Kesempurnaan Akhlak Nabi Muhammad SAW
Akhlak yang sempurna merupakan cermin kepada iman yang benar. Ini kerana Rasulullah SAW sentiasa mengaitkan hubungan antara iman dan akhlak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat At-Tirmizi, yang bermaksud :“Orang mukmin yang paling sempurna iman adalah mereka yang paling baik akhlak dan orang yang paling baik akhlak adalah mereka yang paling baik terhadap para isteri”

Maka semakin kuat iman seseorang, maka semakin sempurna dan baik akhlaknya. Sebaliknya semakin lemah iman seseorang maka semakin buruk akhlaknya.
Di samping itu, akhlak membolehkan ramai orang berjaya memasuki Syurga Allah dan juga boleh menyebabkan ramai orang dicampak ke dalam Neraka. Dalam hadis riwayat Al-Tirmizi, daripada Abu Hurairah RA berkata, yang bermaksud : Nabi pernah ditanya tentang kebanyakan manusia masuk ke dalam Syurga, maka baginda menjawab : “bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia”. Dan baginda ditanya tentang perkara yang menyebabkan seseorang dicampak ke dalam Neraka, maka baginda menjawab: “mulut dan kemaluan”.
Akhir sekali mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekalian untuk mencontohi beberapa akhlak Rasulullah SAW, antaranya:
1. Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui .
2. Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak .
3. Baginda tidak pernah menghina orang miskin atau anak yatim dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka .
4. Baginda sentiasa membantu orang yang berada dalam kesusahan.
5. Baginda sangat sabar dan tabah apabila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan .

No comments:
Post a Comment