Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Imam Muda Membantah Kenyataan Lee Kuan Yew


Ada yang agak moderat daripada beberapa insan yang saya kasihi bertanyakan pendapat saya berkenaan kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura baru-baru ini. Suatu ketika, sewaktu rancangan Imam Muda sedang berlangsung, kami dipanggil untuk bersama wartawan antarabangsa bagi menyatakan hala tuju Imam Muda.
Islam moderat antara isu yang amat diminati oleh mereka. Dengan pakaian  sut yang dikenakan, bersama ‘neck tie’ membuatkan wartawan luar Negara secara sendirinya melabel kami sebagai Islam Moderat. Walaupun ianya bukanlah satu deklarasi dari kesemua Imam Muda. Namun, pakaian kadang-kadang mencerminkan label tertentu. Walaupun bagi saya secara peribadi, jiwa moderat itu tidak memerlukan sebarang uniform. Mungkin disebabkan anggapan kami agak ‘moderat’, maka si dia mengharapkan kata setuju dari saya berkenaan kenyataan Lee Kuan Yew tersebut.
Hasilnya, ada yang menyatakan persetujuan dengan apa yang diucapkan oleh Bekas Perdana Menteri Singapura terbabit. Walaupun ianya lahir dari surat beranak seorang berjenama Muslim. Ia meminta pandangan terhadap isu ini dari saya samada bersetuju ataupun tidak.
Berdasarkan keratan akhbar baru-baru ini :
“Singapore’s founding father Lee Kuan Yew has urged local Muslims to “be less strict on Islamic observances” to aid integration and the city-state’s nation-building process.
Kenyataan ini sebenarnya menghiris hati umat Islam secara tidak langsung. Penegasan secara mafhum mukhalafahnya bermaksud “Sekiranya anda Muslim yang benar-benar mengamalkan Islam secara tulen, maka anda sukar untuk disatupadukan dengan pengganut agama lain”.
Ya, Islam memang mempunyai prinsip tersendiri dalam berhubung sesama agama. Islam dari awal lagi meletakkan garis panduan dan tatacara integrasi agama. Walaupun ada beberapa kenyataan yang menunjukkan ketegasan umat Islam terhadap agama lain, namun ianya sama sekali tidak menyatakan konfrontasi malah menyeru berbuat baik sesama pengganut agama.
Firman Allah tentang umat yang terbaik : “Muhammad adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan belas kasih (saling menyayangi) di antara mereka sendiri” (Al-Fath:29),
Dan firman Allah SWT lagi dalam mendeskripsikan orang-orang yang dicintai Allah dan mereka mencintai Allah yang bermaksud : “Senantiasa tunduk dan hormat terhadap orang-orang beriman dan tegas dihadapan orang-orang kafir” (Al-Maidah:54).
Walaupun ayat ini mengisyaratkan Islam bertegas dalam beberapa prinsip, namun ia tidak pernah menghalang dari berbuat baik dan bertoleransi sesama agama. Ini jelas di dalam firman Allah SWT :
Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan Berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu”. (Al-Mumtahanah : 8)
Jika kenyataan Lee Kuan Yew yang mahu melihat penganut Islam melonggarkan pegangan agama mereka, maka ini lebih berbahaya kepada Negara Singapura itu sendiri. Kerana orang yang benar-benar mengamalkan Islam, sudah pasti tidak akan mengabaikan ayat al-Quran ini. Maka mereka (orang yang benar-benar mengamalkan Islam) inilah yang akan mempertahankan sikap integrasi sesama agama di Singapura.
Lee Kuan Yew juga berkata :
“I would say today, we can integrate all religions and races except Islam,”
Kenyataan ini sekali lagi membuatkan kita ketawa. Ia seolah-olah dengan sendiri membuka pekung menunjukkan bahawa kegagalan beliau memahami perasaan umat Islam di Singapura yang selama ini di anak tirikan. Kebebasan beragama telah disekat. Azan dihadkan suaranya. Muslim dipersendakan.
Anaknya Lee Hsien Loong menegaskan (Februari 1987):  “..Malays do not hold sensitive positions in the armed forces…no Malay fighter pilots, for example, because of their religion might conflict with their duty to Singapore.” Dalam konteks yang sama akhbar Straits Times, Singapore bertarikh 9 September, 1999 melaporkan:  If for instance, you put a Malay officer who’s very religious and who has family ties in Malaysia, in charge of a machine gun unit, that’s very tricky business.
Dalam tesis doktoral Lily Zubaidah Rahim berjudul ‘The Singapore Dilemma’ beliau menegaskan:All these measures undertaken ensure that the Malays, no matter dissatisfied, can never gather enough electoral support to push for their agenda. Dalam konteks Melayu –Muslim dasar Kerajaan Singapura adalah jelas, iaitu pecah perintah atau pecah takluk (divide and rule/divide and conquer) .
Walaupun terdapat peruntukan perlembagaan untuk melindungi agama orang Melayu, Muslim tidak bebas mengamalkan agama mereka. Dalam rencana ‘Assessment for Malays in Singapore’ dicatatkan:  The Malays face restrictions on the practice of their religion and the celebration of group holidays.
Ibarat pepatah arab ‘anda memukul anda yang menangis’. Anda yang menyahkan sikap dalam berintegrasi dengan penduduk Muslim. Anda pula yang mengkritik penganut Muslim. Kalau ini cara pemikiran seorang yang bersikap tidak mempedulikan sensitiviti Umat Islam, maka anda tidak selayaknya bercakap soal integrasi.
Walaubagaimanapun, di Singapura, Masjid mereka lebih bermagnet. Semangat Muslim di sana ramai yang berkayu cengal. Mungkin itu resam manusia. Bila diketuk makin memantul. Buku yang telah dilancarkan tersebut  yang bertajuk “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”, perlu dibaca dan diteliti agar sejarah lama tidak berulang dan ianya satu peringatan untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...