Program
''Qiam With Me'' bersama KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan, Sultan
Muhammad ke-V pada hari Khamis, 9 Ogos 2012 bertempat di Istana Negeri,
Kubang Kerian. Program solat tahajud akan bermula seawal jam 3.00 pagi.
Muslimin dan muslimat turut dijemput hadir.
Satu kemajuan yang
ditunjukkan oleh Baginda Tuanku dalam usaha memperkembangkan syiar Islam
di samping mengajak rakyat tak kira keturunan dan pangkat untuk
sama-sama melaksanakan tuntutan ibadah sunat terbesar dalam syari'at
Islam iaitu solat malam atau qiamullail. Jarang kita dengar pemimpin
yang mengajak rakyat untuk rukuk dan sujud bersama-sama mengabdikan diri
kepada Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung di sepertiga malam sebegini,
tatkala sekalian manusia sedang asyik lena dibuai mimpi. Justeru,
marilah kita sama-sama mengimarahkan program ini dengan hati yang penuh
khusyuk, tunduk dan ikhlas kerana-Nya. Semoga diri kita, keluarga kita,
pemimpin kita dan negeri kita sentiasa
diberi keberkatan dari langit, sentiasa di dalam kerahmatan berpanjangan
dari-Nya serta beroleh keredhaan di dunia dan tempat tinggal kekal di
akhirat kita nanti. Selamanya "ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT
DIPAYUNG".
Alhamdulillah, di tengah-tengah kesibukan dunia
akhir zaman seperti hari ini, as-sunnah terus dihidupkan, corak
pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin terus direalisasikan, gaya kehidupan
Islam sebagai ''way of life'' terus istiqamah diamalkan. Barokallah....
No comments:
Post a Comment