Terdapat satu
istilah iaitu LLB atau look
like busy, buat-buat sibuk. Walaupun, kelihatan sibuk, namun, itu semua
adalah lakonan tanpa sedar. Mengapa dikatakan begitu, ini kerana
sebagai pekerja kadang-kala kita tidak pandai untuk menguruskan masa
dengan baik. Masa bekerja telah dicampur adukkan dengan perkara yang
tidak productive. Contohnya, bergosip, minum lama di gerai dan
sebagainya.
Sekarang, cabaran pekerja menjadi
semakin hebat. Selain bersosial sesama rakan sekerja, mereka juga
bersosial di telefon yang semakin 'pintar'. Kewujudan laman sosial
seperti facebook, tweeter, Instagram, Wechat dan Line akan memparahkan
lagi pengurusan waktu dikalangan pekerja. Menurut laporan Nicholas Cheng
dan Rahimy Rahim (2013), di dalam satu artikel di dalam akhbar the
Star, pekerja di Malaysia hanya bekerja 4 jam sehari, manakala bakinya
dihabiskan untuk 2 jam berlaman sosial dan 2 jam lagi untuk merokok,
berehat dan berbual bersama rakan sekerja.
# Secara
kesimpulannya, sebagai pekerja atau pelajar, kita perlu memperbaiki diri untuk
menjadi lebih produktif. Produktiviti kita hari ini akan menentukan siapa kita sebulan, 6 bulan, setahun dan 5 tahun dari sekarang. Kalau bukan diri kita yang mulakan, siapa lagi..
Disini ingin saya berkongsi 8 cara untuk mencari masa:
1.) Bersihkan meja sebelum pulang. (Esoknya jimat masa mengemas meja)
2.) Datang sedikit awal (5-10 minit) untuk membuat perancangan harian.
3.) Gunakan masa terluang untuk mengemas dan merancang
4.) Kurangkan masa makan tengahari (5-10 minit)
5.) Bawa bekal dan makan di office (Jangan makan di meja, ia akan memberi tekanan)
6.) Tutup semua laman social. Gunakan waktu rehat untuk tujuan itu
7.) Bagi yang menjadi ketua, bahagikan tugas secara bijak
8.) Gunakan teknologi !!!
Sumber: azminias2.blogspot.com
No comments:
Post a Comment