Nuffnang
Hati-Hati Dengan Virus Leptospirosis @ Air Tin Minuman
gambar hiasan
Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'
Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.
kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.
Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)
Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.
p/s: bg abe nak minum air tin boleh, cuma kita minum guna straw yg bersih..
Keputusan Undian Quarter Final AFC Cup 2012
Gambar Ehsan dari The12thWarriors.blogspot.com
BUKAN
calang2 pasukan, Erbil FC sebuah kelab yang berpengkalan di Iraq.
Pernah menjuarai Iraqi Premier League (IPL) tiga tahun berturut-turut
(2007, 2008 dan 2009), naib juara liga (2011) dan tempat ketiga liga
(2006). Sekadar meraih pusingan pertama dalam kejohanan Arab Champions
League pada 2008. 3 kali penampilan di kejohanan AFC Cup dan pernah
sekali menyertai AFC Champions League pada 2008. Pencapaian tertinggi dalam AFC Cup ini ialah pada tahun lepas (2011) sebagai semi-finalis dalam kejohanan tersebut.
Hmmm agak gerun juga melihat pencapaian mereka tapi kita tiada masa
untuk memikirkan itu semua. Ambo percaya kepada apa yang pasukan sedang
usahakan. Kita sedang meniti di satu tahap yang lebih tinggi sekarang
ini dan tentunya kerja kita menjadi lebih sukar bila terpaksa bersaing
dengan fizikal mereka yang lebih besar dan tegap. Namun mereka mungkin
lupa… walaupun kita kecil tapi semangat kita tetap besar dan utuh untuk
membina tugu kegemilangan bola sepak Malaysia di mata dunia. Dengan
sokongan dari kerajaan negeri/pusat, FAM, KBS, konglomerat GLC, NGO dan
lain2, beserta iringan doa dari semua pihak, Kelantan FA bertekad untuk
memahat nama MALAYSIA di persada antarabangsa sekali gus menjadi antara
pasukan terbaik di rantau Asia ini…
Jadual Piala AFC peringkat Suku Akhir.. Kelantan di undi lawan dengan Al Arbil dari Iraq...18 September di Stadium Al-Arbil dan 25 di Kota Bharu Kelantan.. Abe harap Kelantan akan pergi jauh dalam PIALA AFC 2012, Insyallah..
TIADA YANG MUSTAHIL, GOMO TRW GOMO!!!
Sumber: facebook.com/trwnetwork
Karnival Sukan HALUAN 2012 Kini @ Bangi
Karnival Sukan HALUAN 2012
"Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat"
Tarikh: Sabtu, 16 Jun 2012
Lokasi: Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.
Peserta: Lelaki & wanita dijemput hadir
-------------------------- ---------
http://www.haluan.org.my/
"Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat"
Tarikh: Sabtu, 16 Jun 2012
Lokasi: Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.
Peserta: Lelaki & wanita dijemput hadir
--------------------------
http://www.haluan.org.my/
Cubaan Bapa Lee Chong Wei Terjun Jambatan Pulau Pinang
GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong
Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan
Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi
semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat
menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan
Lepas.
Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum
anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke
rumah di Taman Serumpun, Butterworth.
Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu
dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu
untuk memastikan keselamatannya terjamin.
Manakala dalam Sinar Harian, Bapa Chong Wei nafi mahu bunuh diri
MOHD ISKANDAR OTHMAN
12 Jun 2012
12 Jun 2012
Beliau yang dihubungi Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti, Ong Kok Fooi kelmarin mengakui ada memberhentikan kenderaan di atas jambatan, namun bukan berniat untuk membunuh diri.
“Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui Jambatan Pulau Pinang saya berasa tidak selesa lalu menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran.
“Namun orang lain telah salah sangka dan menganggap saya ingin bunuh diri...ini tidak betul," katanya.
Sementara itu, Kok Fooi ketika dihubungi Sinar Harian semalam berharap orang ramai tidak salah faham dengan kejadian ini.
Beliau berkata, media juga tidak perlu menghebahkan lagi perkara ini kerana ia adalah masalah keluarga dan boleh diselesaikan oleh keluarga Ah Chai sendiri.
“Saya difahamkan, Ah Chai telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anaknya, Datuk Lee Chong Wei.
“Kita harap semua masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.
Sumber: sinarharian.com
10 Warming Up Menuju Ramadhan
Pejam celik, Ramadhan dah pun hampir tiba
semula kan? 40 hari lagi sebelum Ramadhan Insya Allah :-) “Allahumma sallimni ila
ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya
Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan
untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan
Ramadhan). Alhamdulillah, semoga kita semua masih berkesempatan untuk
bertemu bulan Ramadhan kali ini. Abe kongsikan 10 perkara yang boleh
kita semua lakukan sebelum menjelangnya Ramadhan. Moga bermanfaat dan
jika bermanfaat, sampai-sampaikanlah bersama.
Dr Yee (Theory in Management Class): The Flow of Literature Review
Title: Emergence of the human capital resource: A Multilevel Model
context => environment
different context also applied both in Qualitative & Quantitative Research
Difference between Content vs. Context vs. Process
Content => detail
Context => difference industry
Process => longitudinal study (period of time)
theory in development => master in differentiate these 3 things
different context also applied both in Qualitative & Quantitative Research
Difference between Content vs. Context vs. Process
Content => detail
Context => difference industry
Process => longitudinal study (period of time)
theory in development => master in differentiate these 3 things
Fenomena Air Laut Pasang Besar Jun 2012
gambar ehsan: Kuala Perlis
gambar ehsan
gambar ehsan
gambar ehsan
gambar ehsan
gambar ehsan Sinar Harian: Padang Kota, Penang
sumber: kosmo online
ALOR SETAR – Kawasan sawah padi seluas 62 hektar yang terletak di
sepanjang persisiran pantai di negeri ini dan Perlis dikhuatiri terjejas
akibat digenangi air laut ekoran kejadian ombak besar sejak kelmarin.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari
Baharum berkata, fenomena air pasang besar itu menyebabkan tiga kawasan
sawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Perlis dan Kedah
dilimpahi air masin.
Katanya, kawasan sawah yang terjejas ialah di Kampung Alor Akoi,
Sungai Padang di Perlis serta Kampung Padang Garam dan Kampung Kuala
Kuar di Sungai Dua di Kedah.
“Kira-kira tujuh hektar sawah terjejas di Kampung Alor Akoi, 35
hektar di Kampung Padang Garam dan 20 hektar di Kampung Kuala Kuar,”
katanya selepas melawat sawah digenangi air laut di Kampung Kuala Kuar
di sini semalam.
p/s: hari ni di surat khabar ada satu berita kematian pelajar yg mati lemas di Pantai Kerachut, Penang dihanyutkan oleh ombak besar.. Al-Fatihah.. jadi pandangan abe disini, sekarang bukan musim utk kita pergi bermandi manda di pantai disebabkan cuaca & ombak yang tidak mengizinkan.. sama-samalah kita ingat mengingati antara satu sama lain k..
Jom Review Ultrabook Samsung Series 9
Alhamdulillah, hari ni abe dapat satu "assignment" utk review Ultrabook antara keluaran terbaru Samsung iaitu model NP900X3. Apa sebenarnya Ultrabook ini? Ultrabook adalah panggilan utk laptop yang mempunyai spesifikasi yang canggih, terbaru dan yg paling nipis berbanding laptop biasa (notebook) dan juga si laptop kecil (netbook). Bagi abe, ultrabook adalah kombinasi antara 2 jenis laptop ini (notebook + netbook). Kenapa abe kata mcmni, sbb spesifikasi ultrabook ialah saiz skrin yg biasanya 13 inci ke atas dan mempunyai ciri-ciri yg sama dgn laptop (notebook) biasa, cuma bg model Samsung kali ini tidak mempunyai cakera (optical) kerana utk menjaga ketahanan baterinya.
So, dari segi bateri, ultrabook menggunakan teknologi yg hampir sama dgn netbook (iaitu meminimumkan penggunaan bateri).. Hard disk yg digunakan adalah teknologi terbaru iaitu Flash Hard Disk yg sangat nipis bagi memastikan ketebalan dan keberatan ultrabook ini terjaga. Antara spesifikasi yang lain ialah:
Samsung Notebook Series 9 adalah ULTRABOOK yg paling ringan didunia iaitu, 1.31 kg (2,88lbs.)
So, dari segi bateri, ultrabook menggunakan teknologi yg hampir sama dgn netbook (iaitu meminimumkan penggunaan bateri).. Hard disk yg digunakan adalah teknologi terbaru iaitu Flash Hard Disk yg sangat nipis bagi memastikan ketebalan dan keberatan ultrabook ini terjaga. Antara spesifikasi yang lain ialah:
- Intel i5 2nd Gen 1.4GHz (processor)
- 4GB (ram)
- Windows 7 64bit (OS)
- 128GB Flash Hard Disk
- Chargeable USB port
- Backlit keyboard (ni yg paling best..hehe)
Kenipisan ialah 16.3mm (0.64 inches) saiz skrin 13 inci
Kelebihan model ini berbanding dengan ultrabook yang lain ialah skrin ultrabook ini ialah SUPER bright LED screen (1366x768) dimana skrin yg paling "clear" la bila tgk movie ke, buat keje ke kat bawah matahari..(sape yg nak wat keje macam tu kan..)..tapi punya la nak tunjuk comparison dia..Samsung..Samsung.. pastu satu lagi, bg yg tak suka buat keje terang-terang pada siang hari, boleh la buat keje tgh2 malam.. dalam kegelapan, keyboard dia akan bercahaya (mengeluarkan lampu) secara automatik.. tu yang nama dia blacklit keyboard...
Port USB pulak ada special dia, kita boleh charge HP ke MP3 ke tanpa kita ON power ultrabook ni..hmm, mcm2...
Dari segi ketahanan battery life, ia boleh capai maksimum 7 jam dengan penggunaan minimal usage.
dan sebelum abe lupa, body ultrabook ini dibuat dengan material (Duralumin) yg sama utk jet pejuang.. hmm..betul ke x? tu apa yg diorg tulis la..
Harga ultrabook ini, boleh tahan jugak la, iaitu RM4999.. yer la, dah body sama kualiti dgn body jet.. hehe.. nasib baik xboleh terbang je.. Insyallah, nanti abe akan review lagi model ultrabook ini di masa akan datang..mana la tau, sape-sape nak bagi 'test drive' ke..hehe
Sumber: samsung.com
Ombak Setinggi 5 meter di Pdg Kota Lama, Penang
fotoBERNAMA
GEORGE TOWN - Beberapa buah kereta yang melalui ditepi tebing persisiran pantai Padang Kota Lama dibasahi dengan air laut apabila ombak setinggi 5 meter melanda di kawasan itu di sini hari ini.
Keadaan ini berlaku berikutan angin kencang dan laut bergelora.
Orang ramai yang mengunjungi tempat berkenaan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena berkenaan.
-- Sinar Harian
Dr OT: 4 Simple Steps to Synthesized in Writing
1. Read: kena baca artikel..... analisis idea2 yang common
2. Write:Tulis ideas tersebut (dalam komputer bukan atas kertas)
3. Rewrite: Tulis semula dgn combine idea2 yang common
4. Revise: Tulis semula dgn sintesis supaya idea2 tersebut menjadi consistent dgn kajian....
Contoh 4 langkah tersebut:
1. Read
Pertama, kena baca.. baca terus
dari Mendeley....katakan baca 4 artikel yang relevan dgn kajian..
2. Write
Mula menulis (katakan dalam zero draft)
idea yang dianalisis dari 4 artikel berbeza di atas dan tulis di bawah
heading yang dah ditentukan...... katakan 4 point / idea yang dianalisis adalah spt berikut:
- pelajar bermotivasi dgn pengajaran berasaskan komputer (Don, 1999)
- pelajar seronok bila didedahkan dengan bahan multimedia (Sweller, 2001)
- multimedia dapat meningkatkan kualiti pengajaran (Jonassen, 2009)
- animasi meningkatkan domain afektif murid (Rudiah, 2011)
Perhatikan bahawa kesemua pernyataan di
atas yang berwarna purple, red and blue tidak konsisten, menggunakan
terminologi yang berbeza.... sebab sumbernya pun dah berbeza...
Saja bagi kaler... supaya jgn panik
..... then kita boleh MERGE term2 yang berbeza tu
sebab asasnya sama....dan yang tergantung2 tu kita tambah ler dengan ayat sendiri.... sempoi...
- motivasi = seronok
- komputer = animasi= multimedia
- kualiti - kembangkan term ni supaya tak tergantung..
- afektif - ko kembangkan term ini dgn pasangannya kognitif
3. Rewrite:
Ini adalah percubaan awal nak
sintesis... dgn menjadikan idea di atas dalam bentuk ayat sendiri....
so sambung2 jer lah...
Kajian lepas menunjukkan
bahawa pelajar yang didedahkan dengan aktiviti pengajaran berasaskan
komputer dan multimedia mempunyai motivasi tinggi untuk terus belajar
(Don, 1999; Sweller, 2001). Sementara itu guru sekolah yang sering
menggunakan multimedia berupaya memperbaiki kualiti pengajaran
(Jonassen, 2009). Oleh itu pengajaran berasaskan animasi mampu
meransang domain afektif murid (Rudiah, 2011).
Perhatikan term dalam ayat yang TIDAK
CONSISTENT dan TAK COHERENT dan spt ringkasan dari petikan kajian lepas
yang dicantum2kan begitu saja. Paragraph macam ni kalau dalam proposal
masih boleh diterima lagi....tapi kalau dalam tesis.... memang patut
kena "fire" mcm dalam kelas seminar ari tu....hehe
4. Revise (for synthesis)
Kemudian dgn pemahaman & pembacaan yang makin
baik....maklumlah semakin banyak membaca...... maka sepatutnya
dengan BERANI dan penuh SELAMBA boleh mensintesis dgn membina paragraph
dgn term yang CONSISTENT dan ayat yang COHERENT sambil memasukkan idea
dan pemahaman sendiri.
Kajian lepas menunjukkan motivasi pelajar untuk belajar meningkat apabila didedahkan kepada aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer (Don, 1999; Sweller, 2001). Bukan itu sahaja, aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer juga berupaya meningkatkan kualiti pengajaran guru (Jonassen, 2009). Hal ini terjadi kerana aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer menggunakan bahan pengajaran multimedia yang efektif hasil gabungan elemen animasi, suara, text, grafik dan video. Elemen-elemen ini bukan sahaja dapat mempengaruhi domain kognitif hasil dari persembahan aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer yang menarik, interaktif dan mudah difahami, tetapi juga dapat meningkatkan domain afektif pelajar (Rudiah, 2011)
Cuba bandingkan 2 paragraph di atas,
dan amati perbezaannya. Kita tak ubah maksud, point atau idea dalam
petikan asal tetapi mensintesis semula seperti ayat kita sendiri yang
menggunakan term yang konsisten dgn kajian sendiri.....seperti
"pengajaran berasaskan komputer" dan memasukkan "suara kita" dalam ayat
tersebut sambil mengembangkannya ...barulah kritis....
Paling penting jangan takut utk menulis, masukkan idea sendiri.... kita
bukan budak tadika.... dah buat master atau PhD.... tulis jer !
Terima kasih Dr OT.. lepas faham post ni, jom kita praktik sama-sama..
Sumber: drotspss.blogspot.com
Kenduri Kahwin: Syafiq Haruna (ex-UTM) & Pasangan @ Batu Caves, Selangor
gambar ehsan dari DikWan..
Date : 3 Jun 2012
Time : 12.00 p.m
Place : Sungai Kertas, Batu Caves Selangor
Info
: Ari ni abe, che mat, fik & wan syafiq pergi kenduri kawan abe di sungai kertas, kat2 area Batu Caves.. akhirnya, Syafiq Haruna telah sah menjadi suami org.. dia secara rasmi dah kluar kelab kitorg yg msh membujang ni.. isteri Syafiq ni org Klang..mmg sama padan, sama cantik kedua2 belah mempelai.. kat sana pun abe dapat jumpa Radin & isteri, Zaizi, Zulhaimi, Shida, Hanim & Suami, Yeen, Azrul, Dik Wan, dan xlupa juga si Pengapit, Fadhli Sulaiman.. Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar…
mudah2an Allah berkati perkahwinan Syafiq dengan pasangannya.. amin..
ketibaan raja & permaisuri sehari..
Radin & isteri..
Member Syafiq, Kadir.. Che'mat, Wan Syafiq..
Dik wan yg tgh makan, Fik yg kepanasan.. fadhli, si pengapit yg profesional.. (part time job, hehe)..
Azrul yg sudah jd bapak budak, Abe & Fadhli..
Zaizi, Zulhaimi & Yeen...
Shida serta Hanim & suaminya..
Subscribe to:
Posts (Atom)