Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Shamsuddin Kadir: "Nanti apa kata orang?"

gambar hiasan.. hehe


Dari kajian yang kami buat, majoriti orang yang lebih banyak duit ataupun orang yang tidak banyak berbelanja adalah orang yang tidak suka ikut gaya hidup orang lain. Di mana mereka berbelanja mengikut apa yang mereka fikirkan yang memberi manfaat kepada mereka, bukan kerana ingin mendapat perhatian orang lain.

Manakala, majoriti orang yang menanggung bebanan hidup yang berlebihan, adalah orang yang hidup dengan kata-kata keramat di bawah:

"Nanti apa kata orang?"

Apa sahaja yang ingin dilakukan, dinilai dahulu nanti apa kata orang lain.

Sehingga, sekarang sudah ada orang merasakan malu untuk tidak membeli kuih raya bagi dihidangkan kepada tetamu walaupun ketika itu tuan rumah sebenarnya tidak ada duit yang berlebihan.

Kini, bertambah-tambah anak-anak muda berkahwin dengan mengambil pinjaman peribadi supaya majis perkahwinan nanti di buat selepas mengambil kira 'nanti apa kata orang lain'.

Kini, bertambah-tambah orang yang menukarkan perabot rumah, langsir ketika raya, kerana risau nanti apa kata orang lain.

Kini, berlumba-lumba sebahagian ibu bapa mengejar anak-anak mereka supaya mendapat 5A UPSR takut nanti apa kata orang lain, kalau anak mereka tidak dapat 5 A. Walaupun sudah terdapat banyak sangat kajian yang mengatakan ciri-ciri orang yang berjaya dalam kehidupan mereka kelak, bukannya orang yang mendapat semua A di dalam peperiksaan.

Kini, bertambah-tambah orang menukarkan handfon bagi mendapatkan 'smartphone' takut nanti apa kata orang lain, walaupun handfon lama masih elok dan tiada keperluan menukarkan yang baru.

Kini, berlumba-lumba sebahagian rakyat yang menukarkan kereta 1 - 2 bulan sebelum perayaan, takut nanti apa kata orang apabila masih pakai kereta yang sudah lama.

Hidup ini kosnya tinggi, apabila kita ingin hidup dengan perasaan takut nanti apa kata orang lain.

Lain sekolah, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan.

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...