Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Pelan iPhone 4 @ Celcom





KUALA LUMPUR 22 April - Celcom Axiata Bhd. (Celcom) menjadikan telefon pintar, 'iPhone 4' sebagai tarikan untuk meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan telefon pintarnya kepada 30 peratus daripada dua juta orang yang sedia ada pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, sasaran itu mampu dicapai melalui pelbagai pelan ditawarkan di samping perluasan liputan Celcom ke serata Malaysia khususnya yang membabitkan pemindahan data yang kerap melalui telefon pintar.

Beliau berkata: "Walaupun agak kelewatan, kami memastikan iPhone 4 memasuki pasaran (menggunakan pelan Celcom) tidak mengecewakan pengguna. Pelbagai faedah menarik ditawarkan yang mungkin belum dirasai kebanyakan pengguna.

"Ia disokong lagi dengan liputan meluas Celcom di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Kami menyediakan rangkaian teknologi dari segi suara dan pindahan data terbaik bagi penggunaan iPhone 4 ini secara optimum," katanya semasa pelancaran iPhone 4 oleh syarikatnya di sini hari ini.

Pelan iPhone 4 yang dilancarkan hari ini, ia hanya menawarkan pelan kepada golongan korporat dan peniaga, manakala pelan bagi golongan awam akan diperkenalkan dalam tempoh sebulan lagi.

Dalam pelan yang ditawarkan hari ini, pengguna boleh mendapatkan iPhone 4 serendah RM248 sebuah bagi model 16 gigabit dan RM538 sebuah kepada model 32 gigabit seunit.

Shazalli berkata, pasaran penggunaan telefon pintar di negara ini masih besar walaupun pelbagai pelan istimewa ditawarkan syarikat telekomunikasi. Justeru, beliau tidak melihat langkah baharu Celcom memperkenalkan pelan iPhone 4 bakal menggugat penjualannya.

Kata Shazalli, berdasarkan statistik yang pernah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan, kadar penggunaan telefon pintar hanya kira-kira 20 peratus sahaja daripada kalangan pengguna telefon bimbit di Malaysia.

Sumber:- Utusan Online & Celcom.com

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...