Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Happy Birthday to Me: Genap 27 Tahun Usia


Alhamdulillah, tiada apa yang mampu abe lafazkan melainkan untuk rasa syukur kerana masih diberi peluang dari Illahi untuk menikmati ulangtahun kelahiran yang mendatang. Jika dikira secara kasar, hari ini genap hari ke 9,855 diri abe hidup di muka bumi yang sementara ini. Jika dibezakan dengan tahun-tahun sebelum ini, ulangtahun pada tahun ini laindari tahun-tahun lepas kerana ini merupakan ulangtahun kelahiranku diperantauan walaupun cuma di Malaysia, akan tetapi ada bezanya insan yg kita sayangi berada di depan mata dengan jauh disana.

9,855 bersamaan dengan 27 tahun jika benar setahun itu ada 365 hari. Usia yang merupakan petunjuk bahawa abe harus menjadi lebih matang dalam hidup dan inilah juga usia yang menyatakan abe perlu bersedia untuk menjadi seorang anak yang terbaik untuk kedua mama dan abah serta keluarga abe dan insyallah mungkin sudah masanya abe melangkah ke hadapan lagi utk memimpin "si dia" dunia & juga akhirat.. akan tapi yg paling penting tanggungjawab abe sebagai hamba kepadaNya. Pada abe, abe telah cuba untuk jadi matang.

Dunia "huha dan huhaaa" akan ku tinggalkan.. mula memikirkan masa depan yg belum tentu lagi...

Dari tahun ke tahun, sentiasa berusaha menjadi lebih baik, kadangkala abe gagal atas ketandusan iman sendiri. Doa abe memohon pada Allah agar jadikanlah abe anak yang soleh dan yang terbaik serta sentiasa senang untuk berbakti kepada orang lain dan memberi manfaat kepada semua orang. 

Terima kasih kepada si "dia" yang bersusah-payah melakukan sesuatu untuk hubungan kami. Ya, sudah hampir 5 tahun seusia perkenalan kita.. banyak yg belum mengetahui siapa dia "si dia" kerana bg abe, dia sgt istimewa.. biarlah masa yg akan tiba menceritakan segalanya.. kerana abe mahu jaga hubungan ini sebaik-baiknya.. insyallah.. 

Blog ini hanyalah sebahagian dari hidup abe selama beberapa tahun. Terlalu banyak menyimpan kenangan terindah dan tak lupa juga terselit pelbagai kenangan yang sukar untuk dilupakan. Semuanya cukup mematangkan dan alhamdulillah sehingga kini, semua itu terus membuatkan abe menjadi seorang insan yang terus kuat, untuk terus memajukan diri tanpa memandang ke bawah mahupun ke atas. Baik kata khai, "Jika terlalu pandang ke bawah, takut tidak nampak apa yang di atas dan jika terlalu pandang ke atas, takut tersungkur dek batu. Hiduplah dengan memandang secara terus ke hadapan (fokus) dan sentiasalah cuba menyenangkan hati orang di sekeliling kita." Siapa pulak khai tu? hehe.. Blog khai lah yg membuatkan abe nak ber'blog' sampai skrg.. 

antara jasa blog abe ni.. alhamdulillah.. sshhh

Blog ini adalah tidak lebih dari sekadar diari dan pandangan perspektif seorang hamba yg byk silap & salahnya yg berusaha keras dlm apa jua yg dia lakukan tanpa sedikitpun pernah risaukan tentang waktu tidurnya hanya untuk membuktikan kepada diri sendiri sejauh mana kemampuan yang diberikan Allah. Semua orang percaya diri mereka ada keistimewaan dan begitu juga dengan abe..

Pada abe, apalah gunanya hidup ini jika tidak cuba memerah dan menguji sejauh mana kemampuan sebenar diri kita. Seruan untuk menguji sejauh mana kemampuan diri mungkin telah tiba untuk abe sambut dengan redha dengan tangan penuh terbuka. Lebih istimewa lagi, ada ramai juga kawan-kawan yang telah menamatkan zaman bujang mereka, dan ada juga yg telah menimang cahaya mata.. Tahniah abe ucapkan & semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.. bukan kerana mereka dah berkahwin, abe pun nak kahwin, tapi biar la abe bersedia dari semua aspek.. buat yg terbaik utk sejarah dalam hidup kita..


Alhamdulillah. Terima kasih jika membaca coretan ini hingga ke baris ini. Tiada apa yang menyebabkan dunia ini best selain kerana kewujudan korang semua yang dirasakan sangat hampir dengan diri ini.. Segala kelemahan datang dari diri abe & kebaikan datang dari Nya.. sama2 kita menjadi hamba Nya yg terbaik dari segenap aspek..insyallah.. salam sayang buat anda semua.. :)


No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...