Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Abe & Samsung Galaxy Tab 8.9


Alhamdulillah genap 1/12/2011, Samsung Galaxy Tab 8.9 berkapasiti 16GB telah menjadi koleksi gajet terbaru bagi menggantikan Ipad 2 abe. Design GTab 8.9 ni yang nipis dan seksi ini diserikan lagi dengan lampu flash bagi kamera belakangnya (3mp) yang pastinya memberi gambar yg lebih cantik dan mantap apatah lagi dengan sinaran logo Samsung di depan & belakang skrinnya.

Dengan spesifikasi yang agak sederhana iaitu 1 GHz processor sudah pastinya pelbagai aplikasi dapat dimainkan tanpa sebarang masalah. Microsoft Office yang selama ini terasa agak "berat" di gajet abe yg lama dulu kini menjadi lebih efektif dan dapat loading dengan lebih cepat.

GTab 8.9 ini turut dilengkapi dengan Android version terkini iaitu 3.1. Antara yang menarik mengapa abe bertukar dari Ipad 2 ke GTab 8.9 ialah accessibility iaitu kebolehcapaian abe dlm menggunakan applikasi yg ada sekarang. Contohnya,applikasi yg abe dpt gunakan sekarang tanpa perlu risau sama ada ia adalah demo, trial atau perlu dibeli, ialah Microsoft Office. Banyak kerja yg abe gunakan sekarang menggunakan aplikasi ini secara percuma (xpun cari je dlm blackmarket).

Gambar yg diambil oleh kamera GTab 8.9

Selain itu, GTab 8.9 juga boleh dijadikan sebagai wifi modem utk laptop & PC abe. Jadi lepas ni boleh la abe gunakan satu broadband saja berbanding dua broadband sblm ni.. hurmm, agak2nya mana la yg abe nk tolak, si maxis ke si celcom.. tgk la mcmna performance dlm seminggu ni... hehe.. mn yg xperform baik, kita fired je... Banyak lagi yg perlu di'discover' dlm Android ni.. terlalu byk applikasi dlm market Android..

Abe teringat kata kwn abe ni, "Ipad ni ko guna mcm ko pakai Ferrari, kos terlalu tinggi, takkan ko nak parking Ferrari ko kat car park biasa, xpasal2 calar body Ferrari ko.. paling kurang kena parking kat si Jockey tu..brapa dah sejam.. compare dgn GTab ni mcm ko pakai Toyota ke, Honda ke.. kualiti tu ade cuma tak seteguh, selaju & selesa mcm si Ferrari..tapi ko blh parking car park je.." haha...ade betul jgk kata kwn abe ni..wlpn xsmuanya betul..

Secara keseluruhannya, abe berpuashati dengan "terkorban"nya Ipad 2 abe & insyallah harap2 berbaloi untuk miliki GTab 8.9 ni. Bak kata pepatah khai (oh! media), “Anda guna, anda rasa”. Berikut adalah spesifikasi GTab 8.9 yg abe dapat dari internet:



3 comments:

  1. arghhhhh that's not COOLL!!!! nk jugak :'(

    ReplyDelete
  2. Ape yg arghhhh ace... Vaio tu kan dah ade.. tgu nti smbg phd bru blh dpt Tab.. hehe.. xgitu Angah...

    ReplyDelete

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...