Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Insentif RM1.2j



SELEPAS lebih sebulan berteka-teki, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya mengumumkan insentif berjumlah RM1.2 juta kepada barisan pemain dan pengurusan skuad kebangsaan yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama di dalam tempoh 14 tahun.

Ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal dan barisan 22 pemainnya masing-masing menerima RM50,000 setiap seorang manakala RM10,000 diberikan kepada sembilan pegawai pasukan termasuk penolong jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe dan jurulatih penjaga gol Mohd Faozi Mukhlas. Barisan skuad kebangsaan sebelum ini turut menerima pengiktirafan daripada kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan setiap pemain diberi 50,000 unit Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 dan wang tunai RM15,000 selain sumbangan beberapa kerajaan negeri.

Presiden FAM Sultan Ahmad Shah hadir di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi menyampaikan sendiri insentif badan induk bola sepak kebangsaan itu dan memuji sikap dedikasi semua pihak terbabit terutamanya pemain yang gigih beraksi di tengah padang.
“Saya adalah orang yang paling gembira. Kita perlu bangga dengan diri sendiri kerana rakyat sentiasa memberi sokongan untuk skuad kebangsaan.

“Ini adalah permulaan baru bola sepak negara dan saya mahukan kecemerlangan ini berterusan. Banyak lagi perkara yang boleh dicapai,” katanya di Wisma FAM, pagi semalam.

Menurut beliau lagi, skuad Olimpik yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee juga harus meneruskan kesinambungan itu dengan berusaha untuk meraih tempat ke Sukan Olimpik London yang berlangsung pada tahun depan.
“Jadi program pembangunan terutamanya latihan dan perlawanan persahabatan di luar negara tidak akan terhenti begitu saja terutamanya selepas mendapat sokongan dan komitmen penuh daripada kerajaan Malaysia. Selain Slovakia, banyak lagi negara di Eropah, Jepun atau Korea Selatan yang boleh kita membentuk kerjasama,” katanya.

Sementara itu mengenai kedudukan jurulatih untuk skuad Sukan Sea di Indonesia pada penghujung tahun ini, beliau berkata ia akan diputuskan pada 23 Februari ini pada mesyuarat exco badan induk bola sepak kebangsaan itu.
Walaupun Kim Swee sepatutnya menjadi jurulatih untuk mempertahankan pingat emas di temasya dwitahunan itu, namun nama Rajagobal juga tidak boleh diketepikan berikutan dua kejayaan besar dibawanya kepada negara di dalam masa yang singkat.

Terdahulu Sultan Ahmad Shah turut mengesahkan geran tahunan kepada persatuan bola sepak negeri akan bertambah selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kewangan selain pelantikan Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman sebagai Bendahari Kehormat FAM.

Sumber:- Metro Online

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...