Sekadar Renungan..(Petikan Dari Blog Dr OT)
Aku nak kongsi 10 scenario
berikut dgn pembaca termasuk pelajar PhD dan Master yang perlu berhati2 supaya
FB yang mula dilancarkan sejak 2004 tak menjadi pencuri masa anda…. Dgn
membuat sesuatu yang unnecessarily…dan tak signifikan kepada progress kajian dan penulisan thesis
Pertama:
Mula2 wujud rasa rasa ketinggalan zaman bila semua org mengguna
dan bercakap pasal fb, sedangkan kita masih tak ada fb.
Kedua:
Oleh kerana tak mahu ketinggalan zaman, mulalah berjinak2
dgn fb…. Mulalah membaca post orang lain…. Then excited ler pulak……dan sedikit
tercabar….Emmm….
Ketiga:
Mulalah aktif dgn fb ni…. tunjuk pic
sempoi2….. then pic
anak kalau dah ada anaklah…..then pic kat rumah tgh masak asam
pedas….then pic
kat ofis… pic pergi shopping….pic pergi picnic… pic pergi obersi…. Pic
itu dan
ini……lama-lama…pic kucing tido, pic buat cekodok pun nak di post
kan......wujud perasaan “aku nak tunjukkan aku buat ini dan itu, dapat
ini dan itu, pergi sini dan situ…”
Keempat:
Bila setiap post mendapat pujian, “like” tanpa disedari akan
wujud sedikit perasan “wow” dalam diri….
Kelima:
Dalam masa yang sama apabila membaca
post orang lain…. Yang nampak “dasyat” akan mencuit perasaan sendiri
sehingga wujud semacam satu
“competition” sapa yang boleh tunjukkan sesuatu yang “dapat menarik
perhatian”
orang lain membacanya… bagi mendapatkan banyak NOTIFICATIONS, MESSAGES
dan FRIEND REQUEST.....mulalah persaingan secara tak sedar….. supaya
pembaca
membaca post tersebut…semuanya utk satu tujuan….”impress” kan orang lain
kepada diri sendiri!!
Keenam:
Jgn tak tahu bro… ada yang setiap saat
up date status dalam
FB dengan memaparkan apa sahaja yang dia buat…. Bangun tidor… gosok
gigi…
siapkan sarapan…. tersekat dalam jam… makan tengahari….dapat hadiah…..
makan
malam…. Phew…. sehinggalah sampai cerita "Aku dan hubby nak masuk tido..
he he..." mujurlah tak ada kisah dalam selimut….Dan setiap kerja
yang dibuat mesti otak berlegar2 camner nak di “facebook” kan ….Dah
macam program
reality ….. semuanya supaya dibaca oleh orang lain secara “real-time”
fuhh!!
Ketujuh:
Bila buka komputer jer….. WAJIB buka facebook dulu….. jika
tidak tak boleh buat kerja lain…. Betul tak?
Kelapan:
Dulu ada pic kita simpan jer….. buat tatapan sendiri.,, syok
sendiri….sekarang, senang2 boleh share pic tersebut bila post kat wall facebook
sendiri atau wall kawan…. Emmm… incredible… contohnya seperti sengaja post
ucapan selamat tinggal kepada kereta lama (sebab nak bagi tau semua orang “aku
beli kereta baru”) atau sengaja post pic baju raya anak2 (sebab nak bagi tau
“baju anak2 aku semua branded”) atau post kan lauk pauk atas meja (sebab nak
bagi tau “aku pandai masak – ko pandai ker?”) dan lain2…. Ko tambahlah
sendiri…. Semua ini terselit rasa “gah” pada diri sendiri …Jangan tak tahu bro…. ada yang mengambil pic bukan utk
tatapan sendiri tetapi mengambil pic khas utk dipaparkan dalam fb dan tag segala kawan yang dikenali !!
Kesembilan:
Ini adalah satu tahap yang mana pengguna
fb merasakan spt satu "kewajipan" utk update status dan melaporkan
setiap yang dibuat di fb! Rasa resah
jika tiada yang boleh dikongsi dalam fb dan terasa bersalah jika ini
berlaku.
Akhirnya bukan fb lagi menjadi wacana berkomunikasi dan berkongsi
maklumat tapi
akhirnya menjadi "beban" ciptaan sendiri yang akhir
tidak mendatangkan apa2 yang signifikan pun kepada research dan kemajuan
tesis anda, kepada pembaca selain.... membuang masa.....dan mengundang
gloating showoff.... tanpa disedari....wpun ada yang pasti tak setuju
dengan aku...
Kesepuluh:
Paling best wujud kumpulan yang mula2 "just for fun" dan "saja isi masa lapang" dan "boring tak buat apa" tapi tak disedari akhirnya kemaruk fb.... ko tulis aku komen... sebab bila aku tulis ko pun rajin komen... he he. Ini ditambah dengan sekumpulan yang tak suka post tapi suka baca... dan suka komen... apalagi naik tochanglah kumpulan kemaruk tu...sampai tunjuk dalam fb benda pelik2 termasuklah berus gigi anak, stokin suami yang lusuh, baju tidor.... patutlah sampai ada kes ibu suruh anak kecik gi kedai sendirian sebab asyik dengan fb... mudah2 tak sampai ler ke tahap itu...
Abis bro... fb ni tak baik lah?
Yang tak baik bila dah kemaruk.... bukan setakat kat rumah, kat ofispun asyik tersengeh melayari FB.... dan tak hairanlah byk ofis dah sekat FB....bayangkan sambil menaip surat sambil layan FB.... jika tidak sekat FB ni.... bangkrup ler company.... dan ko jgn tak tahu... selain temuduga utk pekerja baru...employer dah mula siasat FB bakal2 employee... dan kalau bakal2 employee ni kemaruk FB.... mintak maaf ler..... "you are fired" wpun belum dapat kerja tu lagi.....memanglah asalnya Fb ni mmg baik dan informatif jika dikendalikan secara wajar....sama macam makan nasi... wajar makan nasi ketika lapar... tapi kalau makan tak henti-henti.....dari meja makan bawak ke bilik tidor.....boleh bawa mudarat ....mati terlebih makan..... mudah2an jadi peringatan bersama....

Sumber: OT
No comments:
Post a Comment