Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Tazkirah Ramadhan: Hari - 11 (Sedarlah Wahai Hati)

indahnya agamu-Mu Ya Allah..

Sabarlah Wahai Hati...

Aku lahir ke atas dunia dengan izin Mu,
Lahirku saat Rasul dan sahabat telah tiada,
Para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku,
Zaman ku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa,
Aku terbit di tengah masyarakat Islam,
Namun Islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka,
Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula,
Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka,
Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini,
Generasi seusiaku yang sakit,
Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu,
Sibuk dengan cinta yang penuh noda,
Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna,
Namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna,
Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa,
Dan tugasku adalah berusaha,
Gagal jatuh, dicela tak terima itu perkara biasa,
Aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati,
Bukan nilaian harta yang aku cari,
Bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan baik dan mulia,
Cukuplah RedhaMu sebagai harga,
Bantulah hambaMu ini,
Sedarkanlah semula generasiku ya Rabb,
Bangunkanlah semula umat ini,
Aku yakin Islam pasti kembali dan aku tak akan berhenti.

"Katakanlah inilah jalanku, aku dan org2 yg mengikutiku mengajak kepada Allah dgn yakin, Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk org2 musyrik". (Yusuf:108)

Tiga Lelaki Larikan Barang Kemas Bernilai RM3 Juta


BUTTERWORTH: Tiga lelaki yang menyamar sebagai pelanggan melarikan barang kemas bernilai lebih RM3 juta dari sebuah kedai emas dalam pasar raya Carrefour Seberang Jaya, di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Mohd Nasir Salleh berkata pada kejadian pukul 2.15 petang tadi, tujuh pekerja dan seorang pelanggan berada dalam kedai itu.

Katanya ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki kedai emas dan menyamar sebagai pelanggan dengan meminta pekerja kedai emas itu mengeluarkan rantai-rantai emas untuk dibeli oleh mereka.

"Selepas permintaan mereka dilayan, ketiga-tiga lelaki terbabit mengeluarkan tiga pucuk pistol serta mengacukannya kepada pekerja dan seorang pelanggan tadi sambil memberi amaran jangan bergerak," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya perompak itu telah menjadikan salah seorang pekerja kedai emas itu sebagai tebusan dengan mengacu pistol di kepalanya manakala pekerja lain diarah memasukkan barangan kemas dalam sebuah beg dengan cepat sebelum mereka melarikan diri.

Mohd Nasir berkata perompak berusia antara 20 hingga 30 tahun terbabit dipercayai warga asing kerana bertutur dalam bahasa Hokkien dan bahasa Melayu yang agak pelat.

Katanya ketika kejadian, seorang pengawal keselamatan berada dalam sebuah bilik kaca di premis itu tetapi tidak sempat buat apa-apa kerana kejadian itu berlaku dengan pantas.

"Tiga lelaki berkenaan menggunakan kesempatan orang ramai yang berada di dalam pasar raya itu untuk melarikan diri ke tingkat bawah pasar raya itu," katanya.Katanya mereka kemudiannya melarikan diri dengan dua buah motosikal bersama seorang lagi rakan yang menunggu di tingkat bawah pasar raya itu.

"Tiada pekerja yang cedera dalam kejadian itu namun mereka masih trauma dengan kejadian itu kerana ia adalah kejadian rompakan ketiga melibatkan kedai emas terbabit," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga masih meneliti rakaman kamera litar tertutup di kedai emas tersebut serta pasar raya besar itu untuk mendapatkan gambaran jelas kesemua suspek.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Tazkirah Ramadhan: Hari - 5 (Mengapa disebut Solat Terawih)

Gambar Hiasan

Solat pada malam bulan Ramadhan itu disebut 'Tarawih' kerana solatnya panjang, raka'atnya banyak dan orang yang melakukannya beristirahat pada setiap selesai menunaikan empat raka'at sebelum menyambungnya lagi. Oleh kerana adanya rehat maka inilah disebut "Tarawih".

Ibnu Manzur dalam kitab 'Lisanul Arabi' menerangkan bahawa 'Altarawih' adalah bentuk jamak daripada 'Tarwihah' adalah isim marrah (Isim yang menunjukkan makna satu kali) daripada 'Ar-rahah'.

Jadi makna 'Tarwihah' itu adalah satu kali istirehat. Hal ini sama dengan kata 'Taslimah' (satu kali salam) yang berasal daripada perkataan 'Assalam'. Disebut 'Tarawih' kerana orang yang melakukannya mengambil beberapa kali istirehat pada setiap kali selesai mengerjakan solat empat raka'at, kemudian dia menerangkan pula bahawa 'Ar-rahah' itu ertinya lega atau segar adalah lawan daripada kata 'at-ta'ab' yang bererti penat.

Didalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa apabila masuk waktu solat,Nabi Muhammad s.a.w. berkata pada bilal: "Marilah kita beristirehat dengan solat.'

Maksudnya ialah, azanlah untuk solat, wahai bilal! Maka kita akan beristirehat dengan solat itu, Istirehat Nabi Muhammad s.a.w. menerusi solat kerana didalamnya sebagai munajat kepada Allah s.w.t.. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Hatiku dan jiwaku menjadi tenteram ketika dalam solat."

Dengan demikian solat Tarawih adalah sunnat yang dilaksanakan dalam kaitannya dengan ibadah pada malam-malam bulan Ramadhan al-Mubarak sebagaimana yang akan diterangkan menerusi hadith-hadith dalam bab seterusnya.

Tazkirah Ramadhan: Hari -2 (Keutamaan Mengerjakan Solat Dhuha)

Gambar Hiasan

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Takziah Buat Keluarga PakLah Ali (x-UtmKL abe)

Sumber: the Star

Sumber: Borneo Paper

Petikan dari Berita Harian:
Sebuyau: Tiga penumpang helikopter, termasuk seorang wanita hilang selepas bertindak nekad terjun sebelum pesawat itu terhempas di muara Sungai Lupar-Sungai Lingga di Bahagian Sri Aman, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, juruterbang berbangsa Jerman, Rico Stiger, 35, bagaimanapun diselamatkan nelayan setelah hanyut, kira-kira empat jam.

Tiga penumpang itu ialah, Peter Atoh Mayau, 53 (jurutera kanan), Henry Loh, 40 (arkitek) dan Siti Khuzaimah Anwar, 26 (juruukur bahan).

Tiga pegawai Sebiro Holdings itu menaiki helikopter berkenaan untuk meninjau projek di Nanga Merit, Kapit.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata helikopter jenis Eurocopter model Dauphin 2 milik Sebiro Holdings berlepas dari landasan syarikat itu di Jalan Tun Jugah, Kuching pada jam 8.57 pagi.

Katanya, helikopter itu dipercayai berdepan cuaca buruk sebelum juruterbang memaklumkan menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bagi pendaratan cemas.


p/s: Salam takziah dan Al-fatihah kpd Siti Khuzaimah.... semoga Allah merahmati roh Allahyarhamah di bulan Ramadhan yang mulia....Aminnn Ya Rabb....Lah Ali, sabar bro...Allah lebih sayangkannya...byk2 berdoa..


Sumber: bharian.com & thestar.com 

Ulasan Buku Batu Bata Kehidupan: Hilal Asyraf di Nasi Lemak Kopi O @ TV9


Tazkirah Ramadhan 1433: Hari - 1

Sumber: facebook.com

Amalan kesukaan Nabi Muhammad S.A.W di bulan Ramadhan...

AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas meriwayatkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

1) Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

2) Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

3) Qiamullail

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

4) Solat tarawih

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

5) Mengerjakan umrah

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

6) Zakat fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Selamat Berpuasa dan Selamat Memperbanyakkan Ibadat. Semoga Allah memberkati segala hasil usaha kita di Bulan Yang Mulia Ini. Amin :)

Kelantan: The Red Warriors Journey 2012

Gambar Hiasan


Perlawanan Persahabatan 2012




Liga Super

Kelantan Juara Liga Super 2012

Final Game (14/7/2012): Kelantan (3) vs Sarawak (1)

Kejohanan Malaysia Super League 2012 dengan rasminya melabuhkan tirai. Bersyukur dengan pencapaian berganda seperti kita kecapi hari ini. Bila kita sepakat, ia selalunya membawa berkat. We are in the middle of the night.... Alhamdulillah!.. Sekalung Tahniah Buat Kelantan !! (facebook.com)

Carta Terakhir Liga Super 2012




Piala FA 2012

Kelantan Juara Piala F.A 2012

(19 Mei 2012) Final Piala F.A: Kelantan (1) vs Sime Darby (0)


AFC Cup



KITA mungkin sedikit bernasib baik bila diundi melawan Erbil FC di gelanggang tuan rumah terlebih dahulu, iaitu pada 15 September. Harus mengerah segala kudrat untuk cuba mengikat keputusan seri di sana. Seterusnya kita akan menanti kunjungan kelab dari Iraq itu pada 25 September di stadium keramat kita. Di situlah sedikit kelebihan yang kita miliki. Satu gelanggang yang belum pernah kita tewas kepada mana2 pasukan bermula sejak awal musim lagi. Harap tuah padang yang penuh barakah dan rahmat itu sentiasa menyebelahi kita nanti..


 Sumber: sokernet.com, afc.com

Jom Kita Praktik & Konsisten Dgn 10 Tips Tulis Tesis Dr OT

kalau boleh nak jugak bg nasi goreng ni masuk dlm Dropbox... hehe

11 TIP Menulis Tesis Dengan Cepat & Efisyen:


1. Teknik Doc Map dan Mendeley
  •  styles - heading 1, 2, 3
  • proofing - GPS, SCM
  • page break - next page
  • captions - table + figure (+ multilevel list)
  • find + replace - editing
  • citation - Mendeley
  • bibliography - Mendeley
  • Table of Contents (TOC), List of Table (LOT) & List of Figure (LOF)

2. Pilot Artikel dan Teknik Hybridization

3. Teknik Foresee (Analisis + Sintesis = Kritis) 

4. Teknik RFOT 

5. Zero Draft

6. Blok Masa
  • 1 hari blok 6 jam membaca & menulis utk tidak menganggu fokus
  •  part time (paling kurang 3 jam sehari - waktu malam / hujung minggu)
 
7. Tentukan Target 
Penulisan mesti ada target, contohnya dalam seminggu berapa helai yg dapat ditaip.. Ingat, bukan shj KAYA BERFIKIR, TETAPI JANGAN MUFLIS PENULISAN..!!

8. Be Realistic

9. Ubah Diri ANDA & Bukan SV anda
  • Jangan tunggu SV anda (Anda perlu pantas dan selective - tgk TV, pergi bercuti, shopping, facebook sbb anda perlu reserve masa utk RESEARCH & PENULISAN anda)
  • Anda MENDAHULUI SV anda (laksanakan Tip 1 hingga 5) 
10. The Sense of Urgency 

11. Reward DIRI anda Sendiri


Sumber: drotspss.blogspot.com

Abe & Jom Makan Gathering @ Putrajaya

"jadikan PhD, kenangan yang terindah dalam hidup anda.."

Date : 1 July 2012
Time : 4.00 p.m
Place : Eydoss Home Sweet Home, Presint 18, Putrajaya.
Info :
Alhamdulillah, sehari selepas bengkel Dr OT, abe & classmate abe @ GSM UPM, mengadakan sedikit jamuan utk celebrate sempena tamatnya 1st year (class course) & slps ini kiotrg smua akan fokus kpd research & tesis masing2.. dah xde kelas mcm biasa.. so, kitrg dah plan utk wat mkn2 di rumah kak Eydoss @ Putrajaya.. trima kasih byk2 kpd tuan rumah.. ape yg abe boleh simpulkan.. PhD, kenangan yg terindah dalam hidup abe... trima kasih buat smua classmate abe.. walaupun dalam masa yg singkat, byk kenangan yg dpt dikongsi bersama.. jumpa anda semua di puncak kejayaan.. aminn.. 
berkumpul di GSM...

 rombongan yg diketuai oleh DBQ 1...

Jessie & Auntie May... hehe

Firah, Ros, Rozy, Vasu & Izumy...

heroes in GSM, Qairul, Adamu, Ivan, Mervyn, Jahn...

kantoi, popia & satey dari pasar malam...

di dapur bersama selebriti chef Eydoss...

sukanye kak cha dapat memasak...

Interview session.. qualitative method.. hehe... 

 santai & sempoi.. Tharma..

smile...

like grandpa...

sedapnya...

serba kehijauan...



sempat lagi kak Ina buat assignment...

satey...

juadah yang terhidang...macam nak raya lak plk..




1Malaysia...

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...