Setelah menunggu sekian lama dan mendengar pelbagai pendapat, pandangan, khabar angin serta melihat beberapa spyshot kabur tentang Persona R, hari ini segalanya telah terdedah. Terima kasih kepada blogPaultan dan pembacanya Daryl Loy kerana berkongsi foto-foto spyshot terkini Persona R, atau model sebenarnya ialah Proton Tuah, juga diberi nama Proton Espire oleh Proton di dalam laman web rasmi mereka. Menurut Paultan, foto-foto spyshot tersebut berjaya diambil oleh Daryl Loy di Lebuhraya Elite beberapa hari lepas, agaknya. Melihat kepada rekabentuk kereta tersebut, secara keseluruhan reka bentuknya masih mengekalkan tema Proton Tuah seperti mana yang dipertontonkan di KLIMS 2010 tahun lepas. Model tersebut kelihatan mantap tetapi saya lebih sukakan sebuah sedan dengan bonet belakang yang agak panjang dan bumbung belakang yang lebih tinggi (Gen2 gagal disebabkan dua faktor tersebut).
Buat masa sekarang itu saja yang mampu kita lihat kerana kebanyakan bahagian ditutup dengan begitu rapi oleh Proton, sudahlah kereta berwarna hitam, ditutup pula dengan material berwarna hitam. Apa pun, model gantian Persona itu (saya harap nama model itu akan kekal sebagai Persona), memang menarik. Sekarang kita hanya perlu menunggu spyshot seterusnya yang bakal menunjukkan rupa yang lebih detail selain spyshot bahagian interior dan enjin. Berkenaan spesifikasi enjin, adakah anda percaya Persona R akan memiliki enjin turbo dan transmisi CVT? Kita perlu tunggu dan lihat untuk mengesahkannya. Menurut laman web Proton, Proton Tuah mempunyai enjin 1.8 dan 2.0 liter dengan kemampuan pecutan maksima 180 km/j.
Sumber:- arenakereta.com
No comments:
Post a Comment