Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Jangan Sambut " April Fool's Day"

Gambar Hiasan


April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
"MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI".

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud:

Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?”
 - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Laman Web Jawatan Kosong Terkini Di Seluruh Negeri Di Malaysia


JAWATAN KOSONG TERBARU DI SEKTOR AWAM :-
1)Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi Tech Kulim
2)Bank Simpanan Nasional
3)Majlis Perbandaran Kajang
4)Lembaga Pembangunan Langkawi
5)Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Pahang
6)Unit Sains Dan teknologi Dan ICT Negeri Johor
7)Majlis Daerah Hulu Selangor
8)Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
9)Pustaka Negeri Sarawak



Sumber:- jawatankosongterkini

Amalan Sunnah Sebelum Tidur

Gambar Ehsan


1 ) Bersihkan Tempat Tidur
2 ) Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
3 ) Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu

Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.
1 )     Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.”\
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
2 )     Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur
Imam an-Nasai’e  dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’  :
” Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.
3 )     Menutup bekas air yang terbuka
Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”
Dalam satu riwayat lagi menerangkan ” Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”
Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.
Okay…Sunnah yang simple untuk malam ini…bersama Kita amalkan…Wassalam
 Sumber:- imamudasyraf.com

Tarian poco-poco haram?

Gambar Hiasan

Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib.

Barangkali ramai peminat tarian poco-poco di negara ini terkejut apabila mengetahui tarian yang berasal dari negara seberang ini adalah haram. Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011 lalu memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Surat berkenaan ditandatangani Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.

Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib. Sinar Harian cuba mendapatkan komen atau pendapat daripada tokoh agama berkenaan pengharaman tarian poco-poco ini.



Sumber:- Sinar Harian Online

Kos Penyelenggaraan Dua Kapal Selam Negara RM50 Juta

Gambar Ehsan


KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarkan RM50 juta setahun.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.
Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau memberitahu, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd..
Jelasnya, kontrak antara kerajaan dan syarikat itu meliputi perjanjian selama enam tahun.
"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakannya pada bila-bila masa," katanya.
Sumber:- Kosmo Online

Malek Noor Diserang Sakit Jantung Ketika Bermain Bola

Gambar Ehsan

IPOH: Bekas jagoan bina badan negara, Datuk Malek Noor dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di antara pasukan Menteri Besar Perak dan pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan di Stadium Perak, malam tadi. 

Malek yang menjadi penjaga gol bagi pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan dikatakan memegang tiang gol ketika kejadian berlaku dan diberi bantuan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Pihak hospital yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan keadaan Malek stabil dan sedang berehat.

Info Banjir Perlis 2011 : Paras Air Sungai-sungai Perlis


Terkini, paras air sungai di Negeri Perlis Indera Kayangan pada jam 10.01 malam (30/03/2011). Kepada semua warga perlis diminta berhati2 dan berjaga2 dengan keadaan semasa di sana..


Sumber:- infobanjir

Abe & MBA Trip @ Pulau Jerejak


Date : 26 Mac 2011
Time : 8.00 a.m - 5.00 p.m
Place : Pulau Jerejak, Penang
Info : Awal pagi sabtu lepas.. abe dan geng2 MBA + GSB bertolak ke Pulau Jerejak.. GSB Alumni anjur Gathering Day... smpai sna, terus ada program yg diorg dh plan utk ktorg.. ada game treasure hunter, naik suspension bridge dan flying fox.. alhamdulillah, semua sempoi & enjoy wlpun hujan turun sepanjang hari....nti nk dtg lg kat situ... :)




kabus di pagi hari...


Jeti Jerejak

Atas bot menuju ke Jerejak Island...

MBA + GSB ....


sesi pembahagian kumpulan


sempoi + enjoy this game...

Dr. Jaya & Dr. Nina...

Suspension Bridge...

kesejukan...

get ready...

fly.....

Queensbay Mall...

Organizer: Kavitha & Raj.. thank you so much...

Gempa Bumi Hampiri Malaysia



Titik gempa hampiri Malaysia
KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
Sumber : Kosmo.com.my

Komplot Menjatuhkan Pasukan Kelantan?


Beginilah wajah bola sepak Malaysia yang sejak dulu lagi mengamalkan konsep ketidakadilan dalam membuat keputusan.Selepas satu-satu isu timbul untuk menghancur dan melumatkan Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan FA.

Tidak cukup dengan penggantungan 6 bulan Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan timbul pula isu kelantan tidak dibenarkan beraksi pada perlawanan Piala Sumbangsih 29hb Januari ini gara gara ketiadaan Jurulatih berlesen A.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Kelantan perlu segera mencari pengendali sementara yang memiliki Lesen A dalam tempoh empat hari lagi bagi membolehkan mereka memenuhi syarat untuk turun beraksi Sabtu ini.Walaupun dengan kehadiran Hashim Mustapha selaku penolong jurulatih, Hashim masih lagi tidak layak untuk membantu Kelantan kerana beliau tidak mempunyai Lesen Jurulatih berkelas A.

Dalam facebook TAN SRI ANNUAR MUSA ada mengatakan apakah ini kebetulan atau takdir ?

Facebook Annuar Musa

Siapakah dalang di sebalik perkara ini ? Siapakah yang ingin menjatuhkan era kegemilangan pasukan Kelantan FA ? Tidak sedarkah mereka bahawa Kelantan adalah penyumbang terbesar dalam kutipan tiket liga malaysia.Jika isu seperti ini berlaku sudah tentu kehadiran penyokong ke stadium berkurangan dan duit poket orang orang FAM juga sudah tentu terjejas.

Benar kata Tan Sri Annuar Musa, FAM hanya suka mendenda pasukan Kelantan sahaja sedangkan banyak lagi penyokong pasukan lain yang buat hal seperti balingan batu bata oleh penyokong perlis di Stadium Kangar pada perlawanan piala malaysia tempohari yang hampir mengenai kepala penjaga garisan juga pesta mercun di Stadium Paroi yang menyaksikan Negeri Sembilan tewas 0-1 pada Johor FC pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2010.Adakah “mereka-mereka” ini didenda atau dihebohkan oleh pihak media ?SUDAH TENTUNYA TIDAK

Ini kerana FAM hanya nampak kesalahan KELANTAN sahaja.Usah bersikap prejudis yang  boleh menyebabkan bola sepak Malaysia terus mundur.Baru menang Piala Sizuka umpama sudah menjuarai world cup.FAM BANGGA dan mungkin berkata “inilah hasil kerja kami selama ini, kami menjalankan tugas dengan baik dan kami mensasarkan Juara World Cup 2014 di brazil pula”.

Bangkitlah dari mimpi, Adillah dalam membuat keputusan wahai FAM yang sudah tidak relevan.

Sumber:- kelantanfa.com

Cubaan Artis Luar (Lady Gaga) Menghasut Remaja Malaysia

Sumber:- ohartis.com
Baru-baru ini seluruh stesen radio di Malaysia telah diarahkan oleh pihak berwajib untuk menghentikan sebarang pemasangan lagu si Lady Gaga. Ini kerana, kebanyakkan lirik lagunya agak melampau dan memesongkan akidah remaja di Malaysia. Apabila mengetahui hal ini, si Lady Gaga mengeluarkan kata-kata yang diulaskan seperti dalam keratan akhbar di atas. Kesimpulannya, si Lady Gaga adalah kurang pandai kerana tidak menghormati ruang lingkup agama sesebuah negara. Sesiapa yang termakan agenda penghibur Illuminati ini, juga boleh dikategorikan sebagai kurang bijak.

Sumber:- ohartis.com

Jalan Depan Rumah Abe Di 'tar'







Posted by abe for blogspot by Nokia 5800

Abe & PlayOnHD Mini !!


PlayOnHD Mini (A.C. Ryan)

Features

  • Full HD Media Player
  • HDMI up to 1080p (Full HD)
  • Enjoy Full HD video (H.264, MKV, RM/RMVB) on your TV
  • UPnP Media Streaming
  • Wired & Wireless Network*
  • Can turn attached storage devices into network drives (NAS)
  • Listen to Internet Radio
  • Internet Feeds
  • *(Wired Network is included / Wireless Network is an optional extra, not included in the standard package. To enjoy wireless network at up to 300Mbps, purchase the Wireless option)

A/V Out

  • HDMI interface up to 1080p
  • Composite Video
  • Composite Audio
  • Y/Pb/Pr Video
  • SPDIF Optical TOSLink (digital audio)

Storage supported

  • External USB hard disks
  • External USB media card readers
  • USB sticks and other USB mass storage devices
  • Network drives

USB2.0 host controller

  • USB 2.0 Interface
  • USB mass storage devices (hard drives, flash drives)
  • Add ports with USB hubs, USB cardreaders
  • 2x USB 2.0 (USB-A)

Network - Features

  • Browse network by navigation or direct IP address
  • Plays and Streams audio/video/image media from any device in your network
  • Use Playon!HD to play any media in your network
  • Can turn attached USB storage devices into network drives

Video Formats Supported

  • AVI / MKV / TS / TP / TRP / M2TS / MPG / MP4 / MOV / M4V / VOB / ISO / IFO / DAT / WMV / ASF / RM / RMVB / FLV resolution up to 720p / 1080i / 1080p / BD-ISO

Video Output Supported

  • PAL / NTSC / 480p / 576p / 720p / 1080i 50Hz / 1080i 60Hz / 1080p 50Hz / 1080p 60Hz / 1080p 24FPS

Video Codecs Supported

  • MPEG-1 / MPEG-2 / MPEG-4 SP/ASP/AVC (H.264 | x264) / XviD / DivX / WMV9 (VC-1) / RealVideo 8/9/10 (up to 720P)

Audio Formats Supported

  • MP3 / MP2 / WMA / AAC / FLAC / WAV / OGG Vorbis / PCM / LPCM / MS-ADPCM / LC-AAC / HE-AAC / COOK / RA-Lossless

Audio Output Supported

  • Stereo
  • Dolby Digital AC3 5.1
  • (passthrough & downmix to stereo)
  • Dolby Digital Plus
  • (passthrough)
  • DTS
  • (passthrough & downmix to stereo)
  • Dolby TrueHD
  • (passthrough & downmix to stereo)
  • AAC 7.1
  • (passthrough & downmix to stereo)
  • FLAC

Image Formats Supported

  • JPEG, HD JPEG / BMP / GIF / TIF / PNG

Subtitle Formats Supported

  • SRT, SMI, SSA, IDX/SUB, SUB

Character sets supported

(needed for text subtitles)

  • Unicode (UTF8), BIG5 (Traditional Chinese), Western, Turkish, Central European, Greek, Cyrillic, SE European, Hebrew






Sumber:- www.acryan.com

Abe & Adik2 @ Jusco Perda


Date : 23 Mac 2011
Time : 6.00 p.m
Place : Jusco Perda, Penang
Info : kelmarin.. abe & adik2 pi jln2 cari makan kat jusco perda.. sj nak blanja adik yg baru dpt result SPM.. tp angah & iyah xdpt join sbb depa skg ada kat U msg2... kalo ada smua, msti best kan,.. xpala, lain kali kita mai lgi.. 

Banana & Strawberry Chocolate Cake..






Posted by abe for blogspot by Nokia 5800

Amalan dan Doa Ketika Sakit



Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya seraya membaca:
a) Surah Ikhlas
b) Surah Falaq
c) Surah Nas
Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Kami meriwayatkan Daripada Siti Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w apabila ada orang yang mengadu sakit, ataupun ada tumbuh bisul atau ada tanda luka, beliau meletakkan hujung jari telunjuknya ke bumi, sebagaimana yang diberitakan oleh Sufyan bin Uyainah perawi Hadis ini, kemudian diangkatnya seraya mengucapkan:Artinya: Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama kita, sampai sembuh pesakit kita, dengan izin Tuhan kita.
    (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud dan lain-lain)
  • Dalam riwayat lain: Adalah Rasulullah s.a.w. seringkali menjampi dengan mengucapkan:
    Artinya: Lenyapkanlah kepayahan daripadanya, duhai Tuhan manusia! Di tanganMulah penyembuhan itu, tiada yang dapat melenyapkan penyakit itu melainkan Engkaulah saja!
  • Kami meriwayatkan daripada Anas r.a. bahwa dia telah berkata kepada sahabat Tsabit r.a. Mahukah engkau, aku menjampimu dengan jampian Rasulullah s.a.w? Jawab Tsabit: tentu sekali! Maka Anas pun membacakan jampiannya begini:Artinya: Ya Allah, Tuhan manusia, wahai Tuhan yang menghilangkan kepayahan! Sembuhkanlah dia kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. (Riwayat Bukhari)
  • Kami meriwayatkan daripada Usman Bin Abul-Ash r.a. bahwa dia pernah mengadukan suatu penyakit yang menimpa dirinya kepada Rasulullah s.a.w., maka beliau pun mengatakan: Letakkan tanganmu di tempat yang kau rasakan sakit pada badanmu, kemudian bacalah: Bismillah sebanyak (3 kali), lalu ucapkanlah doa ini sebanyak 7 kali:Artinya: Aku berlindung diri dengan keperkasaan Allah dan kekusaanNya daripada bahaya yang aku temui dan aku takut.
  • Kami meriwayatkan dengan isnad yang sahih daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. beliau bersabda: Barangsiapa yang menziarahi pesakit yang belum tiba ajalnya, lalu dia mengucapkan doa ini sebanyak (7 kali):Artinya: Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik arasy yang agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu! – melainkan Allah s.w.t. akan menyembuhannya daripada penyakit itu.
  • Kami meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w :Artinya: “ kesempurnaan ziarah pesakit, iatu hendaklah seseorang kamu meletakkan tangannya ke atas dahi pesakit, atau pada tangannya, lalu menanyakan keadaannya, bagaimana dia?!”











Ditukil dari kitab kumpulan doa dan zikir
“ Al-Adzkar”
Oleh Imam Nawawi
Terjemahan Syed Ahmad Semait

Sumber:- epondok.com

Donation Drive Campaign @ GSB Open Day




Dear fellow MBA students,
 
We are having Donation Drive Campaign to collect gifts, toys, clothes, books and etc. The items will be distributed to under privilege children during the GSB Open Day. I think your gifts would definitely make the children very happy. You may put the items into the box we have prepared in the GSB Lounge.
Event name: Donation Drive Campaign for Under Previlege Children
Duration: 15 March 2011 - 1 April 2011
Venue: GSB Lounge, USM
-----------------------------------------------
GSB Open Day Infomation:
Date   : 9th April 2011
Venue : Eureka USAINS, USM
-----------------------------------------------
Look forward your support and appreciate your help. : )

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...