Jadilah seperti semut dari segi konsistensi. Semut itu menaiki batang pohon seratus kali lalu terjatuh. Kemudian ia naik lagi sehingga sampai pada tujuannya, dia tidak merasa bosan dan jemu
Begitu juga dengan manusia, jangan mudah menyerah kalah meskipun kita sering gagal dalam peperiksaan, gagal dalam pertandingan atau sebarang tindakan yang kita telah lakukan. Ingatlah bahawa setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan seperti kita meyakini dengan firman Allah s.w.t;
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”
Surah Asy-Syarh ayat 5 dan 6
Dua kali Allah mengulangi bahawa pasti ada kesenangan selepas kesulitan yang berlaku pada kita. Maka jangan pernah kita berputus asa, Insya-Allah konsistensi kita pasti ada ganjarannya.
p/s: Ringkas dan Padat; Petikan dari sumber:- cikgu saidi
No comments:
Post a Comment