Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Prof Datuk Dr Omar Osman Dilantik Naib Canselor USM Yang Baru

Dua dari kanan; Prof Datuk Dr Omar Osman


PUTRAJAYA, 29 Sept – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan pelantikan Prof Datuk Dr Omar Osman sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) yang baru menggantikan Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak (tengah) yang tamat perkhidmatan pada Selasa lepas.
Pelantikan itu adalah untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa semalam hingga 27 Sept 2014, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pemilihan Omar adalah berasaskan kriteria yang ditetapkan kementerian selain pengalaman akademik serta pentadbirannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USM sejak 2007.
Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Korporat dan Pembangunan Lestari USM selama dua tahun sejak 2005.
Omar, 53, berasal dari Pulau Pinang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan dari Polytechnic of Wales (University of Mid Glamorgan), United Kingdom (UK) selain Ijazah Sarjana Pembinaan Bangunan dan Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Projek dari Herriot-Watt University, UK.
Kementerian Pengajian Tinggi mengucapkan terima kasih kepada Prof Dzulkifli yang membawa banyak perubahan dan meningkatkan imej USM sebagai universiti APEX, sejak menerajui USM, kata Mohamed Khaled.
Sumber:- nst.com

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...