Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Hutang Menurut Islam

Sumber:- ptptn.gov

ISLAM menuntut umatnya sentiasa bersederhana kerana ia membawa kepada perasaan syukur terhadap apa yang dikurniakan.
Ia juga menghindarkan kita daripada terjebak dengan berbelanja berlebihan, seterusnya dibelenggu hutang.
Islam mengharuskan seseorang itu berhutang terutamanya ketika berada dalam kesempitan hidup atau memerlukan bantuan kewangan untuk memenuhi tuntutan asas seperti tempat berlindung, makan-minum dan pendidikan anak.
Namun, Rasulullah SAW tidak menggalakkan seseorang membiasakan diri dengan berhutang.
Misalannya, kita tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli rumah secara tunai dan perlu mendapatkan pembiayaan bank.
Kini, dengan pelbagai produk pembiayaan Islam di pasaran, orang ramai bukan saja dapat membebaskan diri daripada riba yang dikaitkan dengan produk pinjaman konvensional, mereka juga boleh memenuhi keperluan asas seperti rumah, melalui kaedah jual-beli seperti Bai Bithaman Aji.
Justeru, adalah tidak tepat pandangan pihak yang mengatakan peningkatan jumlah yang berhutang dan muflis di negara ini disebabkan wujudnya pelbagai produk kewangan yang menggalakkan mereka berbelanja secara tidak berhemat.
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Maidah, ayat dua yang bermaksud:
“Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan.”
Dalam hal ini, fungsi institusi perbankan, khususnya yang menawarkan produk kewangan Islam, adalah menyediakan kemudahan kewangan bagi umat Islam khususnya memenuhi kehendak serta keperluan mereka yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Lebih meleset lagi tanggapan bahawa kelonggaran yang diberi oleh Islam dalam urusan berhutang meliputi perihal penjelasan hutang.
Hakikatnya berhutang itu diharuskan oleh Islam, manakala membayar balik hutang itu pula diwajibkan.
Dalam hal ini, besarnya kewajipan melunaskan hutang diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.” (Riwayat Muslim).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan hasrat membayarnya balik nescaya Allah akan menunaikan hasratnya dan barang siapa berhutang dengan hasrat untuk tidak membayarnya balik nescaya Allah membinasakan harta tersebut.” (Riwayat Bukhari).
Antara lainnya, hidup mereka yang tidak menjelaskan hutang tidak akan mendapat keredaan dan keberkatan Allah, amal ibadat dan kebajikan mereka tidak akan diterima, hidup mereka akan ditimpa kehinaan dan mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim.
Akibat tidak membayar hutang bukan saja mengundang kemudaratan kepada pihak yang berhutang, baik di dunia mahupun di akhirat, ia turut memberikan implikasi kepada pihak yang memberi atau membiaya hutang.
Meskipun mereka yang tidak membayar hutang mungkin terlepas daripada hukuman di dunia ini, mereka tidak terlepas daripada hukuman di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”
Justeru, kita harus mengelak daripada berhutang untuk memiliki harta benda yang bukan keperluan.
Jika perlu juga berhutang, kita perlu tanamkan azam serta niat untuk membayarnya.
Dengan niat serta perancangan kewangan yang teliti, nescaya kehidupan kita akan menjadi lebih aman dan tenteram

p/s: tgk picture kat atas, mcm PTPTN yg hutang abe.. rs2 abe blh charge depa kos pentadbiran x...hehe

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...