8 Mac 2014 (Sabtu):
Pesawat
MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari
KLIA jam 2:30 pagi tadi dilaporkan tidak mendarat di Beijing mengikut
jadual pada jam 6:30 pagi tadi. Pesawat itu kini tidak dapat dihubungi
dan gagal dikesan.
Kehilangan
MH370 telah membingungkan para pencari dan pengkaji. Teknologi yang
dimiliki oleh manusia sehingga setakat ini masih gagal memberi jawapan.
Ini semua mengingatikan kita bahawa logik yang dimiliki oleh manusia
belum tentu dalam menjawab semua perkara tentang alam ini. Akhirnya kita
akur bahawa Tuhan dengan segala rahsia alamNYA menguasai segalanya.
PadaNYA jua apa yang kita tahu dan kita tidak tahu (petikan dari Dr. MAZA).
Kesabaran dalam ujian itu adalah satu perkara yang sukar kerana ia
melibatkan pelbagai bentuk pengorbanan. Teliti hadis baginda s.a.w ini sebagai pemangkin semangat dalam
diri kita untuk sama-sama tanamkan sifat sabar dalam jiwa:
“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit,
susah hati, sedih, disakiti orang lain dan derita sehingga sebatang duri
menikamnya kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosanya”. (HR
Bukhari)
Akhir sekali, tragedi kehilangan
pesawat MH370 ini, jauhi daripada teori-teori yang karut
bahkan yang boleh sampai ke tahap syirik. Nilai berita dengan baik dan jangan bersangka-sangka kepada mana-mana pihak. Ini adalah peringatan khusus bagi
mereka yang mungkin berada di dalamnya juga peringatan umum kepada semua
manusia sejauh mana pergantungan kita terhadap-Nya dalam kehidupan
kita.
Teruskan Berdoa !!
No comments:
Post a Comment