Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Sambutan Ambang Tahun 2013

Pilihan Di Tangan Anda..
4 Acara Tahun Baru Bertemakan ISLAM Malam Ini.

Ayuh Kita Ke Majlis sambutan Ambang Tahun 2013 dengan ceramah ilmiah & hiburan islamik ... 
Kembalikan Kegemilangan ISLAM...

1- Sambutan Ambang 13
(31 Dis 2012 Jam 0600 - 1230 Malam)
Tempat : Dataran Kemerdekaan Shah Alam

*Personaliti : Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni , Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ismail Kamus, Wan Zack Haikal, Heliza Helmi, Para Asatizah Dan Para Artis Yang Berhijrah

2. Ekspresi Anak Muda Semperna Ambang Tahun Baru
(31 Dis 2012 Jam 0830 - 1230 Malam)
Tempat : Bazar Malam Reko Sentral

*Personaliti : Imam Muda Ashraf dan Ustaz Nushi Mahfodz.
*Pameran Permotoran

3. Konsert Hibur Didik
(31/12/2012 - 8.30 -1230 Malam)
Tempat : Tapak Uptwn Sri Gombak

Personaliti : Aris Ariwatan, Hafiz Hamidun, Abby Abadi, Konsert Pemuda PAS Gombak Dan Beberapa Program Menarik Lagi/Pameran.

4. Solat Tasbih & Zikir Munajat Menyambut Tahun Baru
(31/12/2012 Jam 0700 Malam)
Tempat : Masjid Negeri Shah Alam

*Talk Show Anda Bijak Jauhi Zina
*Solat Di pimpin oleh Al-Alim Al-Allamag al-Faqih Tuan Guru Syeikh MUhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Sumber: facebook.com

Rekaan Seni Bina Yang Menakjubkan

 Lloyds Building, London

Diilhamkan arkitek tersohor kelahiran Itali, Richard Rogers, reka bentuk futuristik dipaparkan lebih mengingatkan kita kepada filem sains fiksyen berbanding kedudukannya di jalan sibuk di kota raya London. Dibina sekitar 1978 hingga 1986, Rogers disifatkan berfikiran inovatif apabila mengusulkan pembentukan sistem aliran paip, tangga dan 12 lif di luar bangunan.

Bangunan pencakar langit yang menggondol pelbagai anugerah termasuk Anugerah Khas Arkitektur di Eternit 8th International Prize dan Anugerah PA bagi Seni Bina Bangunan Inovasi, kedua-duanya pada tahun 1988, dikagumi kerana menyediakan sebuah atrium gergasi di pusat bangunan yang menempatkan loceng Lutine, peninggalan kapal angkatan tentera Perancis, La Lutine sebelum menyerah diri kepada kerajaan British pada 1973. Loceng itu dibunyikan sekali menandakan berita baik berlaku manakala dua kali bagi menyebarkan berita buruk dan bunyinya bergema ke seluruh bangunan.

Fallingwater, Pennsylvania, Amerika Syarikat

Garapan istimewa arkitek Frank Llyod Wrights bagi kediaman pewaris gedung beli-belah Pittsburgh, Edgar J Kaufmann. Dibina pada 1936, ia kemudiannya diiktiraf kediaman persendirian paling menakjubkan kerana mengemukakan gabungan prinsip kemanusiaan dengan alam semula jadi.

Sesuai tema, bahan binaan juga mengambil sumber alam terdapat di sekitarnya khasnya batu pasir yang kemudiaanya diteguhkan dengan kemasan konkrit, kaca serta keluli. Menariknya kedudukan banglo berkenaan betul-betul terletak di laluan air terjun Bear Run menyebabkan ia disalah anggap sebagai sebahagian elemen alam.

Hiasan dalamannya menterjemahkan pemikiran dan kreativiti luar biasa Wright yang menetapkan perabot daripada hasil alam misalnya, sofa daripada batu perut bumi, lantai batu licau selain jendela besar yang membawa masuk panorama luar. Menambah keunikan, binaan pendiang api dipercayai menggunakan bongkah batu menjadi kegemaran Kaufmann melepak sementara rekaan tangga unik berupaya menghubungkan penghuninya dengan pelantar kecil yang dibina di tengah air terjun. 
  
Burj Khalifa, Dubai

 Antara bangunan dengan seni bina hebat pada dekad atau abad ini. Merekodkan ketinggian 828.9 meter, bangunan pencakar langit terletak di tengah kota Dubai ini menyebabkan lebih daripada 162 tingkat membabitkan 49 ruang pejabat serta 1,044 rumah kediaman.

Menerusi pelan lantai seluas 334,000 meter persegi, bahagian menara dipercayai menyediakan kira-kira 57 buah lif bersama-sama 28,261 panel kaca luar. Difahamkan, seni binanya mengambil inspirasi bunga lili labah-labah (Hymenocallis flower) namun pelan lantai mengutarakan bentuk Y dibuat bertujuan mendapatkan pemandangan maksimum muka bumi teluk itu. Ia juga memiliki keistimewaan puncak menara yang boleh dilihat sehingga sejauh 95 kilometer.

Sementara diukur daripada berat aluminiumnya, ia dikatakan menyamai berat 5 buah pesawat A380 manakala kedalaman tapaknya adalah 50 meter. Jika dibandingkan dengan bangunan tersohor sedia wujud, Burj Khalifa dikatakan dua kali ganda lebih tinggi daripada Empire State (433 meter) malah melebihi ketinggian puncak Victoria (552 meter) di Hong Kong. Selain itu, ia diakui sebagai bangunan pencakar langit pertama dalam sejarah menyelitkan unit kediaman manakala suhunya dikatakan menurun sehingga 10 celcius menjelang puncak.  

Gunggenheim Museum, Bilbao Sepanyol 

Diilhamkan arkitek kacukan Kanada-Amerika, Frank Gehry, muzium ini sering menjadi perbualan dan mengundang perhatian ramai kerana mengiktirafkan ilham karya kontemporari.

Dilihat secara terperinci, keunikan serta kekuatan muzium ini terletak kepada permukaan dinding menampilkan banyak lekuk dan liku, seolah-olah ia direka secara rawak dan semberono.

Menara Jam Diraja, Makkah, Arab Saudi

Ketinggian 601 meter melayakkannya mendapat gelaran bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, Dubai namun, disahkan menampilkan muka jam terbesar pernah dicipta berukuran 43 meter x 43 meter sekali gus menewaskan menara jam Big Ben di London. 

Bangunan yang menjadi sebahagian projek mega kumpulan Saudi Binladin iaitu, syarikat pembinaan terbesar di Arab Saudi ini hanya berjarak 50 meter dari Masjid Besar Makkah, turut berfungsi sebagai penunjuk waktu solat berikutan boleh dilihat sejauh 17 kilometer apabila diterangi lampu pada waktu malam manakala pada sebelah siang, mengemukakan jarak pandangan sehingga 12 kilometer.

Selain memperuntukkan ruang solat yang boleh memuatkan 10,000 orang pada satu-satu masa, ia turut mengandungi 20 tingkat kompleks beli-belah, hotel bertaraf 5 bintang dan unit kediaman sementara puncak menara, menempatkan muzium Islam serta balai cerap bagi melihat anak bulan untuk menentukan tarikh berpuasa dan menyambut raya. 


Sumber: Berita Harian; Bennie Zie Fauzi

Rebat RM200 Smartphone (Telefeon Pintar)


SKMM mengeluarkan senarai lebih 20 peranti yang akan ditawarkan melalui Pakej Komunikasi Belia.Rebat RM200 ini dihadkan kepada telefon pintar 3G (3G Smartphones) berharga RM500 dan ke bawah. Antaranya ialah;
  • Alcatel One Touch Inspire 2
  • The Buzz Phone
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790
p/s: Kalau nak beli iPhone 5 atau Galaxy S3 atau phone yang canggih lain, boleh minta rebat RM200 dengan mak ayah masing-masing...

Portal Banjir 2012

Semua maklumat boleh diperolehi dari laman sesawang Portal Banjir ini.. 


Laporan Lalu Lintas juga dimaklumkan..

sumber: ehsan dari Internet 

sumber: ehsan dari Internet 

sumber: ehsan dari Internet  

sumber: ehsan dari Internet  

sumber: ehsan dari Internet  

sumber: ehsan dari Internet 


Sumber: portalbanjir.gov.my/

PR1MA (Perumahan Rakyat Malaysia)


Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00

YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.
 
Kelayakan
 
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.
Tidak diisytiharkan muflis

Nota:
- Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut
   turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA
   tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

Antara Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan ialah:


Sumber: pr1ma.my

Simply Print with Paper Logic

PRINTING, PHOTOCOPYING and SCANNING

This self-service printing will assured you the ease and no hassle of using it. This service has allowed you to print your documents from your own LAPTOP as low as RM 0.10/page by using the UPM wireless ; ANYWHERE and ANYTIME !!!

Our Self-Service System allows you to work on your own without any assistance since the system is very reliable, convenience and easy to use. You can print your assignments, thesis and etc online from your laptop or desktop, wherever you are by connecting to UPM Hotspot. Isn’t it amazing?!

Don’t worry about the virus spread that will ruin your thumb drive or your precious laptop.
We provided the multifunction laser printer for your usage.  You also can photocopy and scan your documents into your thumb drive at the reasonable price. Benefits waiting for you:
  • Double A paper provided
  • No hassle
  • No time-consuming
  • No virus attack
  • Documents will follow you



Address utk Paper Logic: http://upm.paperlogic.my/

Kem Smart Solat @ KTD


Gajet Terbaru: Western Digital HD 4TB


WD Black 4TB

While the hard drive might not have the same feisty 10000 RPM spin speed as per Western Digital’s VelociRaptor performance HDD series, the company’s other performance-oriented HDD series – the WD Black – offers more disk space and with the newly announced model, the series now has even more storage to offer to users.

Previously available with up to 2TB of disk space, the new WD Black now available with up to twice the storage at 4TB. With a spin speed on 7200 RPM, other highlights of the new WD Black 4TB HDD include 64MB cache, SATA 6Gbps interface and dual processor for faster processing speed. The WD Black HDD is also equipped with WD’s own technologies such as NoTouch Ramp Load and StableTrac to further maximize its performance and drive protection.

Covered by 5-years limited warranty, the new WD Black 4TB HDD is readily available in the market with a price tag of RM 999.

Source : http://www.lowyat.net

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...