Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Jangan Sambut " April Fool's Day"

Gambar Hiasan


April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
"MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI".

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud:

Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?”
 - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...