Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Dr OT: 4 Simple Steps to Synthesized in Writing


1. Read: kena baca artikel..... analisis idea2 yang common
2. Write:Tulis ideas tersebut (dalam komputer bukan atas kertas)
3. Rewrite: Tulis semula dgn combine idea2 yang common
4. Revise: Tulis semula dgn sintesis supaya idea2 tersebut menjadi consistent dgn kajian....

Contoh 4 langkah tersebut:

1. Read
Pertama, kena baca.. baca terus dari Mendeley....katakan baca 4 artikel yang relevan dgn kajian..



2. Write
Mula menulis (katakan dalam zero draft) idea yang dianalisis dari 4 artikel berbeza di atas dan tulis di bawah heading yang dah ditentukan...... katakan 4 point / idea yang dianalisis adalah spt berikut:


  • pelajar bermotivasi dgn pengajaran berasaskan komputer (Don, 1999)
  • pelajar seronok bila didedahkan dengan bahan multimedia (Sweller, 2001)
  • multimedia dapat meningkatkan kualiti pengajaran (Jonassen, 2009)
  • animasi meningkatkan domain afektif murid (Rudiah, 2011)

Perhatikan bahawa kesemua pernyataan di atas yang berwarna purple, red and blue tidak konsisten, menggunakan terminologi yang berbeza.... sebab sumbernya pun dah berbeza...

Saja bagi kaler... supaya jgn panik ..... then kita boleh MERGE term2 yang berbeza tu sebab asasnya sama....dan yang tergantung2 tu kita tambah ler dengan ayat sendiri.... sempoi...


  • motivasi = seronok
  • komputer = animasi= multimedia
  • kualiti - kembangkan term ni supaya tak tergantung..
  • afektif - ko kembangkan term ini dgn pasangannya kognitif

3. Rewrite:

Ini adalah percubaan awal nak sintesis... dgn menjadikan idea di atas dalam bentuk ayat sendiri.... so sambung2 jer lah...

Kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar yang didedahkan dengan aktiviti pengajaran berasaskan komputer dan multimedia mempunyai motivasi tinggi untuk terus belajar (Don, 1999;  Sweller, 2001).  Sementara itu guru sekolah yang sering menggunakan multimedia berupaya  memperbaiki kualiti pengajaran (Jonassen, 2009). Oleh itu pengajaran berasaskan  animasi mampu meransang  domain afektif murid (Rudiah, 2011). 

Perhatikan term dalam ayat yang TIDAK CONSISTENT dan TAK COHERENT dan spt ringkasan dari petikan kajian lepas yang dicantum2kan begitu saja. Paragraph macam ni kalau dalam proposal masih boleh diterima lagi....tapi kalau dalam tesis.... memang patut kena "fire" mcm dalam kelas seminar ari tu....hehe


4. Revise (for synthesis)

Kemudian dgn pemahaman & pembacaan yang makin baik....maklumlah semakin banyak  membaca...... maka sepatutnya dengan BERANI dan penuh SELAMBA boleh mensintesis dgn membina  paragraph dgn term yang CONSISTENT dan ayat yang COHERENT sambil memasukkan idea dan pemahaman sendiri.

Kajian lepas menunjukkan motivasi pelajar untuk belajar meningkat apabila didedahkan kepada aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer (Don, 1999; Sweller, 2001). Bukan itu sahaja, aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer juga berupaya meningkatkan kualiti pengajaran guru (Jonassen, 2009). Hal ini terjadi kerana aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer menggunakan bahan pengajaran multimedia yang efektif hasil gabungan elemen animasi, suara, text, grafik dan video. Elemen-elemen ini bukan sahaja dapat mempengaruhi domain kognitif hasil dari persembahan aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer yang menarik, interaktif dan mudah difahami, tetapi juga dapat meningkatkan domain afektif pelajar (Rudiah, 2011)

Cuba bandingkan 2 paragraph di atas, dan amati perbezaannya. Kita tak ubah maksud, point atau idea dalam petikan asal tetapi mensintesis semula seperti ayat kita sendiri yang menggunakan term yang konsisten dgn kajian sendiri.....seperti "pengajaran berasaskan komputer" dan memasukkan "suara kita" dalam ayat tersebut sambil mengembangkannya ...barulah kritis.... Paling penting jangan takut utk menulis, masukkan idea sendiri.... kita bukan budak tadika.... dah buat master atau PhD.... tulis jer !

Terima kasih Dr OT.. lepas faham post ni, jom kita praktik sama-sama..

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Saya mohon menyalin nota Abg Abe ni sebagai panduan utk kegunaan saya sendiri shj. Saya tercari cari cara kaedah yang sesuai, nah baharu berjumpa. Sangat membantu dalam mensintesis journal-journal yang saya telah baca dan akan baca. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wrth. Insya Allah, semoga bermanfaat ilmu yg dikongsi bersama. Selamat berjaya saudara.

      Delete
    2. Wslm wrth. Insya Allah, semoga bermanfaat ilmu yg dikongsi bersama. Selamat berjaya saudara.

      Delete

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...