Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Apa Kata Azlan Johar Mengenai TRW


Selesai perlawanan sumbangsih malam tadi, Abe Pozi (AP) berkesempatan lepak minum bersama pengulas terkenal Astro Arena, Azlan Johar (AJ). Banyak isu bolasepak semasa dikupas bersama. Berikut ialah antara intipati perbualan:

1. Piala Sumbangsih (TRW vs Gladiators):
AJ: kecewa saya sebab TRW kalah, saya jangka menang dengan jaringan Indra, tapi ramalan saya meleset.

Ini adalah satu hikmah utk TRW, sebenarnya Tuhan nak uji tu, bila kita biasa berada di atas, akan ada sesekali kita tewas, dan Tuhan nak kita fikir di mana kelemahan kita, dan bagaimana kita mengurusnya.

Saya lihat dikalangan pemain dan pengurusan, mereka mempunyai karektor selaku juara, pemain menerimanya dengan professional, mereka bersalaman dengan semua pemain dan pegawai ATM dan inilah ciri juara yang kita nak, cuma saya risau penyokong TRW samada mereka mampu menerimanya dengan pro atau tidak.

Biasanya setiap pasukan juara akan cepat berpuashati, dah lupa kelemahan sendiri, padahal kelemahan itulah yang mesti di selesaikan segera.

Pada perlawanan tadi (malam tadi), saya tengok ramai pemain TRW agak longlai pada separuh masa pertama, dan saya ada bercakap dgn Piya semasa waktu rehat dan Piya ada menyatakan percaturan Bojan Hodak (BH) supaya bermain dengan defensif.
Keita Manjou (KM), saya rasa dia memerlukan masa, dia tidak bermain dalam perlawanan kompetitif dalam jangkamasa yg agak lama.

Masa Rizal ambik penalti yang second tu memang tekanan lagi tinggi buat dia sebenarnya, boleh ke atas pulak bola tu...emmm...

AP: kenapa BH tidak keluarkan KM?
AJ: BH nak biasakan KM bermain, KM akan bangkit saya rasa, tengoklah nanti, BH bijak, dia tahu bagaimana nak menanganinya, memang setiap pemain kalau dah lama tak main akan terasa kelainan bila masuk padang macam game tadi, KM kena cepat settle down, sebab tu BH stay pakai dia, nak bagi KM biasakan dgn suasana...

AP: AJ dilihat "bias" dan jelas meminati pasukan TRW
AJ: salah ke saya sokong pasukan TRW? dan saya rasa betul kerana TRW memang kuat dan boleh dapat 3 piala...salah ke? saya meminati pasukan yang benar2 mantap dari segi pengurusan dan permainan.

AP: Matyo, Azwan Roya (AR), Ramzul dan Azlan tiada dalam skuad, ada kesan?
AJ: saya bagitau BH, "you will miss AR than Matyo!" dan BH menjawab "you're absolutely right!", bagi saya AR tetap konsisten di posisi beliau, samada dia main 90min, 40min atau 10min dia tetap dengan cara dia, pintar dan cara dia beat defend lawan memang bijak, TRW dan BH memang terasa kehilangan dia, kehilangan Matyo tiada apa2 kesan pun sebenarnya...errr cantik isteri AR kan? pandai dia cari.
AP: arrr memey la...ramai peminat boh!

AP: Piya guano?
AJ: piya main defensif sgt first half, tapi saya suka dia, baik budak tu...masa nak balik tadi dia siap jumpa saya lagi...

2. Isu KAFA - Matyo
AJ: dah bayar dan dah selesai, kalau tak selesai, Matyo tak boleh main dalam liga super. Tapi Matyo ni pandai jugak, dia tak pernah jawab isu dia, TMJ tolong jawabkan, tapi betul jugak sebab majikan baru dia mempertahankan anak buah dia je...

3. Rajagopal (RG)
AP: peluang Harimau Malaya (HM) di kelayakan piala asia?
AJ: kalau dalam masa 2 tahun kita tak mampu menang dengan gred B (Piala AFF)bagaimana kita nak menang dengan gred A dalam masa 2 bulan?

AP: siapa suka RG?
AJ: bini dia je suka dia...

AP: siapa layak ganti RG?
AJ: kalau saya sebut, penyokong TRW akan marah, BH mampu! BH memang paling layak, sebab dia berada di liga kita dah lama dan cara dia mengurus skuad TRW memang terbukti di kelas tersendiri, dia memang bijak dan tahu selok-belok pemain2 bolasepak di Malaysia, tapi boleh ke penyokong TRW lepaskan dia? namun, OKS memang hot favourite atas prestasi skuad beliau.

AP: pernah jumpa RG?
AJ: pernah, dia salahkan liga kita yang tidak mempunyai pemain2 yang berkualiti tapi saya bagitau dia, Mokhtar Dahari dan Soh Chin Aun tu datang dari liga mana?

AP: kenapa dia tak ambik piya?
AJ: dia *tttuuuutttt.....* taknak dengar cakap orang

AP: kenapa gagal di piala aff?
AJ: kita main cara long ball, tak boleh main camtu, ketepatan hantaran tu dah lain, main short pass kan senang, hantaran lebih tepat.kalau hantaran jauh, peluang rakan nak ambik bola dan jadi 50-50

AP: dia kenal pemain dia...
AJ: memang arr, tapi pemain dia tak kenal dia pun, dia masih mengharapkan pemain yang menaikkan nama beliau dulu, tapi itu dulu, sekarang dah lain...Safiq, Amar, Kunalan dah tak boleh main dah...kenapa Wan Zack dan Mahali bukan 1st 11? lepas tu kenapa Mahali dapat main semula? sebab Bunyamin main tak bagus lah! sampai ke last game, RG tak dapat kenalpasti siapa 1st 11 yang terbaik...ya, pemain2 itu telah menaikkan beliau, tapi mereka itu juga akan menjatuhkan beliau jugak, tengok lah nanti.

Saya selalu sebut di astro, kita kena buat kajian selalu, tau tak? V. Sundramoorthy ada tengok game tadi? dia datang buat research, bukan sekadar pilih pemain kesukaan je...

Rumusan: berbagai isu semasa yang panas diulas bersama, namun ada bahan2 terlarang yang tak sesuai dibincangkan di sini, namun ada beberapa maksud tersirat yang anda boleh tafsirkan melalui intipati di atas...

Sekian

Sumber: facebook.com

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...