Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Pertemuan skuad Malaysia dan Pakistan (2 in 1)




PETALING JAYA - Bukan kemenangan semata-mata yang mahu dicari Malaysia apabila menentang Pakistan malam ini, tetapi keputusan selesa untuk dibawa ke Lahore pada pertemuan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012.
Itu sasaran utama jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee (gambar) menjelang pertemuan skuad Olimpik Malaysia dan Pakistan di Stadium Shah Alam, dan beliau yakin anak-anak buahnya mampu menggempur lawan habis-habisan.

Menegaskan moral dan tahap kecergasan pemain di tahap terbaik, Kim Swee percaya tiada sebab mereka tidak boleh mencatat kemenangan jika semua pemain mempamerkan permainan cemerlang.

''Jika saya perlu meletakkan tujuh atau lapan penyerang sekali pun, saya akan buat asalkan kita menang dengan selesa pada perlawanan hari esok (hari ini)."

''Kita mesti mendapatkan seberapa banyak gol di sini dan saya harap semua pemain buat yang terbaik walaupun saya tidak dinafikan Pakistan adalah lawan yang baik daripada apa yang saya lihat semasa mereka mengadakan perlawanan persahabatan di Thailand baru-baru ini," katanya di Wisma FAM.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di sini, semalam.
Turut hadir Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelly Sathiraj dan ketua jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi.

Skuad Olimpik Malaysia malam ini akan diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain luar dari pasukan Harimau Muda A iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Ali dan Mohd. Faizal Abu Bakar.
Ditanya mengenai pemilihan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek sebagai kapten pasukan, Kim Swee menjelaskan Apek merupakan salah seorang pemain contoh dan layak memikul tugas berkenaan.

''Semua orang tahu kualiti yang ada pada Khairul Fahmi dan dia kini dianggap role modelkepada bola sepak negara.
''Dia mempunyai kualiti sebagai ketua dan mampu membimbing rakan-rakan yang lain di atas padang semasa perlawanan, " katanya.

Dalam masa sama, dia yakin jentera serangan negara mampu menyengat walaupun belum teruji sepenuhnya kerana kehadiran dua pemain luar Harimau Muda A, Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Ali.

''Jentera serangan yang ditunjangi Shakir dan Fakri boleh diharapkan, sambil Wan Zaharulnizam Zakaria, Wan Zack Haikal dan Mohd. Ferris Danial tiada masalah untuk diturunkan pada bila-bila masa.

''Fakri juga dilihat cepat menyesuaikan diri dengan pasukan ini dan dia tiada masalah besar untuk beraksi dengan baik pada malam esok, " katanya.

Dua penyerang negara, Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Izwari Ibrahim digugurkan pada perlawanan dengan Pakistan ekoran kecederaan.

Perlawanan kedua menentang Pakistan akan berlangsung pada 9 Mac ini.



Sumber:- Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...