Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

10 Model Kereta Turun Harga (Truth or Fiction)

Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.

Lama (RM 115,663) Baru (RM 102,888)

Lama (RM 169,888) Baru (RM 157,888

Lama (RM 92,187) Baru (RM 89,900

Lama (RM 67,212) Baru (RM 66,762

Lama (RM 53,113) Baru (RM 51,113

Lama (RM 59,017) Baru (RM 57,017

Lama (RM 50,424) Baru (RM 48,424

Lama (RM 37,174) Baru (RM 35,174

Lama (RM 72,990) Baru (RM 70,895

Lama (RM 41,811) Baru (RM 41,362)


Truth or Fiction?

Boleh rujuk di sini... livelifedrive.com 

hurm.. kesimpulannya, anda fikirlah sendiri..

p/s:
Alhamdulillah. Inisiatif permulaan dari kerajaan menurunkan harga kereta baru. Bagi abe ini satu peluang, tapi jangan salah faham. Peluang yg abe maksudkan bukan peluang utk membeli kereta baru, tetapi peluang utk membeli kereta terpakai dgn harga yg lebih murah disebabkan penurunan harga kereta baru. Bak kata sifu kewangan abe, Saudara Shamsuddin Kadir (S.K), mulakan 'hidup' membeli kereta terpakai sebagai permulaan hidup bagi memastikan duit lebihan gaji itu dapat digunakan bagi membiakkan duit itu supaya bertambah. Dia pernah berkata dalam program di TV3, tak silap abe, dlm rancangan MHI, hutang terbahagi kepada dua, hutang yg mengkayakan kita atau hutang yg memiskinkan kita. Dalam kajiannya, majoriti yang membeli kereta terpakai adalah yang lebih cepat bebas bebanan kewangan.

Mohon maaf, setelah dibuat kajian sejak tahun 2000, kereta terpakai tidak membuatkan majoriti pemiliknya menangung kos yang tinggi, sebaliknya jumlah kos tahun memiliki dan menguruskan kereta terpakai berkali ganda lebih jimat berbanding kos memiliki kereta baru terutama kos ansuran kereta dan kos kejatuhan harga kereta. Pilihlah kereta terpakai yang sudah murah dan kurang bermasalah. Untuk mendapatkan maklumat, kita boleh sembang2 dgn 'jurutera' bengkel kereta ataupun pemandu teksi kerana kebiasaannya mereka tahu kereta apa yang kos penyelenggaran rendah.


Sumber: utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...