Alhamdulillah akhirnya dapat permission untuk update blog ini. Menunggu buah untuk jatuh memang menyakitkan. Kalau blog ini mempunyai hati dan perasaan, tentu blog ini kembali tersenyum semula. Permission apa yang dimaksudkan, biarlah rahsia apa yang pasti kali ini Khai nak update pasal Apple iPad. Wohha!
Mungkin masa artikel Khai ini ditulis, dah beribu-ribu mahupun berjuta mereka yang lain telah memiliki tablet hebat keluaran Apple ini. Apapun apa yang Khai tulis ini, khas kepada mereka yang tertanya-tanya patut atau tidak untuk membeli iPad. Adakah ianya berbaloi atau ianya sekadar satu pembaziran.
Khai beli iPad ni 4 hari lepas rasanya di Mac Studio, Plaza Low Yat. Harga dia RM1540 sahaja untuk iPad 16GB WiFi. Since Khai selalu online di rumah, jadi iPad dengan 3G tak Khai perlukan. Dan since Khai nak gunakan untuk surfing, email & blogging sahaja, 16GB dah lebih dari cukup. Ada beberapa kedai lain selain Mac Studio ni yang jual lebih mahal dan ada yang jual lebih murah. Tapi Khai kalau nak beli barang-barang macam ni, Khai lebih gemar untuk memilih reseller yang sah dilantik oleh Apple sendiri. So boleh beli tanpa rasa ragu-ragu. Kalau nak beli case atau apa-apa accessory tu, itu lain cerita.
Apple iPad adalah satu produk Apple yang baru Khai beli. Sebelum iPad, Khai dah beli Macbook Pro, iPhone 4 dan iPod Nano. So pada sesiapa yang ingin cuba meminati produk Apple ini, korang buatlah macam Khai. Beli dari "kepala" (antara Macbook White, Macbook Pro, Macbook Air atau iMac) dan kemudian ke produk hebatnya yang lain. Korang akan rasa apa yang Khai rasa jika ianya benar-benar sesuai dengan hidup dan kerja korang.
* bau kedai lagi masa ni. hehe.
Khai dulu adalah seorang Apple haters yang begitu hebat mengkritik produk keluaran Apple ini. Tetapi dari masa ke semasa selepas sahaja iPhone 4 dikeluarkan, Khai tahu yang Apple kini telah jauh meninggalkan pesaingnya yang lain. Dan ianya terbukti bila Khai menggunakan Apple Macbook Pro dengan Mac OS X bagi menggantikan HP Probook 4411s dan secara terus terang Khai katakan, rasa untuk kembali ke Windows atau menggunakan produk selain dari Apple itu, langsung dah tiada. Khai bukanlah Apple Fanboy, tetapi hanya sekadar seorang pengguna yang sentiasa mencari sesuatu yang perfect mengikut kemampuan dan keperluan diri sendiri. Dan setakat ini, produk Apple sentiasa mencakupi ruang kehidupan dan kerja Khai.
Kenapa Apple iPad?
Walaupun Khai tahu yang iPad2 akan dikeluarkan tidak lama lagi, tapi keperluan mendesak untuk Khai mendapatkan sebuah peranti untuk Khai pakai sebelum tidur dan untuk memudahkan Khai bawa ke mana-mana sahaja. Sebelum ini, masa nak tidur atau nak online di McD, Khai akan online guna HP Mini 210s. Tapi bila Khai dah jual netbook tu, rasa kosong pula bila nak tidur. Nak angkat Macbook Pro bawa ke katil, memang dah malas pula rasanya.
Jadi bila fikir nak beli netbook baru, Khai terfikir lebih baik Khai beli iPad sahaja. Harga standard netbook yang berjenama hebat dan oleh kerana Khai dah menggunakan Macbook Pro dan iPhone, bila beli iPad pastinya akan memudahkan kerja harian Khai since hebatnya produk Apple ini dimana semua data dari peranti lain dapat dipindahkan (sync) dengan begitu mudah ke dalam produk lain keluarannya. Contoh, data dalam iPhone 4 dengan mudah dapat dipindahkan ke dalam iPad.
Produk macam ni yang patut kita semua guna sebenarnya kerana ianya memahami kita, bukannya kita yang perlu memahami sesuatu produk tersebut.
iPad tu boleh jadi macam Netbook ke?
Tentunya boleh menjadi lebih hebat dari netbook. Dengan budget yang tidak melebihi RM1800 (RM1560 untuk iPad dan RM200 untuk cover & stand with keyboard), korang dah di'ibaratkan akan memiliki sebuah Netbook Multi-Touchscreen yang amat hebat sekali. Siapa kata iPad tak boleh ada keyboard? Hehe. Di bawah ini adalah hasilnya. Dengan keyboard dan multi-touchscreen = Awesomeness!
Korang patut beli atau tidak?
Kalau korang ada duit lebih, korang belilah kalau mahu. Memang tidak akan menyesal. Jangan tanya orang lain yang tidak menggunakan produk Apple, kerana mereka selalunya akan tahu mengutuk sahaja. Tanyalah pada orang yang dah pernah merasai dan research la di Google, barulah korang akan tahu ianya untuk korang atau tidak.
Kalau budget cukup-cukup tu, korang simpanlah dulu dan tunggu iPad2 keluar tidak lama lagi. Kalau korang beli iPad sekarang, memang satu pembaziran sebenarnya kerana iPad2 nanti pastinya akan menghidangkan sesuatu yang jauh lebih menarik. Kalau yang iPad ni pun dah cukup menarik, iPad2 nanti apa lagi kan?
iPad adalah iPhone 4 versi besar
Pada pendapat Khai, hanya saiz yang membezakan dua produk ini. Kalau orang tanya Khai, Khai akan kata yang iPad tu adalah iPhone 4 versi besar. Hehe. Apa yang korang boleh buat dalam iPhone 4, itu yang korang boleh buat dalam iPad tetapi dengan kelebihan skrin yang berganda lebih besar. Tapi tak bolehlah nak call atau sms guna iPad pula ye? Hehe.
Jadi tepuklah dada, tanya selera dan jangan lupa tepuk poket juga sekali-sekala. Untuk membuat pembelian sesuatu gadget, korang tak boleh nak cuba-cuba since ianya bukanlah seratus dua. Kalau parent korang menteri, korang tak mintak pun korang dah dapat satu kan? Hehe.
Conclusion entri kali ini, dalam masa beberapa jam Khai dah dapat sesuaikan diri dengan iPad kerana ianya tidak banyak beza dengan iPhone 4. Dan ianya langsung tiada masalah untuk berkongsi data dengan iPhone 4 yang diselaraskan dengan baik menggunakan Macbook Pro (iPhoto, iCal, Address Book dan pelbagai lagi). Jadi dengan produk Apple ini, kalau jiwa korang sama macam Khai, korang takkan pernah ada rasa nak gunakan yang lain kerana korang dah menjumpai sebuah produk yang mendahului zaman. Percayalah.
Harap artikel yang lahir dari hati ini dapat memberikan sedikit-sebanyak maklumat pada sesiapa yang mahukannya. Khai ikhlas untuk bercerita apa yang Khai rasa kerana pada Khai, kita semua deserve untuk mendapatkan sesuatu yang paling baik di dalam kehidupan ini. Jika anda adalah Apple Haters sejati untuk selama-lamanya yang sentiasa memperlekehkan para pengguna Apple dengan kata-kata menyakitkan, itu hak anda kerana semua yang korang rasa tu, dulunya ada pada diri Khai sendiri dan bagaimana pendirian tersebut berubah hanya selepas Khai sendiri mencuba satu-persatu produk Apple. Orang kata, tak kenal maka tak cinta betul tak?
Diharapkan artikel ini dapat diterima dengan baik. Khai bukan jenis suka show off apa-apa yang Khai ada melainkan dengan niat untuk berkongsi pengetahuan.Bersangka baiklah kita sesama sendiri dan terima kasih kerana membaca artikel yang boleh tahan panjangnya ini. Jika ada salah silap dan kekurangan di dalam menyampaikan perkongsian ini, harap dimaafkan ya? Wassalam.
Sumber:- justkhai.com
No comments:
Post a Comment