Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Website Baru Putra Business School (PBS)

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Putra Business School (PBS), boleh klik link dibawah:


wajah baru laman sesawang PBS


Ini merupakan Student Portal untuk pelajar PBS, anda boleh klik link dibawah:



Dr OT: Self-Education in PhD & Kindergarden

self education dalam fotografi..

Ingat tak apa yang kita semua buat selama 15 tahun dari TADIKA sampai undergraduate? Mak ayah kita bergolok bergadai beli buku, beli buku latihan, hantar tuisyen, masuk kem teknik jawab soalan  past year .... diberikan nota dan homework, kitapun hafal, buat nota ringkas, cuba faham dan keluarkan semula dalam exam. Bermula dengan kuiz, ujian dan trial…. Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan seterusnya. Kita hanya disuapkan dan itulah cara kita belajar.

Bila kita mula mendaftar utk membuat PhD, maka kitapun cuba buat cara yang sama... sebab  itu sahaja cara yang kita tahu. Oleh kerana tiada nota, tiada buku specific untuk dibaca....dan past year questions.... so kitapun mengharapkan coursework untuk membantu kita memahami dunia penyelidikan dan penulisan thesis. Lazimnya walaupun selepas 2 semester mengikuti coursework, kita terus blurr kerana isi kuliah masih lagi diberikan secara umum termasuklah research methodology.

Abih camno?

Aku ingin menyorot kembali pengalaman aku menghantar anak aku ketika itu baru masuk 4 tahun bertadika di Campbell Town Preschool, Adelaide, Australia, semasa aku berkesempatan belajar disana pada 2004.   Kenapa di Adelaide? TADIKA kat Malaysia tak ada ker nak bagi contoh? 


Bukan tak ada tapi kanak-kanak TADIKA kat Malaysia selalunya bawa balik homework sebab ada test.... malah diberikan markah.... sehingga mak bapak berlumba2 dan bersaing utk anak mereka dapat markah 100 dalam semua subjek di TADIKA.... malah ada hari graduasi dan penyampaian hadiah pelajar terbaik..... Jadi anda baca dulu kenapa aku ambil TADIKA di Adelaide sebagai contoh... bukan TADIKA di Malaysia….kerana ada sesuatu yang aku ingin kongsikan iaitu konsep SELF-EDUCATION !

Berikut empat dari pelbagai aktiviti self-education yang aku masih ingat kerana anak aku bercerita mengenainya ketika berada di TADIKA untuk dijadikan contoh iaitu Temasya Olympic, Hari Pos Sedunia, Hari Polis dan hormati haiwan. Banyak lagi aktiviti yang lain tu tapi aku dah tak berapa nak ingat.... maklumlah dah otai....

Temasya Olympic:
Anak aku selama seminggu sibuk dengan temasya Olympic (masa tu Olympic Athen 2004) seperti menyiapkan bendera negara bertanding, medal dan sediakan kawasan pertandingan. TADIKA tersebut dilanda demam olympic  sehingga anak aku secara tidak lansung tahu apa itu olimpic dan kenapa ia berlansung. 

Selama seminggu anak aku bercakap pasal olympic dan terlibat dalam sukan yang dipertandingkan. TADIKA tempat anak aku belajar bertukar menjadi gelanggang Olympic. Anak aku belajar secara indirect apa itu olympic dan semua yang berkaitan dengan olympic ....secara self-education tanpa perlu membuka buku atau menulis dan menghafal apa2. Balik jer rumah anak aku bercerita tentang olympic  !!

Hari Pos Sedunia:
Satu hari anak aku bertanya ada tak postman hantar surat. Aku ingat anak aku buang tabiat. Rupa2nya memang anak aku menunggu surat dari postman. Akupun hairan, bila pulak ada org hantar surat kepada anak aku yang baru 4 tahun di Adelaide pulak tu. 


Then selang sehari, memang sampai satu surat atas nama anak aku.... Rupanya di TADIKA anak aku menulis surat utk diri sendiri, kemudian dia dan kawan2nya dibawa ke pejabat pos berdekatan, beratur membeli stem, dan melekatkannya sendiri di sampul surat then ramai2 berjalan ke letterbox utk  memasukkannya ke dalam peti surat. Sekali lagi berlakunya SELF-EDUCATION, anak aku faham bagaimana surat diposkan selama ini. Dan paling penting dia sgt excited sebab dapat surat sendiri – tak ubah macam Mr Bean !!

Hari Polis:
Pada hari tersebut, datang satu kereta peronda police (yang telah dijemput oleh TADIKA) dan semua kanak2 keluar bermesra dengan police sambil explore kereta peronda tersebut. Balik jer dia kata “Constable Hill came today… he is a goooood policeman” Sekali lagi berlakunya SELF-EDUCATION  bila anak aku memaklumkan bahawa polis menjaga keamanan dan polis baik2 semuanya (bukan menakutkan kita spt yang mak2 kita ajar dahulu). 

Salinan xerox photo anak aku bersama peronda polis yang masih aku simpan... (anak aku 3 dari kiri...)

Hormati haiwan:
Ada satu hari datang sebuah mini zoo bergerak (van yang bawa beberapa haiwan dari zoo of Adelaide) ke TADIKA. Anak-anak diajar menyayangi haiwan, cara memegang haiwan seperti rabbit and blue tongue lizard. Balik jer rumah anak aku akan kata macam ni lebih kurang “don’t tap the cage cos it will scare the animal and make them stress…”  Inilah SELF-EDUCATION. Banyak contoh yang mengajar anak-anak memahami dunia ini bukan melalui exam.

Apa kaitan dengan PhD? Peringkat PhDlah sepatutnya berlakunya SELF-EDUCATION secara ketara kerana tiada “exam” sepanjang anda siapkan research dan thesis. 

Aku tak bermaksud nak bandingkan TADIKA dengan PhD tetapi konsep SELF-EDUCATION itu sangat releven dengan calon PhD dan master. Kalau di TADIKA, object yang dipelajari dibawa kepada kanak-kanak tetapi bagi calon PhD, anda sendiri perlu mencarinya... saya ulang.... perlu mencarinya sendiri !! Inilah yang membezakan anda sebagai calon PhD dan pelajar TADIKA !!  

Kecanggihan era wifi dan komputer membolehkan self-education berlaku dengan lebih mudah.  Aku tak boleh bayangkan apabila ada pelajar atau calon master dan PhD bertanya soalan seperti....

Apa beza kajian quali dan quanti?
Camner nak tahu normality sesuatui data?
Betul ker cara aku tulis dapatan t-test aku?

Apa yang disoal mudah diperolehi dan difahami dari pelbagai sumber on-line.... kenapa tak explore dan lakukan self-education? Jika anda search t-test sahaja anda boleh dapat jutaan bahan untuk dibaca.  Jika anda juga masih bergantung kepada SV dan takut nak mulakan sesuatu, anda  belum layak menjadi calon PhD. 

Anda perlu memulakan pembacaan yang intensive dan extensive sebelum penulisan… …. dan hanya berjumpa SV untuk review apa yang anda buat berada pada landasan yang betul, dan ketahuilah ada bahagian tertentu yang  anda buat dan faham maybe tidak pernahpun dibuat apatah lagi difahami oleh SV anda. 

Jika anda gagal melaksanakan SELF-EDUCATION... terlalu mengharapkan dan menunggu SV utk memimpin tangan anda dari awal menulis proposal sehingga siap thesis anda, maka anda meletakkan diri anda lebih rendah dari kanak-kanak TADIKA !! Emmm.....

Catatan Urusan Pembelian Rumah


Semasa berjalan-jalan di salah salah satu pusat membeli belah di bandar Kuantan, kami (aku sekeluarga) singgah di ruang legar. Di situ ada pameran hartanah. Memang kami ada rancangan nak beli rumah yang kedua. Cuma, tak tau bila akan tercapai. Mungkin dah sampai masanya. Di sini, aku cuba mencatat segala benda yang berkaitan dengan urusan pembelian rumah bermula dari hari pertama hinggalah hari terima kunci. Jadi catatan ini akan dikemas kini.


26 Dis 2010

Hari kami berurusan dengan pemaju di tempat pameran tadi. Antara soalan yang kami tanya:

  • Ada tak jual rumah yang siap?. Kami memang cari rumah siap. Ejen jualan di situ beritahu masih ada beberapa unit rumah siap yang masih belum terjual.
  • Di mana lokasi rumah?. Ejen tadi tunjuk beberapa lokasi rumah yang belum terjual.
  • Spesifikasi rumah?. Teres setingkat, 4 bilik, 2 bilik air, fully tiling.
  • Macam mana dengan CFO?. Sudah ada.
  • Bila tarikh rumah siap dan CFO diperolehi?. Jun 2010.
  • Harga jualan?. RM160k.
  • Berapa harga semasa pelancaran dulu?. RM173k. Dia tunjuk brochure asal semasa pelancaran. Kenapa harga turun... pelik juga.
  • Berapa luas tanah dan luas built-up area?. Dia tunjuk pelan rumah. Tanah 20 x 81, BA 20 x 45.
  • Apa material binaan?. Sekali lagi dia tunjuk pelan rumah tadi. Kena baca sendiri
  • Kalau kami setuju, apa urusan yang perlu dibuat?. Ejen tadi beritahu:
    • Bayar RM1.00 dan boleh tengok rumah.
    • Selepas tengok rumah, kalau setuju, bayar deposit RM1k.
    • Untuk beli rumah siap, pembeli kena urus sendiri semua hal guaman (untuk S&P dan Loan Agreement).
Jadi, petang tu kami bayar RM1.00 dan bagi salinan KP. Kami beredar selepas buat temujanji untuk tengok rumah.


28 Dis 2010

Pada jam 6.00 petang, kami masuk rumah yang dimaksudkan untuk melihat dengan lebih dekat. Secara umumnya, ia mengikut apa yang telah diberitahu semasa di tempat pameran. Kelihatan sekitar kawasan kejiranan telah penuh diduduki. Masalahnya, jalan masuk kena melalui lorong demi lorong kawasan perumahan tersebut, mungkin sebab rumah ni adalah yang paling hujung. Ejen kata, ada rancangan untuk buat jalan lain bila fasa baru siap. Sebelum beredar, ejen jualan memberi salinan dokumen dari pembeli sebelum ini sebagai contoh bagi urusan permohonan pinjaman dan penilai harta. Kami tanya, biasanya berapa kos untuk peguam?. Dia bagitau, secara kasarnya pembeli kena stanby 5% dari harga rumah untuk cover legal fees.


29 Dis 2010

Aku surf internet cari maklumat berkenaan legal fees. Daripada situ, boleh dikatakan bahawa bayaran yang dikenakan adalah mengikut skala/formula yang telah ditetapkan. Antara peguam, mungkin terdapat sedikit perbezaan bila melibatkan disbursement atau kos-kos lain. Harus diingat terdapat 2 jenis perjanjian yang perlu dimeterai iaitu Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pinjaman. Skala yang ditetapkan oleh SRO (Solicitor's Remuneration Order 2005):

  • RM150k pertama = 1%
  • RM151k - RM1juta = 0.7%
  • RM1juta - RM3juta = 0.6%
  • RM3juta - RM5juta = 0.5%
  • RM5juta - RM7.5juta = 0.4%

Contoh kiraan bagi rumah RM160k:

RM150,000 x 1% = RM1,500
RM10,000 x 0.7% = RM70
Jumlah = RM1,500 + RM70.00 = RM1,570

Jumlah tadi adalah yang standard mengikut skala. Berdasarkan dokumen masa beli rumah pertama dulu, masih terdapat caj-caj profesional lain yang kena bayar seperti:

Deed of assignment 10% = RM157
Deklarasi Pekerjaan = RM50
Deklarasi Kebankrapan = RM50
Cukai Kerajaan = 5% daripada jumlah caj profesional


RM1,570 + RM157 + RM50 + RM50 + RM92 (5% cukai) = RM1,919

Belum habis lagi, mana-mana peguam akan caj untuk disbursement merangkumi pelbagai seperti pendaftaran, carian maklumat dan out of pocket. Secara kasar lebih kurang RM500 lagi.

RM1,919 + RM500 = RM2,419

Memandangkan ada 2 jenis perjanjian, jadi didarab dengan 2

RM2,419 x 2 = RM4,838

Lepas tu, duti setem untuk jumlah pinjaman. RM5 untuk setiap R1k = RM800. Jumlah ni akan disetemkan ke atas dokumen Perjanjian Pinjaman.

RM4,838 + RM800 = RM5,638

Ada satu lagi duti setem iaitu untuk pindah milik hartanah atau MOT (memorandum of transfer). Tapi aku tak pasti bila kena bayar sebab duti ni dikenakan untuk rumah siap dan ada geran. Jadi, bila beli rumah dari pemaju, geran belum ada dan akan ambil masa beberapa tahun selepas tu. Macam mana pula bila pembelian menggunakan pinjaman kerajaan?... aku pun masih mencari kepastian. Tapi skalanya macam ni:

  • RM100k yang pertama = 1% = RM1,000
  • RM101k - RM500k = 2% = RM1,200

Kalau dikira, semua sekali dah jadi RM7,838. Betul la ejen tu kata kena stanby 5% daripada harga rumah.



4 Jan 2011

Semasa dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk minum petang, kami sempat recce sebuah taman perumahan yang baru siap dan beberapa buah rumah telah berpenghuni. Taman ni dekat dengan kuarters yang kami duduki sekarang. Berdekatan dengan airport dan terdapat 2 jalan akses. Kami terpandang beberapa unit rumah untuk dijual. Secara ringkas, spesifikasi teres setingkat 3 bilik 2 bilik air. Luas tanah 22 x 78 kaki. Harga... belum tahu. Jadi, kami ambil maklumat yang diperlukan untuk berhubung dan terus beredar.


5 Jan 2011

Selepas berhubung melalui telefon, jam 11.00 pagi bersama wakil pemaju, aku tengok rumah yang satu lagi. Kalau nak dibanding dengan rumah yang sebelum ni, beza yang ketara cuma yang ini 3 bilik tidur, tiling hanya setakat ruang tamu, dapur dan bilik air. Luas tanah lebih 2 kaki, dan dah tentu lokasi dekat dengan tempat kerja. Harga masa launching 2 tahun lepas RM148k, sekarang pemaju nak jual RM151k, dan CFO baru dapat sebulan yang lepas.

Jadi, petang itu juga, kami pergi ke pejabat pemaju untuk berunding dengan lebih lanjut. Di sana, kami minta pengesahan harga yang ditawarkan. Kami minta pemaju tunjukkan pelan rumah, pelan taman dan maklumat kejiranan di situ. Akhir sekali, kami tanya bayaran yang perlu diselesaikan. Pemaju kali ini tak meminta sebarang bayaran pun, kos guaman untuk kedua-dua perjanjian akan ditanggung semuanya oleh pemaju. Jadi, harga jualan tadi dah termasuk kos guaman (pemaju dah markup la tu). Beza kan!..kali ni kami tak perlu cari sendiri walaupun rumah dah siap. Setelah berunding, kami telah bersetuju dengan pakej yang ditawarkan. Pemaju memberitahu, panel peguam akan minta kami datang semula bila draf dokumen parjanjian siap dalam 2-3 hari lagi.



10 Jan 2011

Panel peguam telefon isteri aku untuk maklumkan kami kena datang pada 12 Jan 2011 untuk tandatangan perjanjian.


12 Jan 2011

Kami pergi ke pejabat peguam untuk menandatangani SPA. Di situ kami minta penjelasan tentang beberapa perkara. Antaranya, kredibiliti pemaju, status tanah, hak pembeli sekiranya terdapat kecacatan binaan, caj kelewatan bayaran, MOT dan jumlah kos guaman.


Sumber: dekorumah.com

Tips Penting Untuk Membeli Rumah


Keputusan membeli rumah dianggap langkah besar atau kritikal dalam hidup seseorang. Selain kenderaan, rumah menjadi pelaburan terbesar yang dilakukan oleh mana-mana individu yang merasakan masanya sudah tiba untuk memiliki rumah sendiri. Selain faktor kemampuan kewangan, pembeli rumah perlu mengambil masa lama untuk meneliti pelbagai aspek. Lazimnya nilai hartanah, lokasi, jenis rumah, kemudahan dan persekitaran projek perumahan perlu menepati cita rasa pembeli.
 

Dalam hal ini, bagi mengelakkan kerugian akibat tersalah langkah atau kurang prihatin, terdapat beberapa aspek penting bagi pembeli rumah.

 

#1 Aspek Penting Pemaju

Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
  • Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa.
  • Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa.

#2 Kenal Pasti Jenis Rumah

Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property)
seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.

Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada
pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk
nombor lesen, permit dan sebagainya.

 

#3 Status Tanah

Pastikan status tanah sama ada:
  • Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.
  • Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.
  • Rizab Melayu.
Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat
Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.

 

#4 Maklumat Brosur

Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai
maklumat berikut:
  • Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku.
  • Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku
  • Nama dan alamat:
    • Pemaju perumahan berlesen.
    • Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada).
    • Pemegang surat kuasa wakil (jika ada).
    • Syarikat pengurusan projek (jika ada).
  • Status tanah:
    • Bebas.
    • Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan.
    • Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.
  • Dekripsi kedudukan:
    • Spesifikasi bahan binaan rumah.
    • Luas bangunan.
    • Kemudahan/perkhidmatan.
  • Nama projek perumahan (jika ada).
  • Tarikh projek perumahan dijangka siap.
  • Harga jualan setiap jenis rumah.
  • Bilangan unit setiap jenis yang ada, dan
  • Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan
    nombor rujukannya.

 

#5 Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah

Pembeli perlu memahami isi SPJB rumah seperti mana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

 

#6 Bayaran Pertama

Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama. Untuk makluman, pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu SPJB.

 

#7 Perakuan Arkitek

Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.

 

#8 Faedah Yang Dikenakan

Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.

 

#9 Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli

Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli. Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.

 

#10 Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur

Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa Berkenaan atau Perbadanan Pengurusan (bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi). Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:
  • Bagi tanah dan bangunan. Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi pemajuan perumahan berkenaan.
  • Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi. Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi bangunan berkenaan.

 

#11 Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan

Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
  • Bagi tanah dan bangunan. Seperti perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab jalan. Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan. Pembeli hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.
  • Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi. Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dan pembayaran bermula apabila pemilikan kosong diambil. Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu. Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju daripada tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu perbadanan pengurusan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985. Apabila Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) di tubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, perkhidmatan penyenggaraan akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan ini dan pembeli adalah wajib membayar perkhidmatan penyenggaraan kepada Perbadanan ini dan bukan lagi kepada pemaju. Ingatan!...Pembeli perlu mengambil ingatan bahawa perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar selagi pembeli adalah pemilik petak dalam bangunan yang diselenggarakan.

 

#12 Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)

Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja, pembeli hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak mencarum kepada kumpulan wang penjelas suatu amaun yang sama dengan sepuluh peratus (10%) daripada bayaran perkhidmatan. Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

 

#13 Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain

Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik mengikut mana yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran, cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.

 

#14 Tempoh Pemilikan Kosong

Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi).

 

#15 Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)

Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis penyerahan pemilikan kosong. Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan baki yang ada semasa penyerahan pemilikan kosong. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti berikut:
1. Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:
  • Bangunan tersebut telah siap.
  • Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
2. Pemaju telah memohon:
  • Pengeluaran CFO (Certificate of Fitness for Occupation) melalui Borang E (Borang permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk pengeluaran CFO).
  • PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan diterima oleh PBT.
Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT dan kerja-kerja mengubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta kelulusan pelan oleh PBT berkenaan.

Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan aduan.Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.

 

#16 Bayaran Gantirugi

Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan dalam SPJB, pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.

 

#17 Tempoh Liabiliti Kecacatan

Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.

 

#18 Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang DiPecahbahagi

Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.


Sumber: dekorumah.com

Shamsuddin Kadir: "Nanti apa kata orang?"

gambar hiasan.. hehe


Dari kajian yang kami buat, majoriti orang yang lebih banyak duit ataupun orang yang tidak banyak berbelanja adalah orang yang tidak suka ikut gaya hidup orang lain. Di mana mereka berbelanja mengikut apa yang mereka fikirkan yang memberi manfaat kepada mereka, bukan kerana ingin mendapat perhatian orang lain.

Manakala, majoriti orang yang menanggung bebanan hidup yang berlebihan, adalah orang yang hidup dengan kata-kata keramat di bawah:

"Nanti apa kata orang?"

Apa sahaja yang ingin dilakukan, dinilai dahulu nanti apa kata orang lain.

Sehingga, sekarang sudah ada orang merasakan malu untuk tidak membeli kuih raya bagi dihidangkan kepada tetamu walaupun ketika itu tuan rumah sebenarnya tidak ada duit yang berlebihan.

Kini, bertambah-tambah anak-anak muda berkahwin dengan mengambil pinjaman peribadi supaya majis perkahwinan nanti di buat selepas mengambil kira 'nanti apa kata orang lain'.

Kini, bertambah-tambah orang yang menukarkan perabot rumah, langsir ketika raya, kerana risau nanti apa kata orang lain.

Kini, berlumba-lumba sebahagian ibu bapa mengejar anak-anak mereka supaya mendapat 5A UPSR takut nanti apa kata orang lain, kalau anak mereka tidak dapat 5 A. Walaupun sudah terdapat banyak sangat kajian yang mengatakan ciri-ciri orang yang berjaya dalam kehidupan mereka kelak, bukannya orang yang mendapat semua A di dalam peperiksaan.

Kini, bertambah-tambah orang menukarkan handfon bagi mendapatkan 'smartphone' takut nanti apa kata orang lain, walaupun handfon lama masih elok dan tiada keperluan menukarkan yang baru.

Kini, berlumba-lumba sebahagian rakyat yang menukarkan kereta 1 - 2 bulan sebelum perayaan, takut nanti apa kata orang apabila masih pakai kereta yang sudah lama.

Hidup ini kosnya tinggi, apabila kita ingin hidup dengan perasaan takut nanti apa kata orang lain.

Lain sekolah, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan.

External Hardisk WD 1TB


Date : 2 Februari 2013
Time : 11.00 a.m
Place : Penang
Info : Ari ni abe order dgn kawan abe external hardisk berjenama Western Digital (WD) yg bersaiz 1TB.. Alhamdulillah, dapat harga kilang, save dlm RM20-RM30 dari harga kedai.. abe pilih warna merah sbb abe dh ada 2 buah external yg sedia ada, warna hitam, so senang nak asingkan data mengikut warnanya.. lagipun saiz yg ni kecil skit berbanding dgn yg sebelum ni & senangla kalau abe nak travel mn2 kn.. WD menyediakan beberapa pilihan warna, hitam merah, biru & perak.. adik abe pun beli satu yg berwarna hitam..  



Undangan Majlis Perkahwinan Arina (ex-UTMKL)


Assalamualaikum wrth..
Arina dan pasangannya, Hazlan menjemput kawan2 UtmKL sekeluarga ke majlis kenduri perkahwinannya pada:-
Tarikh : 02-02-2013
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Tingkat 8, Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, Cheras (Lat: 3.090813; Long: 101.712633)
Insya Allah, tolong sampaikan kepada kawan2 yang lain..


Siapakah Datuk Khairul Anwar Rahmat?


PROFIL

NAMA: Datuk Khairul Anwar Rahmat
JAWATAN: Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam)
LAHIR: 23 Jun 1976
ASAL: Kluang, Johor
ISTERI: Yuskiahniza Md Yusof
ANAK: Aiman Anwar (12), Amirul Anwar (9) dan Afreen Anwar (5)
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


USAI solat Subuh dan bersarapan, kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun itu bergegas meninggalkan meja makan. Pantas kakinya menuruni tangga, sekali gus menghasilkan gegaran kecil di lantai rumah kayu dibina atas tanah pusaka. Penyapu lidi yang diletakkan di bawah pondok dapur tanah dicapai, lalu si kecil tangkas membersihkan halaman rumah dipenuhi daun kering. Himpunan sampah dilonggokkan di satu tempat, kemudian dibakar.

Berpuas hati dengan hasil kerja, anak kecil yang kini Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berjalan perlahan menuju ke rumah jiran terletak 50 meter dari rumahnya. Penuh kesopanan, beliau meminta untuk membersihkan halaman rumah jiran dan sebagai balasan, dia memohon izin untuk membaca surat khabar milik tuan rumah. Gara-gara terlalu dahagakan ilmu, dia sanggup melakukan sesuatu kerja mengikut kemampuannya berbanding rakan sebaya yang suka menonton rancangan kartun di televisyen.

“Saya sangat suka membaca. Selain buku teks, surat khabar adalah medium utama bagi saya mendapatkan maklumat terkini, isu semasa dalam dan di luar negara.

“Percaya atau tidak, kini saya melanggan tujuh surat khabar setiap hari, sama ada di rumah mahupun di pejabat, kadangkala ia membuatkan saya teringat kenangan di masa kecil,” katanya ketika ditemui di D’Wangsa, Wangsa Maju.

Disoal dari mana datangnya cita-cita bergelar peguam, seikhlas hati beliau menyatakan, ia adalah hasrat ibu bapa yang ingin melihat semua cahaya mata memiliki kerjaya profesional sama ada doktor, jurutera mahupun akauntan.

“Terngiang-ngiang di telinga mendengar amanat ayah yang mahukan kami sembilan beradik mempunyai kerja profesional dalam pelbagai bidang, sekurang-kurangnya ia mampu saling membantu kemudian hari."

Oleh itu, tersemat di dada untuk saya menggalas dan merealisasikan impiannya. Syukur, berkat doa restu ibu bapa, kami semua berjaya dalam bidang dipilih. Saya memilih kerjaya peguam, selain minat membaca dan mengkaji maklumat, pengaruh ayah memberi kesan mendalam terhadap diri saya.

“Bapa saya memiliki hubungan baik dengan penduduk kampung kerana kerap dijadikan tempat rujukan bagi menyelesaikan masalah mahupun isu berkaitan,” katanya.

Memori menyaksikan kes fitnah tanpa pembelaan berlaku di depan mata sentiasa memberi semangat kepada Khairul Anwar untuk terus mengabdikan diri dalam kerjaya berkenaan. Pada usia tujuh tahun, anak lelaki kepada jirannya ditangkap polis atas tuduhan memiliki dadah yang dijumpai dalam kereta milik tertuduh. Yakin dengan personaliti dan keraguan kes berkenaan, Khairul Anwar berpandangan mangsa wajar dibela. Namun yang menjadi masalah ketika itu, tiada seorang pun di kalangan masyarakat kampungnya memiliki pengetahuan berkaitan undang-undang seperti alibi, apatah lagi bergelar peguam, menyebabkan nasib mangsa tidak terbela. Walaupun penduduk kampung membuat kutipan wang bagi mendapatkan khidmat peguam, ia tidak mencukupi. Akhirnya, tertuduh dijatuhi hukuman penjara beberapa tahun manakala keluarga jiran terbabit membuat keputusan berpindah dari kampung itu.

“Apabila menyaksikan kejadian itu, saya sedar betapa pentingnya khidmat guaman kepada sistem perundangan negara.

“Namun, ini bukan bermaksud peguam membela orang bersalah, sebaliknya mencari fakta, sekali gus membantu hakim membuat pertimbangan sewajarnya,” kata Khairul Anwar yang juga Pengerusi Khairul Group.

Selain digelar ulat buku di kalangan teman rapat, lelaki ini turut mempunyai minat menulis. Penyertaannya dalam pertandingan penulisan anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), pada tahun akhir pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuktikan kebolehannya mengarang apabila meraih hadiah pertama. Sebaik saja berakhir tanggungjawab sebagai pelajar perundangan, pada 2000, Pengarang Kumpulan Berita Harian ketika itu, Datuk Rejal Arbee menawarkan jawatan wartawan bagi penulisan rencana dan laporan khas. Lima tahun berkecimpung dalam bidang kewartawanan memberi lelaki ini banyak pendedahan, tambahan pula tugasan wartawan sama seperti peguam iaitu mencari kebenaran untuk masyarakat. Kemuncaknya, menerusi laporan khas kerenah birokrasi di pejabat tanah bersama teman setugas, Mohd Yusof Sulaiman, beliau menerima anugerah kewartawanan berprestij negara, Hadiah Kajai, 2002. Biarpun menerima ugutan daripada pihak tertentu meminta supaya dihentikan penyiasatan, dia tetap meneruskan tugasan, malah semangatnya semakin membara menegakkan hak masyarakat.

Berpuas hati dengan pencapaian dan hasrat menimba pengalaman sebagai wartawan, Khairul Anwar berbincang dengan ketua pengarang untuk ‘bersara sementara’ demi menunaikan amanat ibu bapanya supaya bergelar peguam. Meninggalkan kerjaya wartawan bukan bermaksud beliau melupakan bidang penulisan, sebaliknya dalam kesibukan bergelar peguam sivil dan syariah, Khairul Anwar masih aktif menulis artikel di dada akhbar mahupun majalah. Mengulas mengenai penubuhan SukaGuam, beliau berkata, ia berfungsi membantu golongan masyarakat yang memerlukan khidmat guaman tanpa mengira latar belakang agama mahupun kaum.

“Merujuk kes yang berlaku kepada jiran saya, ramai rakyat miskin dan berpendapatan sederhana mempunyai masalah guaman tetapi kekangan kewangan membuatkan mereka mendiamkan diri."
Sebelum ini, kita hanya mengadakan sesi bersama masyarakat pada Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan, tetapi kini setiap minggu selepas berakhirnya solat Jumaat, kita memberi peluang kepada orang ramai menyatakan masalah kepada SukaGuam.

“Sejak enam bulan ditubuhkan, SukaGuam menerima lebih 500 kes sama ada sivil mahupun syariah. Pelbagai kes didengari dan kadangkala seakan-akan tidak percaya ia boleh berlaku di kalangan masyarakat kita,” katanya.

Katanya, penubuhan SukaGuam juga membuktikan kerjaya sebagai peguam bukan saja menerima keuntungan material, bahkan khidmatnya turut disalurkan kepada masyarakat tidak berkemampuan.

Mahu sediakan khidmat guaman on-line

1. Jika bukan bergelar peguam atau wartawan, apakah profesion anda?
Tidak pernah saya fikirkan mana-mana profesion melainkan dua kerjaya ini dan saya rasa bakat serta minat hanya menjurus ke bidang terbabit.

2. Aktiviti waktu senggang?
Saya lebih suka menghabiskan masa melakukan aktiviti rekreasi bersama keluarga seperti beriadah, berenang dan menonton TV bersama keluarga di rumah.

3. Kegilaan anda?
Saya paling menggemari gajet terbaru. Pastinya, apabila adanya gajet baru di pasaran, secepat mungkin saya cuba mendapatnya, dan yang terbaru iPad 2.
Malah, saya yakin satu hari nanti khidmat guaman bakal selari dengan perkembangan teknologi. Saya juga mempunyai perancangan untuk melaksanakan khidmat guaman secara on-line.

4. Berapa jam sehari anda peruntukkan untuk membaca buku?
Sekurang-kurangnya tiga jam.

5. Kaedah didikan anak yang anda amalkan?
Setiap hari sebelum waktu Maghrib, saya akan berusaha berada di rumah untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Bagi solat Jumaat pula, saya dan anak akan bertemu di masjid sama dan perbincangan mengenai isi khutbah diadakan bersama mereka di rumah.

6. Destinasi pelancongan terakhir anda?
Los Angeles dan Florida, tahun lalu.

7. Prinsip hidup anda?
Kebenaran dan keadilan seharusnya diletakkan pada sesuatu yang berhak.

MINI...menghabiskan masa membaca buku di perpustakaan mini di pejabatnya.

Sumber: harian metro online

Kisah Benar Pengorbanan Seorang Ayah

gambar hiasan
Sedih hati baca kisah ni kerana rata-rata dari kami di Oh! Media ini datang dari keluarga yang susah suatu ketika dahulu tapi punyai azam yang kuat untuk mengubah nasib diri dan keluarga ='(

Ikuti kisah berikut:

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Dipetik dari perkongsian cerita, kukubesi manipulasi.
Sumber: facebook.com/ohmedianetwork

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...