Tanya sama Ali, apa sebab goyang,
Nanti jawab Ali, tabung digoncang!
Nanti jawab Ali, tabung digoncang!
Menyimpan ini boring. Namun ini lah perkara yang dapat menyelesaikan separuh dari masalah kewangan. Justeru, kena paksa diri kita untuk menyimpan. Suka atau tidak. Susah atau senang.
1. Standing Instruction (SI) atau Auto Debit
Buat potongan sejurus selepas gaji masuk. Masukkan ke
dalam akaun simpanan kita. Tetapkan tarikh yang sama dengan tarikh gaji
masuk setiap bulan. Simpan dahulu, selebihnya baru belanjakan.
2. Main Kutu
Kalau susah sangat nak disiplinkan diri menyimpan,
boleh cuba teknik ini. Ajak 3-5 orang kawan untuk bermain sekali. Setiap
seorang sumbangkan sebanyak RM 300 sebulan. Bila dah terlibat di dalam game ini, kita akan rasa segan dan malu
jika tidak bayar. Malah, kita akan seronok bila tiba giliran kita untuk
terima duit kutu untuk bulan tersebut. Kalau 5 orang main, terus dapat
RM1,500 dan terus simpan dalam tabung. Walaupun pada hakikatnya, duit
tersebut memang duit kita pun, cuma psikologinya agak berbeza.
3. Kumpul Si Hijau
Jumpa sahaja duit berwarna hijau ini, terus simpan di
dalam tabung. Kenapa RM5 dan bukan yang lain? Sebab duit hijau ini
jarang kita dapat berbanding dengan duit RM10, RM1 atau RM50. Nilainya
juga di dalam kategori “sederhana”, tidak terlalu rendah dan tidak
terlalu tinggi. Cuba amalkan selama 2-3 bulan, anda akan rasa seronok
apabila melihat duit hijau ini semakin banyak di dalam tabung.
4. Simpan Duit Syiling
Ramai di antara kita malas nak bawa duit syiling ke
mana-mana. Kalau makan di kedai mamak RM2.80, kita akan beri RM3.00 dan
baki 0.20 sen lagi kita beli gula-gula sebab malas nak simpan duit
syiling. Apa kata mulai sekarang, duit syiling baki kita beli barang itu
kita simpan terus di dalam tabung. Sampai je rumah, seluk poket, kalau
ada syiling, terus masukkan. Ada orang pernah buat teknik ini dan
berjaya mengumpul RM800 selama setahun dengan kumpul duit syiling
sahaja. Lebih kurang RM70 sebulan. Wow, banyak juga tu.
5. Simpan di Akaun Tanpa Kad ATM
Ada 3 pilihan.
1) Bank 2) Tabung Haji 3) ASB
Buka akaun, masukkan duit menggunakan cara # 1 dan lupakan terus. Mula-mula memang agak susah, tetapi lama-kelamaan ianya akan mudah. Kalau menyimpan di dalam bank yang ada kad ATM, memang susah nak disiplinkan diri. Sebab mudah sangat nak keluarkan.
Jadi simpanlah di Tabung Haji atau ASB. Dividen yang diberikan adalah jauh lebih tinggi daripada simpanan biasa di bank.
Selamat menabung!
Sumber: www.pakdi.net
No comments:
Post a Comment