Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

TeenACE: Teen Award, Convention & Exhibition


Remaja merupakan antara komponen masyarakat yang sangat penting dalam rangka memperkasakan masa hadapan negara dan umat. Remaja memilki kecenderungan yang unik dan tersendiri. Jarang sekali suatu konvensyen khas yang dianjurkan yang serius membincangkan kecenderungan dan isu-isu keremajaan yang melibatkan kelompok remaja itu sendiri.

Walhal, dalam dunia globalisasi tanpa sempadan ini, remaja saban hari menempuh pelbagai cabaran dan kecenderungan baru yang tidak sama dengan apa yang dilalui oleh remaja-remaja pada zaman sebelumnya. Suatu wacana perlu serius membahaskan perubahan zaman ini dan kesannya terhadap pemerkasaan peribadi remaja hari ini. 

Justeru, TeenACE 2013 merupakan wadah terbaik untuk memperkasakan keilmuan, pengalaman dan jaringan sesama peserta melalui perbincangan secara ilmiah dan berstruktur. Para peserta termasuklah remaja dapat turut bersama-sama membincangkan isu-isu remaja hari ini demi kebaikan bersama.

TeenACE 2013 direncanakan untuk mencapai objektif-objektif berikut:-
  1. Mewujudkan suasana pertemuan silaturahim untuk remaja seluruh negara.
  2. Menggalakan remaja untuk memanfaatkan jaringan sosial secara bijak.
  3. Memperkasakan remaja melalui perkongsian pengalaman oleh ikon semasa.
  4. Mengenalpasti kecenderungan dan jalan penyelesaian isu-isu terkini remaja.
Jadi, jumpa kita disana Insya Allah:


Tempat: Centrum Setiawangsa Hall, Kuala Lumpur
Tarikh: 29 - 30 Jun 2013



No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...