Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Mesej Terakhir Seorang Ayah Kepada Anaknya di Facebook

gambar hiasan
Sekadar kisah...

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.



Sumber: tengoktvonline.blogspot.com

Suspicious Email - Penipuan Data Melalui Akaun Yahoo Email


Disini abe ingin berkongsi cara terbaru bagaimana "mereka" boleh mencuri data / maklumat peribadi dalam akaun Yahoo email kita.. Nama akaun Y! Mail, bertajuk: Possible Account Suspension.. tetapi bila kita perasan, dengan meletakkan cursor tetikus kita di Y! Mail, akan tertera di skrin email sebenar si penghantar, journey2top@yahoo.com.. sah2 email ni bukan email rasmi Yahoo... bila kita click je Click Here, segala data maklumat akan dipindahkan ke data diorang.. bahaya, bahaya.. nasib baik abe ni pernah jumpa kes ni sebelum ni, tapi bagi yg first time, mesti diorang tak perasan.. Hati-hati yer....

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2014

Keutamaan Bangun Pagi


Keutamaan bangun pagi

1-Ciri golongan bertaqwa.
“Sesungguhnya orang bertaqwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air. Mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam (sebelum fajar), mereka memohon ampun (kepada Allah)”. {Az-Zariyat:15-18}

2-Beroleh keberkatan.
Dalam sebuah hadith, Rasulullah mengucapkan doa antara lain seperti berikut:
“Ya Allah, berkatilah umatku di saat mereka bangun pagi”. (Abu Daud)

Adalah satu kerugian bagi orang yang membiasakan dirinya tidur hingga siang hari (dhuha). Mentari telah lama terbit, dia masih berselimut, kemudian setelah dia bangun, dia melihat orang-orang lain sudah sibuk mencari nafkah atau sedang berjerih payah mencari bekalan akhirat.

3-Pembahagian rezeki.
Sebuah hadith dari Fatimah binti Muhammad mengatakan:
Pada suatu pagi, Rasulullah s.a.w melewati di hadapanku dalam keadaan aku sedang berbaring. Lalu baginda membangunkan aku lalu berkata: “Hai anakku, bangun, saksikanlah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau menjadi orang yang lengah kerana Allah membahagikan rezeki kepada manusia di waktu fajar mulai menyinsing hingga matahari terbit”. (Al-Baihaqi)

4-Meningkatkan darjat di sisi Allah.
“Dan pada sebahagian malam, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji”. {Al-Israa:79}

5-Mendapat keampunan dan cinta Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada setiap malam, Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Barangsiapa berdoa kepada Ku, pasti akan Ku kabulkan, dan barangsiapa memohon kepada Ku, pasti Ku beri, dan barangsiapa memohon ampun kepada Ku, pasti akan Ku ampuni”. (HR Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi)

Di dalam buku Mahabbatullah (mencintai Allah), Imam Ibnu Qayyim menyatakan peringkat-peringkat menuju wahana (perantaraan/medium) cinta Allah. Salah satu caranya adalah menyendiri bersama Allah ketika Dia turun ke dunia. Itulah saat yang berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri pada Nya dengan melaksanakan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kata Imam Nawawi, “Pada hadith itu menunjukkan, berpanjangan waktu rahmat dan belas yang sempurna daripada Allah s.w.t sehingga cerah fajar”.

6-Ibadah ahli syurga.
Firman Allah dlm As-Sajjadah: 16 yg bermaksud:
“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan mengharap. Bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.

“Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makan, hubungkanlah silaturrahim, dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat”. (HR Tirmidzi)

7-Keteladanan Salafussoleh.
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat subuh dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,”jika hal ini aku tidak lakukan, maka sungguh sangat berat”.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya,”Rasulullah s.a.w bersabda: “Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala sebanyak 3 ikatan, jikalau manusia itu tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi, "engkau memperoleh malam yang panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau manusia itu bangun lalu berzikir pada Allah maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhuk, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya jikalau dia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya sehingga di awal pagi dia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana disebutkan di atas, maka dia di awal pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas”. (Muttafaqun ‘alaih)

Petua Tidur Rasulullah s.a.w:
1-Sebelum dan selepas tidur baca doa
2-Jangan tidur menghadapkan kaki ke arah kiblat
3-Membaca tasbih Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x.
4-Membaca 4 Qul dan tiup ke seluruh badan
5-Niat untuk bangun tahajjud
6-Ambil wudhu sebelum tidur dan solat taubat 2 rakaat
7-Maafkan kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur
8-Tidur cara Rasulullah s.a.w dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Bagaimana mudah untuk bangun pagi?
1-Makan malam yang sedikit sekadar mengalas perut supaya tidak lapar
2-Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari
3-Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yg sebenar-benarnya.

Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik, baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah yang sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dair amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.


Wallahu’alam…


Sumber: tarbiyahdiri.blogspot.com

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan



Gunung Fuji (gambar sekadar hiasan)


Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”.

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.


Sumber: www.facebook.com

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...