Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Jom Review Ultrabook Samsung Series 9


Alhamdulillah, hari ni abe dapat satu "assignment" utk review Ultrabook antara keluaran terbaru Samsung iaitu model NP900X3. Apa sebenarnya Ultrabook ini? Ultrabook adalah panggilan utk laptop yang mempunyai spesifikasi yang canggih, terbaru dan yg paling nipis berbanding laptop biasa (notebook) dan juga si laptop kecil (netbook). Bagi abe, ultrabook adalah kombinasi antara 2 jenis laptop ini (notebook + netbook). Kenapa abe kata mcmni, sbb spesifikasi ultrabook ialah saiz skrin yg biasanya 13 inci ke atas dan mempunyai ciri-ciri yg sama dgn laptop (notebook) biasa, cuma bg model Samsung kali ini tidak mempunyai cakera (optical) kerana utk menjaga ketahanan baterinya.

 Samsung Notebook Series 9 adalah ULTRABOOK yg paling ringan didunia iaitu, 1.31 kg (2,88lbs.)

So, dari segi bateri, ultrabook menggunakan teknologi yg hampir sama dgn netbook (iaitu meminimumkan penggunaan bateri).. Hard disk yg digunakan adalah teknologi terbaru iaitu Flash Hard Disk yg sangat nipis bagi memastikan ketebalan dan keberatan ultrabook ini terjaga. Antara spesifikasi yang lain ialah:
  • Intel i5 2nd Gen 1.4GHz (processor)
  • 4GB (ram)
  • Windows 7 64bit (OS)
  • 128GB Flash Hard Disk
  • Chargeable USB port
  • Backlit keyboard (ni yg paling best..hehe)
 Kenipisan ialah 16.3mm (0.64 inches) saiz skrin 13 inci

Kelebihan model ini berbanding dengan ultrabook yang lain ialah skrin ultrabook ini ialah SUPER bright LED screen (1366x768) dimana skrin yg paling "clear" la bila tgk movie ke, buat keje ke kat bawah matahari..(sape yg nak wat keje macam tu kan..)..tapi punya la nak tunjuk comparison dia..Samsung..Samsung.. pastu satu lagi, bg yg tak suka buat keje terang-terang pada siang hari, boleh la buat keje tgh2 malam.. dalam kegelapan, keyboard dia akan bercahaya (mengeluarkan lampu) secara automatik.. tu yang nama dia blacklit keyboard...



Port USB pulak ada special dia, kita boleh charge HP ke MP3 ke tanpa kita ON power ultrabook ni..hmm, mcm2... 


Dari segi ketahanan battery life, ia boleh capai maksimum 7 jam dengan penggunaan minimal usage

dan sebelum abe lupa, body ultrabook ini dibuat dengan material (Duralumin) yg sama utk jet pejuang.. hmm..betul ke x? tu apa yg diorg tulis la..

perfect design..

Harga ultrabook ini, boleh tahan jugak la, iaitu RM4999.. yer la, dah body sama kualiti dgn body jet.. hehe.. nasib baik xboleh terbang je.. Insyallah, nanti abe akan review lagi model ultrabook ini di masa akan datang..mana la tau, sape-sape nak bagi 'test drive' ke..hehe


Sumber: samsung.com

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...