujukan: Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak 2011 | Anastasyea Aida | Blogging is a Smart SEO Strategy
Alhamdulillah.. Matri Dapat Bantuan
BANTUAN ITU SEBENARNYA DATANG DR ALLAH.pemberian bantuan per kapita oleh YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA pada MUDIR MATRI,AL-FADHIL USTAZ OMAR BIN HJ SALLEH
Sumber:- facebook.com
Seharian @ School of Management, USM
Sandaran @ Pusat Pengajian Pengurusan Sementara Memulakan Pengajian @ Peringkat PhD
Date : 6 Julai - 5 Oktober 2011
Time : 8.00 pg – 5.00 Ptg
Place : School of Management, Universiti Sains Malaysia
Time : 8.00 pg – 5.00 Ptg
Place : School of Management, Universiti Sains Malaysia
Halaman School of Management
Universiti dalam Taman..hehe
Lobby School of Management (SOM)...
Misi Universiti...
1st December 1989...
dlu xblh..skg dh blh guna... for staff ONLY... hehe
depan office...
jeng jeng...inilah bilik yg abe duduk dari 8 pg hingga 5 ptg.. huhu..
tgh wat keje ni...
lunch dgn Prof Anwar... Nasi Goreng Nenda + Limau Ais @ UView's..
Breakfast harian @ Subaidah USM..
ni yg paling best, aktiviti sukan abe dgn staf SOM & GSB...
Memimpin Diri Menuju Oasis Ramadhan
Memimpin diri menuju Oasis Ramadhan
Menanti oasis yang menyejukan jiwa.
Menghilangkan dahaga.
Dan, memberikan kebahagian dan ketenangan sanubari.
Bagi saya, Ramadhan juga umpama oasis. Di saat, melalui kehidupan yang meletihkan dan memenatkan. Ramadhan akan merehatkan jiwa dengan siraman air yang dingin. Kering tekak yang sangat dahagakan air akan hilang dengan tegukan air Ramadhan yang sejuk.
Sesejuk salju putih.
Terbayangkan keindahan, kenikmatan dan keasyikannya.
Kedamaiannya, kebahagiaannya dan suasananya yang lain dari yang lain.
Terasa sangat. Anda bagaimana?
Saya teringat satu kata-kata Imam Hassan al-Banna, katanya :
“ Ramadhan adalah bulan Siyam dan bulan Qiyam.”
Bulan yang dipenuhi dengan ibadah di siang dan malam hari. Setiap detik, saat, ketika dan masa yang ada dilalui dengan ibadah hati, fizikal dan emosi yang menyeluruh. Inilah “mind setting” yang harus kita tanam dan gerakan nanti.
Baik, sekadar perkongsian. Marilah sama-sama kita sibukan diri untuk melorongkan jiwa, hati, nurani, minda dan segala-galanya yang ada pada diri kita untuk menuju ke Oasis Ramadhan ini. Saya kongsikan beberapa nasihat yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif saya, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman ketika sesi tazkirah baru-baru ini.
- Memperbanyakan TAUBAT dan istighfar kepada Allah SWT. Memasuki bulan Ramadhan ini dengan jiwa dan hati yang bersih, putih dan jernih.
- Berbaiki hubungan dengan orang lain dan lupakan segala sengketa. Jadikan ia sebagai medan bermaaf maafan.
- Meminta keampunan dan kemaafan daripada kedua orang tua kita. Banyakan istighfar dan sedekah untuk mereka.
- Belajar dan faham Fiqh Saum ( Puasa). Telaah kitab, lihat dan rujuk buku-buku karangan ulamak muktabar.
- Memperbanyakan amalan soleh. Gempurkan diri dengan ibadah-ibadah sunnat tanpa mengabaikan ibadah yang fardu.
- Menanam azam untuk menghidupkan semua amalan soleh di dalam Bulan Ramadhan. Mindsetting yang mesti dilakukan.
- Membaca Al-Quran. Letakan target secara ansur maju untuk mengkhatam Al-Quran.
- Memelihara solat berjemaah terutamanya di masjid.
- Perhebatkan amalan-amalan sunnat dalam kehidupan.
- Merancang untuk melaksanakan iktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadhan.
- Menjauhi amalan-amalan kefasadan dan kemungkaranterutamaan yang melibatkan anggota pancaindera kita.
- Perlu memelihara dan menjaga hati kita daripada dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda.
Inilah peta laluan yang akan membawa kita menuju oasis Ramadhan nanti. Alangkah bahagianya bagi sesiapa yang benar-benar bersedia untuk menjejaki Ramadhan ini. Binalah kekuatan kita dengan sebenar-benar kekuatan.
Sebelum mengakhiri sesi tazkirah, Dr Abdullah memberikan suatu penjelasan yang sangat mudah untuk melihat kayu ukur kekuatan dan kehebatan diri kita.
" Kekuatan diri kita diukur bukan kepada banyaknya amalan yang kita buat tetapi ia dinilai sejauh mana kita berusaha meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat di dalam kehidupan kita."
Semoga kita penantian kita akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.
BroHamzah I Kota Bharu, Kelantan
21 Julai 2011 I 19 Syaaban 1432 H
P/S : Mencari tempat untuk berteduh dan berehat sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Sumber:- brohamzah.blogspot.com
Merancang Perbelanjaan Melalui Pendapatan
Bagaimanakah caranya seseorang itu dapat membelanjakan hasil pendapatannya supaya tidak terbeban dengan masalah kekurangan duit?
Jawapannya mudah sahaja, iaitu merancang perbelanjaan melalui pendapatan. Seseorang dapat merancang perbelanjaan dengan membahagikan jumlah pendapatan bulanan mereka secukupnya.
Daripada jumlah pendapatan bulanan, seseorang itu dapat membahagikan jumlah pendapatan kepada 6 bahagian iaitu:
- Financial Freedom Account (FFA)
- Long Term Saving Account (LTSA)
- Play Account (PA)
- Education Fund(EF)
- Commitment Account (CA)
- Charity Account (ChA)
2. Long Term Saving Account adalah simpanan bagi jangka masa panjang sebelum dikeluarkan. Ia adalah bertujuan untuk membeli barang yang mahal. Contohnya membayar deposit rumah atau kereta, perabot dan lain-lain lagi. LTSA adalah 10% dari jumlah pendapatan bulanan.
3. Play Account adalah bahagian untuk membeli barangan yang diminati atau berbelanja untuk hobi. Sebagai contoh, membeli pakaian baru, menonton wayang, bercuti dan sebagainya. PA adalah bahagian dari jumlah pendapatan yang boleh dihabiskan. Ia boleh dianggap sebagai perbelanjaan untuk melepaskan tekanan. PA adalah 10% dari jumlah pendapatan bulanan.
4. Education Fund bertujuan untuk digunakan bagi seseorang yang mempunyai sifat long life learning, iaitu senantiasa ingin belajar bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri ke peringkat yang lebih tinggi dengan menghadiri kursus, seminar, motivasi dan juga membeli bahan bacaan. EF ialah 5% dari jumlah pendapatan bulanan.
5. Commitment Account adalah perbelanjaan yang perlu diutamakan daripada jumlah pendapatan bulanan. Ia digunakan bagi membiayai perbelanjaan harian, membayar ansuran rumah dan kereta, membiayai insurans perlindungan diri, tol, minyak kereta dan lain-lain kegunaan harian. CA ialah 60% dari jumlah pendapatan bulanan.
6. Charity Account untuk tujuan amal dengan membelanjakan sebahagian pendapatannya kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sedekah dan amal jariah dapat menyucikan hasil pendapatan seseorang di samping memperoleh keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. ChA ialah 5% dari jumlah pendapatan bulanan.
Contoh Pengiraan Perbelanjaan Bulanan Bagi RM 2800.00 sebulan.
- FFA; 10% x RM 2800 = RM 280
- LTSA; 10% x RM 2800 = RM 280
- PA; 10% x RM 2800 = RM 280
- EF; 5% x RM 2800 = RM 140
- CA; 60% x RM 2800 = RM 1680
- ChA; 5% x RM 2800 = RM 140
Melalui perancangan perbelanjaan kasar seperti diatas, seseorang dapat mengelakkan dari over expenses. Melalui disiplin perancangan perbelanjaan, seseorang dapat memaksimumkan penggunaan wang secara efektif di samping dapat menyimpan untuk kegunaan masa hadapan.
Sumber: Majalah M (Zakhwan Zakaria)
Alhamdulillah... Langkah Kananku Menuju Ke Puncak Kini Bermula.. Bismillah
Alhamdulillah, sampai juga surat tawaran dari UPM petang tadi..
abe bakal melanjutkan pelajaran di Graduate School of Management (GSM)...
MP PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' Meninggal Dunia
Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam ini di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.
Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.
Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.
Siang tadi Dr Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal daripada penyakit barah yang dialaminya.
Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.
Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.
sementara itu, Harakahdaily melaporkan, anak Allahyarhamah, Muhd Fawwaz, memberitahu jenazah ibunya diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.
Sumber:- malaysiakini.com
Kerajaan Pulau Pinang Timbang Beri RM100 Utk Bayi Baru Lahir
Gambar Hiasan
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menimbang memberi RM100 kepada bayi yang dilahirkan mulai tahun ini kepada salah seorang ibubapa yang merupakan pengundi di negeri itu.
Program “Anak Emas Pulau Pinang” akan mensyaratkan pengesahan pendapatan isirumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pada 2010, kerajaan negeri melancarkan 'Program Penghargaan Warga Emas RM100' setiap tahun dan RM1,000 untuk urusan jenazah kepada waris warga emas bagi mengenang sumbangan warga melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri.
Katanya, kejayaan program tersebut, menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.
"Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri Pakatan anggap pemberian RM100 kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang adalah satu cadangan baik.
"Sungguhpun pemberian RM100 oleh kerajaan negeri Pakatan adalah kecil, ia adalah untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, sebanyak RM20 juta dibelanjakan setiap tahun untuk program penghargaan warga emas dan waris mereka.
Ketua menteri berkata, program penghargaan itu cuba disabotajkan oleh parti pembangkang BN, tetapi usaha mereka gagal apabila kadar pendaftaran kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang telah mendaftarkan diri.
"Sumber kewangan program baru “Anak Emas Pulau Pinang” adalah sama dengan program penghargaaan warga emas, iaitu daripada penjimatan hasil kejayaan kerajaan Pakatan melaksanakan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International.
"Program baru “Anak Emas Pulau Pinang” akan dibentangkan dalam mesyuarat Eco negeri minggu ini dan dijangkakan memerlukan perbelanjaan antara RM5-RM10 juta setiap tahun," katanya.
Sumber:- malaysiakini.com
Keistimewaan Pembaca Al-Quran Di Sisi Allah SWT
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada bulan Sya’ban yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “KEISTIMEWAAN PEMBACA AL-QURAN DI SISI ALLAH SWT”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
Rasulullah SAW menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya. Abu Zar RA pernah berkata bahawa beliau meminta Rasulullah SAW memberi pesanan yang berpanjangan, Rasulullah SAW bersabda: Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber kepada amalan-amalan baik. Aku meminta supaya Baginda menambah lagi, Tetapkanlah membaca al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat. Kita dapati para sahabat RA seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud, Ubay bin Kaab dan lain-lain lagi, mereka ini sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya setiap hari Jumaat. Begitu juga amalan tradisi orang-orang tua kita dahulu juga mewajibkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak. Anak-anak tidak dibenarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka mengamalkan pembacaan al-Quran setiap malam selepas waktu maghrib secara beramai-ramai. Ini membuktikan mereka sangat mengambil berat tentang pembacaan dan pendidikan al-Quran.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Banyak hadith-hadith yang menjelaskan keistimewaan mereka yang sentiasa membaca al-Quran begitu tinggi dan mulia di sisi Allah SWT seperti dalam satu hadith Qudsi di mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiku daripada meminta-minta kepadaku, maka aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaku itu. Dan kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas makluk-Nya. Dalam satu hadith lain yang bermaksud: Apabila seseorang dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran satu kali, 60 ribu malaikat memohon keampunan dari Allah SWT untuknya. Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala. Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud:“Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tatapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. ” (Riwayat Tirmizi)
Mereka juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: Barangsiapa membaca al-Quran maka mereka akan di naikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja. Muka pembaca al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Ketika berada di alam kubur diluaskan kedudukannya serta mendapat syafaat di akhirat nanti. Hadith Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya”.(Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan para sahabat yang membaca al-Quran dan yang menghafal dibandingkan dengan sahabat yang lain. Ini dibuktikan dengan tindakan Rasulullah SAW apabila menghantar sesuatu utusan, baginda akan memilih darpada kalangan sahabat yang banyak menguasai al-Quran sebagai pemimpin. Begitu juga ketika berhimpunnya para syahid yang terkorban untuk dikebumikan, Rasulullah SAW sendiri menguruskannya sehingga ke liang lahad dengan mendahului para syahid yang hafaz di kalangan sahabatnya.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai umat yang beriman maka sewajarnya al-Quran dibaca, difahami dan dijadikan panduan dan sumber rujukan yang utama dalam apa juga kegiatan hidup samada dari sudut akidah, syariat dan akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan, cabaran semasa untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Namun persoalannya pada hari ini terdapat segelintir umat Islam yang lemah iman, goyah pegangan akidah dan akhlaknya menjadi kaku bibir dan kelu lidahnya untuk menyebut ayat-ayat Allah SWT dan keras hati apabila terdengar ayat al-Quran. Mereka lebih gemar mengalunkan dan mendengar nyanyian lagu-lagu yang melalaikan berbanding ayat al-Quran. Tidak kurang pula ada dikalangan kita yang hanya berbangga dengan menggantung ayat-ayat al-Quran yang mahal-mahal sebagai hiasan tanpa memahami erti dan pengajaran darinya. Lebih-lebih lagi amalan menggantung ayat al-Quran tertentu, kononnya sebagai pelaris perniagaan.
Justeru, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya hidup.kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit samada rohani atau jasmani yang sedang melanda masyarakat masa kini. Janganlah kita hanya membaca al-Quran pada masa-masa tertentu sahaja seperti ketika dalam kesusahan, ketika sakit, ketika menghadapi saat kematian atau pada hari tertentu sahaja.
Ibu-bapa perlulah memprogramkan penghayatan al-Quran dalam keluarga terutama kepada anak-anak dengan memperuntukkan masa seperti selepas solat maghrib sebagai waktu membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran. Mengambil usaha dengan menghantar anak-anak ke kelas pengajian al-Quran samada di surau dan masjid atau di kelas yang telah disediakan secara berguru. Di samping itu mempelajari al-Quran juga boleh dilakukan dengan cara mendengar bacaan di radio, kaset dan di media-media elektronik dan sebagainya
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar mengambil kesempatan sempena dengan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke53 yang akan diadakan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur bermula dari 16hb hingga 23hb Julai 2011 bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”, menyeru para jemaah sekalian untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut bagi mendengar dan menghayati kandungan dan pengajaran daripada ayat-ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan oleh para Qari dan Qariah dari seluruh dunia. Semuga dengan kehadiran kita ke majlis tersebut akan menyerikan lagi dan mendapat rahmat dari Allah SWT serta dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 45:
Maksudnya: “ Dan apabila kamu membaca Al-Qur'an, Kami jadikan antaramu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, suatu dinding yang tertutup.”
Sumber:- Jakim
Subscribe to:
Posts (Atom)