Saiful Nang: Berdiri Diatas Kaki Sendiri
Gambar Hiasan
Miskin-miskin
ayah saya pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan
masuk ke universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual
semula pada harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran
pengajian di Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam
SPM sehingga penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus
selepas tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap
subsidi kerajaan.
Saya lakukan perkara yang sama. Seorang anak
setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten setiap
bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti,
sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah
menampung untuk masuk universiti swasta. Kalau nak masuk universiti
swasta luar negara mungkin kena tambah tabungan per bulan bila keadaan
ekonomi semakin baik. Setiap anak juga saya dan isteri membuat pelaburan
jangkapanjang dalam hartanah supaya growth rate menjadi lebih tinggi
dalam tempoh 17 tahun dari sekarang. Ini semua perlukan perancangan yang
bijak
Kita belanja tengok Astro First tak komplen pun RM100
sebulan boleh terbang ke sana. Subsribe sport channel dan movie channel
pun kita tak komplen, beli rokok sampai 2-3 ratus sebulan pun kita tak
buat debat bila harga sentiasa naik nak carum RM100 sebulan untuk
pendidikan anak kita terlampau mengharap pada bantuan. Jika anda
menabung RM200 sebulan pun dalam unit amanah jangka panjang, dalam 17
tahun anda dah ada lebih 130k dan jika 4-5 orang anak anda masuk
universiti kerajaan anak anda dah tak perlu berhutang dengan mana-mana
pun.
Debat yang disaksikan tadi ada fakta dari kedua-dua belah
pihak tanpa perlu prejudis dengan emosi atau fahaman politik
masing-masing. Jika diteruskan PTPTN atau dimansuhkan sekalipun, adakah
jika kita mampu melakukan dengan berdikit-dikit dari sekarang kita mahu
harapkan bantuan? Kita ada pilihan untuk berusaha dan berrjimat. Bila
mana kita lihat pemborosan berlaku dalam kerajaan, kita tuding jari pada
mereka. Jika betul pun mereka salah, adakah kita tak lihat kita sendiri
masih membazir untuk kita peruntukan sedikit dari pendapatan isirumah
untuk kegunaan pada 17 tahun akan datang?
Saya dan isteri
sependapat, jika anak kami cemerlang sekalipun dan mendapat tajaan untuk
melanjutkan pelajaran, kami akan tetap fikirkan bahawa sekiranya kami
lepaskan tajaan itu, ada orang yang lebih berhak menerima tajaan itu
dapat belajar kerana kita mampu membiayai sendiri pembelajaran
anak-anak.
Saya tak pasti kesahihan penyelewengan dalam
kerajaan, saya juga tidak pasti ia praktikal untuk memansuhkan PTPTN.
Dua-dua pihak ada fakta tersendiri. Maka kami pilih untuk MANDIRI dengan
usaha SENDIRI.
Jika kita tak mampu berdiri, jangan salahkan
mereka yang mampu berdiri lantaran usaha mereka. Jika kami mampu dan
tidak perlu meminta-minta, mengapa perlu kita tebalkan muka
meminta-minta. Semiskin-miskin ayah dan emak saya dahulu pun, masih ada
perancangan untuk persekolahan anak. Sekurang-kurangnya 12 bulan
menabung untuk beli baju sekolah, bayar yuran sekolah, yuuran PIBG dan
beli buku bilamana sekolah masuk penggal baru.
Saya bukan ahli politik saya juga tidak prejudis pada mana-mana parti. Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta
oleh: SAIFUL NANG
No comments:
Post a Comment