Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Proton Satria GTI Sasaran Pencuri !!!


Pemilik kereta Proton Satria GTI dinasihatkan lebih berhati-hati ketika meletakkan kenderaan masing- masing kerana siasatan polis mendapati kenderaan berkenaan kini menjadi sasaran utama penjenayah untuk dilarikan.
Difahamkan, selain mudah untuk dicuri, harga alat ganti yang melambung di pasaran dan kualiti sistem keselamatan yang rendah menjadikan penjenayah begitu rakus untuk melarikannya berbanding kereta import.
Pegawai Turus Cawangan Risikan Jenayah (D4) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Muhammad Ismail Muhammad Yusof berkata, sepanjang tahun lalu, polis menerima sebanyak 738 laporan kecurian kereta.
Katanya, daripada jumlah itu, hampir 70 peratus kenderaan yang hilang terdiri daripada kereta nasional termasuk 60 buah daripadanya adalah Proton Satria GTI.
“Siasatan mendapati, kereta-kereta itu dicuri kerana permintaan yang tinggi terhadap alat gantinya selain sistem keselamatan kereta tempatan yang rendah berbanding kereta import - KOSMO!
Sumber:- omaq.org

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...