Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Jom Review Statistik Blog Abe Utk Minggu Ni

terima kasih kawan-kawan atas sudi singgah di blog abe.. "sharing is caring.."

PC Expo 2012 @ Mid Valley


Date : 27 Mei 2012
Time : 11.00 a.m
Place : Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)


Pendrive 8GB (RM14.90) & 4GB (RM9.90)...

so, abe pun beli pendrive (3 unit, hehe) adik2 abe pesan, USB converter utk GTab abe & soket utk high power electrical consumption.. total xsampai RM100..

Kemalangan Drag Racing @ Putrajaya

kejadian pada minit ke-5 dan keatas


Satu tragedi berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.

Sementara itu pemandu kereta berkenaan telah lari dan belum dapat dikesan.

Dilaporkan juga acara untuk motorsikal yang dijadualkan berlansung hari ini dibatalkan ekoran tragedi tersebut.

Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan di Putrajaya yang dikatakan mempunyai 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini.









Sumber : semutmalaysia.blogspot.com & rakan blogger

Chemistry Chain Reaction Within Research & Researcher

Gambar Hiasan

Dari Dr OT..
 
Ko patut melihat research ko juga sesuatu yang sexy. Bayangkan ko dan pasangan ko yang sama2 sexy.... panazz....Ko excited dgn research ko....and full of energy… tak perlu tongkat Ali.... penuh ghairah wpun tanpa kacip Fatimah....bukan muka boring bro… muka tension....muka inferiority complex....

Emm.... camner ler pulak tu?

Jika ko sexy... tajuk research ko mesti HOT... GORGEOUS dan AWESOME... emmm barulah ada attraction.... chemistry chain reaction ! Ko sendiri admire dan tak sabar2 dgn tajuk ko yang “hot”. Kawan2 ko dengar jer tajuk tu terus jeles.... envy.... tak berkelip bijik mata....


Cam tu ker? 

Aku tak nak ulas panjang2..... bagi meringkaskan cerita, aku terima satu email… masih panas lagi bro…. email seorang candidate yang dulunya tak sexy…. tapi segalanya dah mula berubah….alhamdulillah....


Aku copy n paste 99.99% spt yang asal utk ko baca...Aku ucapkan terima kasih kepada penulis email ini moga dapat dihayati oleh researcher yang lain… 


Assalamualikum Dr.
Saya sedar akan kesibukan Dr, tetapi saya amat terpanggil untuk mencoret email pendek ini. 


Tak dapat saya gambarkan betapa banyak yg saya belajar dari siri 1 dan 2 (ini belum baca lagi 4 buku nie) ebook Dr. Ilmu yg diperoleh amat2 banyak. Dlm masa yg sama, proposal saya dah serupa mcm proposal. Sblm ni, ayat punya la berbelit, sy sendiri pun kadang2 garu kepala bila baca balik. Selama 5 bulan saya kusut kepala nak buat research proposal (walaupun sy dpt first class degree). Bagaikan tenggelam punca sbb dulu lebih pada development dan skrg lebih pada research. Selepas baca siri satu dan dua (separa), dan cuba isi RFOT, baru la sy sedar tang mana yg kurang, tang mana yg kena improve. 


Sy dah biasa pakai navigation pane, tapi Mendeley tu mmg AWESOME! Karang nak tunjuk kat sv, 3 chapter terus !! Dulu takut kena komen, la nie rasa mcm tak sabar nak dengar dia komen, kritis, cantas tang mana yg patut. Dulu takut rasa inferior la nie rasa, setiap cantasan dan komen adalah input utk thesis jadi makin mantap. Baru la sy sedar, tak dpt apa2 komen dan kritik, boleh buat hanyut dan shok sendiri.


Saya kini menjadi lebih yakin dengan persedian research proposal saya dan semakin ghairah membaca buku dr dan pada masa yg sama menambah kandungan dan memperbetulkan isi proposal sy. Saya amat2 bersyukur dipertemukan dengan blog Dr dan nampak URL siap thesis cepat tu kat banner blog Dr. Alhamdullilah..... bersyukur sangat2. 


Next step, lepas defend proposal bulan 7 ni, target nak pi bengkel Dr pulak la. Jeles pulak sy tengok muka awek2 dlm buku Dr. tu senyum memanjang ja. Sy pun nak sengih mcm tu jugak :D...hehehehe.


Apa2 pun Dr, syukran jazilan, thank you, terima kasih, xie xie.....


AZS
25/5/2012
 

Potensi Kelapa Sawit Dalam Industri Akuakultur


PULAU PINANG, 18 Mei 2012 – Minyak kelapa sawit mempunyai potensi besar dijadikan sumber alternatif makanan ikan akuatik (aquafeed) yang berupaya memastikan kelestarian dan perkembangan pesat industri akuakultur dan juga industri minyak kelapa sawit itu sendiri.

Prof. Ng Wing Keong, pakar bidang nutrisi akuakultur di Pusat Pengajian Sains Biologi, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata minyak kelapa sawit yang kaya dengan beta karotena, vitamin E dan lipid boleh menggantikan minyak ikan sebagai makanan beberapa spesies ikan tanpa memberikan sebarang kesan negatif kepada ikan tersebut dari segi tumbesaran, kecekapan penggunaan makanan, kemandirian dan kualiti daging.

Tambahnya lagi, sejak tahun 1998, Makmal Nutrisi Ikan di USM telah memulakan penyelidikan yang menyeluruh untuk menilai potensi penggunaan minyak kelapa sawit dalam pengeluaran aquafeed.

"Dalam kajian yang dijalankan, didapati minyak kelapa sawit ternyata mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan minyak tumbuhan yang lain, antaranya ialah ia dapat meningkatkan prestasi tumbesaran spesies ikan seperti ikan keli Afrika. Sehingga kini minyak kelapa sawit juga telah dikaji sebagai rumusan makanan untuk ikan tilapia, ikan keli, karp, salmon Atlantik, ikan trout pelangi dan udang.

“Selain itu, memandangkan minyak kelapa sawit ialah minyak yang paling banyak dihasilkan di dunia, maka kos pengeluarannya lebih rendah dan harganya juga lebih kompetitif, menjadikan pengeluarannya lebih lestari,” kata Prof. Ng.

Hasil penemuan penyelidikan ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian ramai penyelidik dan ahli nutrisi ikan di seluruh dunia tetapi juga syarikat-syarikat besar tempatan dan antarabangsa yang terlibat dalam industri akuakultur ataupun industri aditif makanan.

Prof. Ng berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk "Potensi Penggunaan Minyak Kelapa Sawit dalam Industri Akuakultur Global" yang diadakan untuk memberi penghormatan kepada beliau sempena pelantikan beliau sebagai seorang profesor USM.

Prof. Ng yang menganggotai lembaga editorial tujuh jurnal antarabangsa, dua majalah perdagangan antarabangsa dan dua penerbitan tempatan serta menjadi penilai untuk lebih 200 manuskrip dari seluruh dunia bagi 30 jurnal berwasit yang berlainan, telah dilantik sebagai profesor oleh USM sejak Ogos 2009.

Reputasi beliau sebagai seorang pakar dalam bidang nutrisi akuakultur telah membolehkan beliau dilantik sebagai konsultan penyelidikan dengan syarikat dan organisasi bertaraf antarabangsa, serta sering dijemput untuk memberi ceramah dan mempengerusikan sesi forum saintifik di persidangan kebangsaan dan antarabangsa.

Buat PhD... Jadikan Kenangan Yg Terindah Dalam Hidup Anda!!

macam kenal je note nie..

Dari Dr OT

Sekadar menghilangkan penat marking paper... saya kemukakan 10 sebab kawan anda jeles bila anda buat PhD...

1. Anda kelihatan sibuk memanjang… jarang sms apalagi call kawan anda tu spt biasa…..senang lagi nak jumpa  menteri dari jumpa anda... huh !

2. Bila anda jumpa kawan anda sambil belek2 artikel depan kawan anda tu....dia sehabukpun tak faham  apa yang anda baca…. kadang2 anda sendiripun tak faham...iskh iskh

3. Anda kata anda kerap buat appoinment nak jumpa Prof. tapi selalu tak jadi sebab Prof anda sibuk memanjang... sedang anda jarang jumpa kawan anda sendiri wpun dia free memanjang….dan nak sangat jumpa anda... ohh kejamnyer...

4. Anda kata anda selalu jer buat presentation depan orang ramai….. di conference obersi pulak tu...semua duit geran....pergh .... sedang kawan anda masuk macam2 peraduan nak dapat tiket free melancung..... tak pernah menangpun !! Ohhh tidak...

5. Anda ada kemahiran guna macam2 software terkini macam Mendeley, SAS, SPSS atau EndNote yang buat kawan anda rasa spt dia berada di zaman dinasour ...kawan anda lansung tak tahu amende lah benda2 tu….

6. Anda tiba2 ada ramai kawan fb (DSG lah) serata dunia pulak tu… sedang kawan anda byk tu je kawan dia sejak dulu….kini.. dan selamanya ! 

7. Bila anda berbual di hp anda, mesti keluar term2 yang pelik2… multicollinearity.... parametric… non-parametric ….. sedangkan kawan anda hanya tahu olimpic dan paralympic jer...  tu pun 4 tahun sekali....


8. Zaman dulu paling gempak bila anda gi obersi, ambik pic sebelum raya masuk utusan malaysia pakai tebal2 ada snow kat belakang.... fulamak... (dgn ucapan... "Kami rindukan rendang dan lemang tok wan".. wpun baru 2 minggu jer tinggalkan KLIA) mahu jatuh jantung kawan anda bila lihat pic tu...satu Malaysia baca wooo...


9.  La ni....lagi gempak... semua pic up dated dan tayang dalam fb... tak cukup fb masuk blog...(macam pic bawah ni.. eemmm) malah sempat lagi hantar mms kat kawan....mahu menangis kawan anda siang malam di Rantau Abang.....

Gambar Hiasan semasa Abe di Bangkok

Jeng 3X....yang last...


dan yang paling buat kawan anda JELES giler tahap gaban....tak kira anda buat PhD obersi atau local…. bidang apa sekalipun.... 



Kwang 3X...

10. Anda bakal di panggil Dr Siti, Dr Salina, Dr. Roslan, Dr Wan..... Dr..... sedang kawan anda tu ....tunggu masa bakal dipanggil tok wan jer....(yang rendang dan lemangnya bakal dirindui).... hu hu... 

Moral of the story....
Bersyukurlah kerana anda segelintir rakyat Malaysia yang berjaya menjadi calon PhD... maka siaplah PhD tu cepat2 wei..... kesian kawan anda ..... jgn lah bagi dia menjeles lama sangat !!



Rujukan: drotspss.blogspot.com

Saiful Nang: Berdiri Diatas Kaki Sendiri

Gambar Hiasan
Miskin-miskin ayah saya pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan masuk ke universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual semula pada harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran pengajian di Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam SPM sehingga penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus selepas tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap subsidi kerajaan.

Saya lakukan perkara yang sama. Seorang anak setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten setiap bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti, sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah menampung untuk masuk universiti swasta. Kalau nak masuk universiti swasta luar negara mungkin kena tambah tabungan per bulan bila keadaan ekonomi semakin baik. Setiap anak juga saya dan isteri membuat pelaburan jangkapanjang dalam hartanah supaya growth rate menjadi lebih tinggi dalam tempoh 17 tahun dari sekarang. Ini semua perlukan perancangan yang bijak

Kita belanja tengok Astro First tak komplen pun RM100 sebulan boleh terbang ke sana. Subsribe sport channel dan movie channel pun kita tak komplen, beli rokok sampai 2-3 ratus sebulan pun kita tak buat debat bila harga sentiasa naik nak carum RM100 sebulan untuk pendidikan anak kita terlampau mengharap pada bantuan. Jika anda menabung RM200 sebulan pun dalam unit amanah jangka panjang, dalam 17 tahun anda dah ada lebih 130k dan jika 4-5 orang anak anda masuk universiti kerajaan anak anda dah tak perlu berhutang dengan mana-mana pun.

Debat yang disaksikan tadi ada fakta dari kedua-dua belah pihak tanpa perlu prejudis dengan emosi atau fahaman politik masing-masing. Jika diteruskan PTPTN atau dimansuhkan sekalipun, adakah jika kita mampu melakukan dengan berdikit-dikit dari sekarang kita mahu harapkan bantuan? Kita ada pilihan untuk berusaha dan berrjimat. Bila mana kita lihat pemborosan berlaku dalam kerajaan, kita tuding jari pada mereka. Jika betul pun mereka salah, adakah kita tak lihat kita sendiri masih membazir untuk kita peruntukan sedikit dari pendapatan isirumah untuk kegunaan pada 17 tahun akan datang?

Saya dan isteri sependapat, jika anak kami cemerlang sekalipun dan mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran, kami akan tetap fikirkan bahawa sekiranya kami lepaskan tajaan itu, ada orang yang lebih berhak menerima tajaan itu dapat belajar kerana kita mampu membiayai sendiri pembelajaran anak-anak.

Saya tak pasti kesahihan penyelewengan dalam kerajaan, saya juga tidak pasti ia praktikal untuk memansuhkan PTPTN. Dua-dua pihak ada fakta tersendiri. Maka kami pilih untuk MANDIRI dengan usaha SENDIRI.

Jika kita tak mampu berdiri, jangan salahkan mereka yang mampu berdiri lantaran usaha mereka. Jika kami mampu dan tidak perlu meminta-minta, mengapa perlu kita tebalkan muka meminta-minta. Semiskin-miskin ayah dan emak saya dahulu pun, masih ada perancangan untuk persekolahan anak. Sekurang-kurangnya 12 bulan menabung untuk beli baju sekolah, bayar yuran sekolah, yuuran PIBG dan beli buku bilamana sekolah masuk penggal baru.

Saya bukan ahli politik saya juga tidak prejudis pada mana-mana parti. Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta

oleh: SAIFUL NANG

Nikon Promotion: DSLR vs Compact Camera




kalau DXXXX ni mmg DX Entry level..
DXX DX tanpa motor = Beginner DX
DXX DX dengan motor = Semi-pro DX
DXXX DX body = Pro DX.

Utk FX :
DXXX - Semi Pro FX.
DX - Pro FX Body

p/s comment from facebook:  
entry level is org yg baru nk beli camera..xtau pape sal camera, xtau basic camera..
beginner adalah org yg dh ade camera dan die baru lagi..cth baru satu taun pkai camera..die beginner level..
 
contoh d90 dok mana..semi pro or beginner... klu ikot otai2 kat sini dorang letak d90 kat semi pro..atas alasan ade screen tambahan kat atas.. button byk sket.. body besar sket( besar ke, actually lebih kurang sama dgn entry level, xcaya g tgk sendiri)
klu ikot website dorang ckp d90 beginner level.. so terserah anda nk caya mana..bg aku d90 beginner level...wallahualam..

Kelantan Juara Piala FA 2012

Gambar Ehsan dari Astro

FT: SIME DARBY 0-1 KELANTAN
58' Mohammed Ghaddar (P)

Alhamdulillaaaaaahhh!!! Gema takbir kemenangan akhirnya berjaya dicipta buat kali pertama. Kini....PIALA FA EDISI KE-23 SAH MILIK KITA! TRW JUARAAAAAAAAAA!!!! Lafaz kesyukuran yang tidak terhingga dari kami seluruh rakyat Kelantan... Allahuakbar!!!

Pemburu Burger @ Malaysia

Kali ini abe akan berkongsi mengenai "pemburu burger @ Malaysia".. Setakat ni abe dah berjaya mengenalpasti 3 lokasi 'special burger' yg lain dari yg lain.. mungkin abe akan cuba satu hari nanti burger2 yg terdapat disitu.. sekali kita try dah la.. kalau makan selalu, lain jadinyer.. hehe..


Gerai Zul's Burger yang terletak di Kompleks Makanan MPPP, Lebuh Nipah, berhadapan dengan Kayu Nasi Kandar, berdekatan dengan Hotel Vistana Pulau Pinang.

 wahh..besarnye burger dia..

perghh..

Menu & Harga Burger di Zul's Burger

Gerai no. 2, Kaw-Kaw Burger Bakar  yang terletak di Wangsa Maju Seksyen 2 yang dibuka jam 7:30mlm..

the 11 Tower..

 Menu burger di Kaw-Kaw Burger Bakar..

Gerai no. 3, Lava Grill Burger

ni alamatnye:

LAVA GRILL BURGER (CAWANGAN UPM SERDANG)
JALAN 18/5, TAMAN SRI SERDANG,
43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR DARUL EHSAN.

GPS Coordinate: 3.004772, 101.717072 

Patty Daging Lembu Yang Diperap Dengan Rempah Rahsia..

Memang Terbaik!!!!

 Single Storey Ayam Basic....Sedap tu!!!!


Nombor 'WWW' Terima 18,243 Bidaan

Nilai bidaan-minima RM10,000 (no. bernilai utama) & RM2,000 (no. menarik)

Nilai bidaan-minima RM300 utk no. popular


PUTRAJAYA: Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri "WWW" mencatat rekod baru apabila sebanyak 18,243 bidaan diterima sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, pembidaan itu mencatat hampir empat kali ganda bidaan berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu nombor pendaftaran kenderaan siri "WVW" yang mempunyai 4,750 bidaan.
"Ini memang di luar jangkaan kita. Sehubungan itu, ia akan mengambil masa untuk memproses dan menganalisis bidaan yang diterima. Pegawai kami sedang bertungkus-lumus. Kita tidak mahu ada bidaan yang tertinggal. Kami harap orang ramai faham.
"Keputusan (bidaan) dijangka diumumkan pada 24 Mei nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan 2011-2015 di sini hari ini.

Bidaan bagi nombor pendaftaran siri itu yang dibuka pada 30 April lalu mendapat sambutan luar jangkaan apabila 12,805 bidaan diterima di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, JPJ Bandar Seri Permaisuri (2,362), JPJ Maju Juntion (926) dan Pos (2,150).

Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" dijangka mencatatkan harga paling tinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.

Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. - BERNAMA 
 Nombor Terkini

5 Steps of Snowball Dr. OT

meja pun dah macam kena snowball..hehe

How to find the most relevant articles - Five steps of snowball


Ini ada 5 langkah sbg panduan......

Ada 5 langkah mudah:

1. Dapatkan beberapa artikel terkini dalam bidang kajian ko, katakan tahun 2012 dgn tajuk aricles yang fokus kepada keyword kajian ko..... aku dah ajar camner nak cari journal yang ada articles macam ni dalam entry yang lepas..... inilah yang aku  namakan sebagai pilot articles

2. Ko pergi bahagian Bibliography atau References article2 tersebut.... ko snowball, maksudnya ko cari artikel lain yang relevan dgn kajian ko... yang ada keyword yang sama (atau hampir2 sama) dalam senarai Bibliography atau References pilot articles tersebut katakan ko jumpa artikel tahun 2011, 2010, 2009...semuanya mesti berdasarkan keyword atau variables yang sama dgn kajian ko...

Jgn tak tahu...ko juga boleh snowball articles yang ada tajuk berkaitan method, instrument, theory dll. Contohnya ko nak bina model dgn analisis SEM dgn theory ABC, then ko boleh snowball article2 wpun fokus kajiannya tak berapa sama dgn ko tapi article tersebut kupas tentang SEM dan theory ABC..... ko pun patut cari articles2 sebegini...

3. Seterusnya ko kena baca pilot article tersebut dan kenalpasti article yang di cite pada statement yang releven dalam article pilot ko yang relevan dgn kajian ko... then ko cari kat bahagian Bibliography / Refrences dan dapatkan artikel tersebut...

Ini kerana ada kalanya sukar juga nak tahu kerelevanan article berdasarkan tajuk semata2.... so ko kena scan dan baca article tersebut baru tahu....

4. Katakan ko jumpa artikel tahun 2010, 2011 dan 2009 yang releven dgn kajian ko..... then ko ulangi lagi proses  1,2 dan 3 di atas... tapi kali ini terhadap artikel2 yang ko dah dapat dari snowball tadi...samalah seperti konsep  MLM.....lama2 jadi banyak...sehinggalah ko dapat kumpulkan sebanyak mungkin artikel.... dan tak mustahil dalam satu hari ko dah boleh trace dgn penuh selamba 20, 30 articles....

5. Bukan itu sahaja bro.... ko pun boleh snowball article lain tulisan author yang sama.... dan ko boleh tahu seluruh research author tersebut....dari awal sampai terkini...


Katalah ko nak kaji tentang multimodal animation (Hoban, 2011) dan artikel berikut adalah artikel pilot ko tahun 2011.



Then ko snowball kat Bibliography dan akan dapati ada 7 lagi artikel Hoban (2005 hingga 2011) utk ko baca bagi ko faham apa sahaja berkaitan multimodal animation. Tu baru author yang sama.... pun ko senang2 dah dapat 7....


Ini adalah paparan dari Mendeley desktop aku....


Inilah kerja literature search yang intensive dan extensive yang aku dok bising2 suruh ko buat..... sebelum nak sibuk2 bagi tajuk kajian. Tajuk kajian amende kalau bidang kajian sendiripun tak tahu....bangga dengan Tajuk kajian jer.... happy sungguh bila SV serahkan bulat2 Tajuk kajian.....lepas tu semua tak kena...teori tak ade, instrument tak jumpa... barulah mengelabah wpun ko ada motto "Agi Idup Agi Ngelaban"....

Sukati ko ler.... yang penting barulah aku faham snowball tu..... nak kena bagi tahu budak2 yang baru mendaftar ni.... sure diaorang masih relex cam tak der per2 nak buat....

Bagus ler tu.....sebab itu kerja2 awal mencari artikel penting bro..... once ko dapat beberapa pilot artikel paling terkini utk di snowball...... yang focus kepada kajian ko..... bolehlah ko mula membaca dan menyediakan zero darft ko....sambil melengkapkan RFOT ko....
 

Template Research Framework Dr OT


Atas permintaan, Dr OT sertakan Research Framework OT (RFOT)

Untuk memudahkan anda mengedit, anda boleh download di sini template dalam Microsoft Word.

Klik SINI utk download

Sumber: drotspss.blogspot.com

Dengan Siapa Saya Haram Bersalam


Sumber: Facebook

Isteri Terpelajar Masuk Dapur? Kolotkah itu?

Gambar Hiasan

Oleh: Saiful Nang

Artikel ini saya tulis dengan penuh emosi kerana ia melibatkan orang yang rapat dan saya kenali. Ayah dan arwah ibu saya mungkin bukan orang terpelajar. Emak sekolah curi-curi intai dari tepi tingkap sampai darjah tiga dan tidaklah sampai ke peringkat pandai membaca, hanya sekadar kenal huruf jawi juga huruf rumi tapi tidak pandai membaca sampai hari terakhir arwah emak di dunia. Ayah pula belajar sampai darjah 6 tapi bukanlah seorang pelajar yang baik kerana telahpun bekerja di ladang kopi dari umur 7 tahun lagi.


SOAL PILIH JODOH / MENANTU

Kalau nak ketawa, silakanlah tapi ayah dan arwah emak saya mengamalkan cara tradisional dalam memilih menantu. Ada 2 kriteria utama yang akan dilihat secara keutamaan pada nombor 1 kemudian yang ke-2. Ibu bapa mana yang tak mahu anaknya bahagia. Kriteria pertama kami 4 beradik lelaki akan memperkenalkan pasangan pilihan kami pada ibu bapa kami dahulu. Kes isteri saya, selepas sudah bertunang barulah dapat diizinkan ibu mertua saya untuk bawa isteri saya ke Pahang untuk diperkenalkan pada ibu bapa saya. Alhamdulillah, kriteria pertama dan kedua menepati dan ibu saya sangat sayang dan selesa sekali dengan calon isteri pilihan saya.


Kriteria pertama ialah BERTUDUNG. Walaupun isteri saya bertudung litup, saya pernah juga argue pada ibu bapa saya, terima sahajalah calon yang saya bawa walaupun tidak bertudung, boleh jadi hidayah akan sampai selepas berkahwin nanti. Rupanya, kini saya sedar dan saya silap. Rasionalnya ialah, jika seseorang yang bertudung itu adalah satu gambaran luaran sebelum mengenali hati budi bahawa bertudung itu adalah ciri-ciri seorang wanita yang menjaga kehormatannya dan pastinya selepas berkahwin akan terus menjaga kehormatannya juga maruah suaminya. Secara rasional, pastinya ibu bapa saya tidak mengenali calon isteri yang saya pilih kecuali dinilai dari pandangan pertama. Di sini isteri saya Alhamdulillah melepasi kriteria yang diberi. Bukan sekadar bertudung, pakaiannya juga tidaklah ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tudungnya pula tidaklah seperti tudung Siti mahupun "Kak Rosmah" kita.


Walaubagaimanapun, sebelum itu, calon isteri yang abang saya bawa tidak menepati kriteria ini. Ibu dan ayah saya tetap positif untuk mempertimbangkan kriteria kedua iaitu...PANDAI MEMASAK.Kakak ipar saya yang gagal menepati kriteria pertama masuk ke peringkat ke-2 dan Alhamdulillah, kakak ipar saya memang seorang wanita yang pandai memasak.


Saya juga pernah argue perkara ini. "Alaa emak dan ayah ni, orang sekarang semua dah ada kerjaya, makan dan minum semua kat kedai jer yang penting hidup cukup makan sudah lah".Ayah saya menjawap "Nanti engkau tahu lah..." dan tidak mengulas panjang. Rupanya kini saya faham, jika calon isteri yang dipilih itu pandai memasak, pastinya telah didik untuk memasak dan memenangi hati Si Suami. Jika untuk survival, saya tak fikir ada wanita yang akan memasak sendiri kecuali berada di luar negara, itupun kerana tiada pilihan. Maka dengan itu, kriteria kedua ini hanyalah satu petanda bahawa seorang calon isteri itu telah dididik untuk mengurus rumahtangga. Selebihnya seperti kerja mengemas rumah, mengasuh anak itu pastinya akan dinilai dari cara memasak, penyusunan, kebersihan dan juga susunan rasa yang dicipta dalam makanan itu sendiri.


Kakak Ipar saya berjaya dapat A untuk ini. Sementara isteri saya pula tidak diuji di peringkat ke-2 ini kerana telah lulus cemerlang di peringkat pertama. Cuma sekadar emak dan ayah mengusik mesra mengatakan "Saiful ni suka makan kat rumah, dia tak suka makan kat luar...Intan kenalah memasak nanti"


Intan : Gulppp.... (Senyum sahaja)

Saya : (Senyum jer dalam hati berkata...perlu ke nak memasak?)


Isteri saya orang terpelajar. Sekolah tinggi sampai ke peringkat Ph.D di universiti terbaik dunia di Cambridge University, United Kingdom. Dalam hati saya, saya kurang percaya dan bukanlah satu keperluan untuk saya katakan isteri saya perlu memasak untuk saya nanti selepas berkahwin. Selepas kami berkahwin, selama setahun dapur kami hanya berasap ketika ibu dan ayah saya datang melawat. Arwah emak yang masakkan. Isteri saya tak memasakpun dan emak cuma sekadar mengusik sahaja..."Abang Saiful ni kurus jer dia, Intan kena masak ni bagi dia gemuk sikit" (Padahal ketika itu saya dah masuk dalam kategori awal overweight dah). Saya kurang teliti maksud sebenar kata-kata itu hanya sekadar menganggap itu satu gurauan sahaja.


Selepas ibu saya menghembuskan nafas terakhir, barulah saya sedar antara satu perkara yang paling besar saya hilang ialah masakan airtangan seorang ibu. Sehingga kini saya masih merasakan masakan ibu sayalah yang terbaik dan saya terfikir, apabila isteri saya nanti "pergi" apakah masakan itu tidak langsung menjadi satu ingatan anak-anak saya nanti jika kami meneruskan makan di luar sahaja. Chef ternama dunia yang masakannya pernah saya rasai kehebatannya masih belum dapat menawarkan rasa segar lidah saya memakan masakan arwah ibu yang telah lama pergi.


Selepas dari itu, saya membuat keputusan untuk mengurangkan makan di luar. Lalu, SAYA SENDIRI MEMASAK di rumah. Isteri saya setuju untuk saya memasak dan isteri saya akan mengemas. Kerana saya memasak memang style mamak. Ketung ketang ketung ketang....siap. Tapi dapur dan singki memang sangat huru hara saya buat. Selepas beberapa kali saya memasak di rumah, isteri saya mula turun tangan menolong memotong bawang dan menyediakan bahan. Tidak lama selepas itu, isteri saya mula mengambil inisiatif apabila saya mula lihat beliau mula memuat turun banyak resipi-resipi masakan dari internet. Itu sudah satu petanda bagus. Satu hari, saya pulang kerja saya lihat "DR. INTAN SALWANI, PH.D Cambridge University, Chem. Eng." (Jangan ingat ini nak tayang, tapi sekadar jadi contoh atau analogi golongan yang terpelajar) memasak di dapur. Saya tersenyum dan saya bangga dengan beliau. Masih lagi saya terasa lazatnya gulai MASIN yang beliau masak dan saya dengan senyuman terus memuji..."Sedapnya you masak...kalau hari-hari macam ni, i boleh jadi obes". Selepas beberapa hari isteri saya memasak. Saya bertanya..

"Intan, u masak ni pasal u sayang kat i kan?". Isteri saya menjawab..."Semestinya lah, tapi satu lagi kerana kalau u masak, dapur bersepah i kena buat kerja lebih dari i sendiri yang masak"

Saya : (Senyum...walaupun disindir).

Alhamdulillah, sudah lebih 5 tahun kami berkahwin, dan 50% makanan yang masuk dalam perut kami sekeluarga adalah adunan rasa yang dimasak oleh isteri saya sendiri di sebalik kesibukan kerja beliau sebagai seorang pensyarah kanan di UPM. Juga sibuk dengan urusan anak-anak dan kini mengandung anak kami yang ke-3 saya tahu itu semua satu yang kurang praktikal untuk isteri saya lakukan. Saya berkompromi dan tidak pernah memaksa isteri saya memasak untuk kami sekeluarga sekiranya beliau memang tidak larat. Tapi saya hormatinya semangatnya, kerana isteri saya masih menggagahkan diri untuk terus berkhidmat sebagai seorang ORANG DAPUR YANG TERPELAJAR. Juga seorang CIKGU untuk anak-anak saya dan bayaran yang saya berikan hanyalah mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi pada isteri dan anak-anak kami.


Sudah lebih 5 tahun, dengan kesibukan isteri saya juga tidak pernah pula saya memakai baju kemeja tidak diseterika atau pakai baju yang sama dan tidak berbasuh pada dua hari berturut-turut. Jarang sangat hari yang saya balik kepenatan di rumah tiada segelas air sejuk dihidang. Walaupun hanya air sejuk, rasanya sangat manis dengan senyuman isteri yang menghidangkannya. Semuanya diuruskan dan perkhidmatan isteri saya pada saya dan anak-anak adalah satu pengorbanan besar dan saya secara patut pasti akan membalas pengorbanan itu dengan pengorbanan dari diri saya sendiri untuk terus menyayangi isteri saya dan keluarga saya. Alhamdulillah, Kami saling berbagi kami saling faham memahami.


Saya minta maaf jika anda yang kurang sependapat dengan saya, tapi saya rasakan kasih sayang saya pada isteri saya kini jauh lebih hebat berbanding pada tahun pertama kami berkahwin. Saya seronok bila anak-anak menjerit dan melonjak seronok bila CHEF peribadi kami mengumumkan akan memasak menu kegemaran anak-anak kami. Saya sering mahu menitiskan airmata kerana saya melihat diri saya sendiri pada anak-anak saya apabila arwah ibu saya dahulu mahu memasakkan menu yang saya sukai. Saya masih terasa ia hanya berlaku semalam sahaja bila saya dijamu makanan kegemaran saya setiap kali saya balik ke rumah bercuti dari sekolah berasrama. Saya mula faham mengapa ibu dan ayah saya begitu menitik beratkan perkara ini. Jika memasak itu dapat diaturkan, disiplin dalam pemasakan itu juga membentuk rumahtangga ibu bapa kami.


Ibu dan bapa saya seumpama timur dan barat yang tidak sehaluan dalam banyak perkara. Mereka bertengkar hampir setiap hari tetapi tidak pernah sehingga ibu saya meninggal, ayah meninggalkan ibu saya tidur bersendirian. Gaduh, merajuk dan memujuk semuanya berlaku apabila ibu saya tetap tidak melupakan tanggungjawab memasak dan ayah saya akan balik semula dan berbaik di meja makan kami.


Sesibuk mana pun saya, saya sentiasa cuba meluangkan makan malam dan sarapan bersama sekeluarga. Saya kini jelas dan faham mengapa dahulu orang-orang lama meletakkan 2 kriteria di atas dalam memilih pasangan hidup. Rupanya ia bukanlah mengada-ngada tetapi ia masih praktikal pada zaman moden sekarang ini.


Betul orang tua berkata, pikat hati suami, menangilah perutnya dahulu. Ia kelihatan kelakar tetapi tidak sama hasil airtangan orang yang memikirkan laba dan untung berbanding penyediaan makanan yang dibuat secara terbaik oleh seorang ibu untuk anak-anak dan suaminya yang semuanya dimasak dengan teliti. Tidak perlu nasi tangas, tidak perlu pizza hut, tidak perlu makan di restoran mahal...jika ia datang dari orang yang kita sayang, makanan masin pun enak dikunyah.


Saya kembali pada fahaman tradisional orang lama. Saya kurang pasti anda juga begitu.  Jika saya masih lagi segar dan masih terasa di lidah mengunyah makanan ibu yang telah lama pergi, anak-anak saya juga pasti akan merindui masakan ibunya TIDAK KIRA SEJAUH MANA MEREKA BERADA nanti.


Makanan bukanlah satu perkara besar, tetapi ia seakan-akan satu pengikat kasih dalam rumahtangga. Semasa saya menaip ini, saya sedang merasakan kehebatan airtangan hidangan isteri walau hanya segelas air sejuk dan ada juga yang telah berumahtangga lama tetapi tidak pula merasakan apa yang saya rasakan. Rumahku, syurgaku.

Terima kasih ibu dan ayah yang telah memberikan kami satu pelajaran hidup yang sangat besar ertinya setelah pelajaran itu saya laluinya sendiri dan merasainya sendiri. Walaupun ayah dan emak tidak terpelajar, pada hari ini saya tetap bangga dengan emak dan ayah. Saya bangga dibesarkan oleh emak dan ayah walaupun dalam keadaan serba miskin, tetapi emak dan ayah tak pernah miskin kasih sayang. Sekarang apabila saya tanyakan kembali kenapa 2 kriteria itu jadi keutamaan, ayah minta saya jawap sendiri. Jika sudah mampu menjaga diri dan kehormatan diri pasti pandai menjaga maruah suami, pasti pandai menjaga suami. Jika suruhan Allah boleh dipatuhi, taat kepada suami juga adalah salah satu suruhan Allah yang seorang isteri perlu buat disamping solat dan puasanya, selebihnya isteri boleh ke syurga dengan mana-mana jalan yang dimahukan. Jika kriteria pertama BELUM dipenuhi, kriteria ke-dua menandakan isteri sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan pada suaminya sebagai isteri yang taat. Pasti jika suaminya seorang yang beriman, kriteria pertama akan mudah diikuti jika itu dari seruan Si Suami. Contoh terdekat ialah kakak ipar saya sendiri yang lantas bertudung kerana suami (Abang sulong saya) mahukan aurat isterinya menjadi tatapan ekslusif beliau dan muhrimnya sahaja.


Ada logiknya dan sangat-sangat logik untuk difahami. Kini baru saya fahaminya mengapa orang tua berfahaman sebegitu tradisional. Rupanya ia untuk mewujudkan satu suasana syurga dalam rumahtangga dengan anak dan isteri menjadi bidadari-bidadarinya.


Jika anda rasa artikel ini baik untuk anda kongsikan. Jangan segan jangan malu...klik sahaja LIKE dan SHARE kan sahaja pada orang yang anda rasa baik untuk anda berkongsi.


Salam bahagia semua.


Sumber: facebook.com/saiful-nang

Keutamaan Hari Jumaat

Gambar Hiasan

Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya:

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.[HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

[4] Keempat. Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855]

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856]

Kelima. Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Ashar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852] Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akahir saat-saat tersebut setelah Ashar"

[5]. PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu;

Pertama : Sholat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan sholat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [Al Jumu’ah: 9]

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ.

"(Shalat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit" [6] Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ

"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4] b). Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857] Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ.

"(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] c). Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ.

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan sholat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ.

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami sholat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (sholat) Jum’at." [HR Muslim, no. 652] Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ. "Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya." [7] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ.

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik." [8] d). Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu,

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ.

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan sholat Jum’at, kemudian (selesai sholat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858] (Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah sholat Jum’at sebelum matahari tergelincir). Kedua. Khuthbah Jum’at. a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.

"Sholatlah sebagaimana kalian melihat aku shalat." [HR Al-Bukhari, no. 605] Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan sholat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum sholat.
 
Sumber: facebook.com/shamkamikaze

Harus Memiliki 3 "Kunci" Sebelum Bernikah


Bismillah, perkongsian ini dimajukan.

Paparan berita di media cetak, elektronik dan maya hari ini serba sedikit menarik perhatian kita sejenak. Tajuknya yang mungkin sensitif  bagi sebahagian kita, tetapi itulah realiti yang ada. Menurut kajian yang dibuat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) seramai 2.5 juta penduduk di negara Malaysia yang berumur 25 tahun ke atas tidak berkahwin dengan beberapa faktor yang dinyatakan.



Saya terfikir dan merenung seketika pagi tadi. Akal berfikir jauh seolah-olah mengamati realiti itu. Ya. Sebenarnya soal jodoh, perkahwinan dan pembentukan keluarga itu sangat-sangat dekat dengan kita semua. Semua orang punyai impian, hasrat dan harapan untuk melalui fasa-fasa itu bukan?

Anda pula bagaimana?

Tengah harinya, saya seperti biasa keluar makan tengahari bersama rakan-rakan di kedai makan beramai-ramai. Biasalah, banyak juga perkara yang kami sembang-sembang dan bual-bualkan. Tiba-tiba, salah seorang daripada kami berkongsi sesuatu.

“ Sebelum berkahwin, biasanya seseorang itu perlu ada tiga “kunci”,” Kata seorang sahabat saya. Ajuan pertanyaan kepada kami semua yang ada.

“ Apa tiga kunci itu?,” Sampuk seorang daripada kami.

“ Haa.. cuba teka,” Katanya.

Semua berfikir-fikir sambil berusaha menjawab. Bicara kami diteruskan sambil menikmati juadah rojak ayam dan nasi ayam di kedai D’Bagan yang sangat menyelerakan.


Terus dia berkata :

“ Pertama, kunci pejabat,”

“ Kedua, kunci kereta,”

“ Ketiga, kunci rumah,”


Kemudian dengan spontan saya berkata, :

“ Ada satu lagi, cuba teka?,”

“ Kunci Syurga!,” Ada yang cuba menambah.


Saya tersenyum sambil menyuap makan ke mulut.

“ Ada satu lagi, tahu apa dia ?,”

“ Kunci spare!,” Kata Saya.

Masing-masing ternaik kening dan riak muka sedikit teruja. – Smile -


Kita, kita dan Perkahwinan

Saya menerima beberapa perkongsian, pertanyaan dan diskusi daripada beberapa orang adik-adik dan sahabat-sahabat agar dapat share sedikit berkaitan alam rumah tangga. Menariknya, ada dikalangan mereka begitu bersemangat untuk melangkah ke fasa persediaan untuk mendirikan rumahtangga serta alam pertunangan. Alhamdulillah, ia adalah suatu mind setting yang baik.

“ We get married to increase our iman,” Itulah kata-kata Hisham Al-Awady yang memikat hati saya.

Sebelum mendirikan rumahtangga, itulah yang tertanam dalam jiwa saya bahawa perkahwinan yang akan dilalui itu adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, antara perkara yang saya perolehi yang paling ketara selepas berkahwin ialah ibadah yang lebih khusyuk dan tenang.

Fasa-fasa yang dilalui dalam kehidupan bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan seterusnya melangkah ke alam dewasa menjadi sesuatu yang akan dilalui bagi setiap insan di dunia ini. Fasa-fasa ini adalah titik perubahan yang meninggalkan pengaruh, kesan dan bekas kepada setiap manusia yang mengalaminya.

Begitu juga, dalam konteks alam rumah tangga. Setiap manusia yang normal, secara fitrahnya memiliki hasrat dan keinginan untuk mendirikan rumah tangga. Impian untuk mempunyai pendamping hidup, peneman dan insan yang dikasihi serta disayangi secara lebih dekat itu dengan suasana hidup secara bersama. Mereka ingin dikat serta berkongsi hidup secara halal, suci, bersih dan sah. Namun, suatu persoalan yang harus jelas tertanam dalam benak kita ialah apakah sebenarnya tujuan kita mendirikan rumahtangga ini?

Sejujurnya, saya sendiri tidak pasti sebelum ini adakah saya benar-benar bersedia atau tidak di saat melangkah kaki ke alam rumah tangga. Namun, dengan ilmu serta pengalaman yang amat-amat sedikit dan terbatas saya melalui dengan penuh usaha untuk lakukan yang terbaik serta meletakan sepenuhnya pergantungan hanya kepada Allah SWT. Kepada-Nya jualah diri ini kembali.

Dan, selain itu juga hasilnya ialah tanggapan saya tentang dunia perkahwinan sebelum berkahwin amat berbeza dengan tanggapan saya tentang alam perkahwinan selepas melaluinya.

Mungkin benarlah, apa yang murabbi saya sebut : “ Lalui dunia perkahwinan dengan persepsi yang sederhana, dan di saat-saat melaluinya teruslah belajar dan belajar serta perbaiki diri dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.”

Justeru, apakah yang seharusnya kita lakukan?

Wallahu’alam, berdasarkan bual bicara bersama mereka-mereka yang telah lama dalam fasa ini – bersedialah bersungguh-sungguh sebelum melangkah ke alam berumah tangga. Ia meliputi minda, hati, fizikal dan rohani. Saya ringkaskan ia berdasarkan apa yang pernah dikongsikan oleh murabbi saya melalui cetusan pandangan oleh Sheikh Hisham al-Wady. Katanya 3 kunci persediaan yang harus ada bagi bakal pengantin sebelum mendirikan rumah tangga iaitu :

(1) Memahami dan mendalami Deen Islam sebagai cara hidup
(2) Mengamati dan fahami perbezaan antara lelaki dan perempuan (Serius : Hal ini sangat-sangat penting & ramai yang terlepas pandang)
(3) Mengutip kefahaman sedalamnya tentang dunia perkahwinan itu sendiri

Dan, antara persediaan dan persiapan yang paling penting ialah persediaan kejiwaan. Di sinilah titik kekuatan yang paling utuh dan ampuh dalam menghadapi segala ujian, dugaan dan cabaran alam rumahtangga kelak.

Di masa mendatang, saya berhajat untuk kongsikan buku-buku serta bahan bacaan yang amat sesuai untuk dijadikan rujukan sebagai persiapan sebelum mendirikan rumahtangga. InsyaAllah, ia akan disusun, dirumuskan dan dikongsikan nanti.

Sekadar itu sahaja yang mampu saya kongsikan saat ini, semoga ianya bermanfaat.
Kunci terpenting dalam mendirikan rumah tangga ialah
 memiliki kunci hati sendiri

Nota : Setelah setahun berkahwin, saya lebih berhati-hati dan cermat dalam menulis tentang dunia perkahwinan. Di sana terdapat banyak perkara yang semakin hari semakin banyak perkara yang saya timba, belajar dan telusuri. Banyak perkara yang saya tidak tahu, tidak tahu dan tidak tahu. Setiap hari ada debaran bagi pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga. Itu perasaan saya. Wallahu’alam.

BroHamzah
9 Mei 2012
Semakin Hari Semakin Sayang - Menuju Usrah Cinta 

Sumber rujukan: brohamzah.blogspot.com

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...