Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras
dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang,
membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk
rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama.
Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah
(suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00
YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan
yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat
pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk
mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta
di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha
murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup
di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan
golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara
RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang
mampan.
Kelayakan
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia. | |
Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat. | |
Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500. | |
Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah. | |
Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri. | |
Tidak diisytiharkan muflis |
Nota:
- Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut
- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut
turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA
tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.
Antara Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan ialah:
Sumber: pr1ma.my
No comments:
Post a Comment