Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Ketahui Kos Minyak Untuk Perjalanan Melalui Google Maps

Salah satu perkara yang membimbangkan pengguna dalam perjalanan jauh adalah kos minyak. Menariknya, kini selain memperlihatkan berapa lama masa yang diambil untuk perjalanan, Google Maps turut membolehkan para pengguna kira terlebih dahulu kos minyak untuk sesuatu perjalanan itu.

Fungsi Kiraan Minyak Pada Google Maps [via]
Buat masa ini, fungsi ini tidak diperkenalkan kepada keseluruhan pengguna, namun hanya untuk pengguna Eropah sahaja buat masa ini. Mungkin dalam masa beberapa minggu, ianya akan diperkenalkan ke seluruh dunia.
Melalui fungsi kiraan harga perjalanan ini, para pengguna boleh memilih perjalanan pada Google Maps, dan mereka akan diperlihatkan dengan harga anggaran untuk minyak, dimana para pengguna boleh mengetahuinya mengikut jenis kenderaan.
Selain daripada itu, memandangkan harga minyak adalah berbeza untuk setiap negara, Google juga membolehkan para pengguna mengubah harga kosnya mengikut pilihan pengguna. Mungkin kelak, fungsi ini setelah diperkenalkan ke seluruh dunia, ianya turut sama akan diperkenalkan pada Google Maps Mobile.
Sumber :- amanz.my

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...