Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

200 Lepasan PhD Kendali Penyelidikan Universiti



MOHAMED Khalid Nordin melihat produk keluaran UKM pada pameran di UKM, Bangi, semalam.



BANGI 3 Mei - Kementerian Pengajian Tinggi akan melantik 200 lepasan doktor falsafah (PhD) untuk mengendalikan penciptaan produk dan proses baharu di setiap universiti negara ini melalui pengwujudan lapan inkubator.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan 100 profesional dari kalangan warganegara dan 100 lagi bukan warganegara itu akan dibuat setiap tahun mulai tahun ini bagi tempoh lima tahun.

'Pengwujudan inkubator akan dikendalikan golongan profesional itu bertujuan menjana industri, paten dan perniagaan baru melalui inisiatif pelan tersebut.

''Berdasarkan hasil segera pelan itu, satu inkubator bagi setiap universiti penyelidikan akan diwujudkan dan tiga lagi akan dikongsi bersama universiti lain mengikut zon utara, tengah dan selatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan utama 'Memartabatkan Ekosistem Kegemilangan Ilmu' pada Ekspo Kecemerlangan Warisan Ilmu sempena sambutan ulang tahun ke-40 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, universiti harus berperanan menghasilkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah mempunyai bakat dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan di abad ini.

Katanya, kemahiran yang diperlukan ialah pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, keberkesanan komunikasi, berkebolehan bekerja secara berkumpulan serta mempunyai kreativiti dan inovasi.

''Setiap universiti juga tidak harus terasing dengan masyarakat tetapi perlu menjalankan penyelidikan bersifat gunaan untuk kesejahteraan masyarakat sejajar dengan isu yang dihadapi oleh komuniti setempat.

''Dalam konteks ini universiti perlu menggalakkan ahli akademik supaya terlibat dengan mobiliti akademik untuk menyumbang kepakaran termasuk kepada sektor perkhidmatan awam lain,'' katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Mohamed Khaled berkata, sebanyak tiga buah universiti sedang dipertimbangkan untuk mendapat autonomi penuh berdasarkan penilaian terhadap beberapa aspek termasuk kepimpinan universiti dan kawalan mutu.

''Sekarang kita telah membuat proses percubaan dan laporan penilaian telah dihantar ke kementerian, sekiranya sistem yang dibangunkan berkesan dan diterima kita akan umumkan.

''Tiga universiti itu ialah UKM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk memulakan perjalanan ke arah autonomi,'' katanya.

Sumber:- Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...